Prepaid Sah Laku 365 Hari
Prepaid Sah Laku 365 Hari
.
Akhirnya setelah cari & mencari, akhirnya saya jumpa pelan prepaid yang mana tempoh sah aktif panjang 365 hari (setahun).
.
Bukan setakat tempoh panjang, tetapi senang nak aktifkan & ada lucky draw setiap minggu 
.
Kenapa nak tempoh sah aktif panjang?
.
Kita perlukan tempoh sah aktif panjang ni sebab nak jimat dalam keadaan tertentu seperti:
.
.
So far saya jumpa plan data paling murah untuk CCTV/dashcam ialah RM10/sebulan (3Gb)
.
Jika guna pelan 365 hari, lebih jimat sebab data ditambah apabila habis sahaja. Tak perlu bayar RM10 sebulan.
.
.
Anak saya tingkatan 1, ada masa cikgu mintak bawak telefon untuk selesaikan tugasan di sekolah.
.
Kadang, hari minggu tertentu anak saya perlu hadir ke sekolah untuk aktiviti sukan, kurikulum dsb. Lebih senang bawa telefon sekali.
.
Jadi, agak rugi nak bayar dan topup bulanan sedangkan guna pelan data sekali sekala sahaja. Di rumah dan ada internet unifi. Jadi, pelan 365 hari lebih praktikal dan jimat. Hanya langgan data jika perlu.
.
.
Berapa kos?
.
.
Cara nak daftar?
Jangan tanya link shopee
.
Korang pergi je google, taip hotlink. Masuk website hotlink, kemudian pilih sama ada nak nombor baru atau nak tukar telco sahaja (nombor dah ada).
.
Bayaran RM10 (kredit RM5), free shipping terus ke rumah.
.
Kalau nak beli kat kedai pun boleh, cuma kadang-kadang kedai diorang mintak topup terus lepas tu diorang pergi langgan data bulanan 
Rugi 
.
Baik beli website je.
Bila dah sampai simkad, aktifkan guna app Hotlink. Follow je step by step. Senang yakmat.
.
Lepas tu topup RM40. Kredit jadi RM45.
.
Kemudian, klik Buy Passes, dan cari 365 Days Active Period. Jika takde, korang kena tukar dulu pelan “Pantas”. Nak tukar senang je. Klik MyHotlink > Hotlink Prepaid Plan > Change Plan > Pantas Plan.
Lepas tu pilih data 5Gb RM10. Tadaaa selesai 
Lepas tu, setiap Ahad, cubalah lucky draw. Kadang dapat data free, kfc free, kalau rezeki dapat Grand Prize. Haritu iPhone 16 Pro
.
Saya pernah dapat free data, voucher kfc dan voucher Zus je.
benda free, cuba jelah.
.
Lepas tu, yang best, klik selalu kat bahagian Rewards. Banyak voucher-voucher kat situ.
.
Anyway, posting ni tak dibayar Hotlink. Just sharing sahaja benda baik yang mungkin korang pun sama macam saya ada masalah ni.
.
p/s : Kalau Hotlink baca posting ni, bolehlah pm tepi kot-kot nak bagi gift ke sebab dah promote 













12 Comments
menarik juga iklan maxis sekarang
ReplyDeleteSaya guna Hotlink. Memang aktifkan setahun tapi kena RM33 dan tiada data internet. Lain pelan rupanya ini. Tq kongsi.
ReplyDeleteTak perlu nak top up selalu:)
ReplyDeletewah..menarik nie...tapi, dulu2 pakai hotlink line tak bg kerjasama...
ReplyDeletewah untung tu xyah byr tiap bulan 30rm
ReplyDeleteDulu masa pakai prepaid pernah guna yang 365 hari ni. Sekarang masih ada rupanya. Senang tak payah nak sentiasa topup untuk renew.
ReplyDeleteInilah yang Lin cari. Asyik kerja nak topup je, bukan guna sangat pun.
ReplyDeleteoh..ada ye mcm ni
ReplyDeletewahhh memang sesuai utk student ni
ReplyDeleteAda baca tentang pelan aktif setahun ni, tapi belum buat lagi. Sebab dah terlampau lama pakai prepaid hotlink, dia selalu call suruh tukar ke postpaid. Malas nak layan. Hehe..
ReplyDeleteMurah dan jimat sgt.. btul tak perlu la nak isi setiap bulan just nak bagi line tu aktif..
ReplyDeleteBagus juga plannya tapi kat tempat Sha ni hotlink tak cantik.. huhuhu..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.