Kena Seimbangkan Antara Kerja dan Kehidupan
Hari Ahad pun ramai yang masih bekerja, keluar rumah sebelum anak bangun, balik selepas anak tidur. Masa untuk keluarga hampir tak wujud.
Anak-anak rindukan ayah yang tak pernah ada. Isteri pun menanti suami yang asyik ‘terperangkap’ di tempat kerja. Tiada masa untuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga.
Kerja di Malaysia memang pelik. Pukul 10 malam masih ada yang dalam pejabat. Sabtu Ahad pun ada yang sanggup datang pejabat.
Bukan sebab gila kerja. Tapi sebab budaya kita dah bentuk begitu. Budaya kerja sampai rebah, baru rasa ‘berjaya’.
PKP kawalan hari itu dah elok untuk mulakan sambil mendidik masyarakat. Kedai, mall dan pejabat buka pukul 8 pagi tutup pukul 8 malam. Tak ada orang melepak sana-sini.
Elok sahaja semua orang sopan beradab duduk rumah bersama keluarga. Mula-mula memanglah akan rasa bosan sebab kedai semua tutup awal. Lama-lama akan jadi biasa. Alah bisa tegal biasa.
Tetapi hari ini, semua orang akan kalut kalau semua kedai mamak, segala jenis restoran tutup jam 8-9 malam. Ada pekerja habis kerja jam 8-9 malam. Jadi mana sempatlah nak masak. Singgah kedai semua tutup.
Itulah hakikat bekerja di negara kita. Kita kena hadap hari-hari. Gajinya dahlah ciput tak seberapa. Tapi penat gila macam nak mati.
Di Jerman, jangan kata kedai makan, mall, supermarket pun tutup hingga jam 7-8 malam tops. Rileks sahaja semua. Tak ada pulak pelanggan-pelanggan goncang pintu supermarket suruh buka.
Sebab sini lepas pukul 7-8 malam, masa dan tumpuan untuk keluarga. Kalau kerja lebih masa, alamatnya kena jeling dari boss sampai tembus dinding..huhu
Boss kata membazir elektrik syarikat kalau kerja lebih masa. Lagi satu persepsi mereka, kalau kerja lebih masa itu maksudnya pekerja itu tak cekap buat kerja bukan sebab dialah terpaling rajin.
Di Malaysia, siapa kerja lebih masa itulah dipuji bukan main melangit lagi padahal itulah bukti dia lembab buat kerja. Tak dapat siap dalam waktu kerja tapi nak claim gaji extra dengan kerja lebih masa.
Di negara kita kalau tak kerja lebih masa memang orang pandang serong. Kalau tak ‘stayback’, majikan siap ugut tak dapat bonus. Kerjalah semua macam lembu dicucuk hidung.
Di Jerman kalau boleh balik pukul 6 memang 5.59 dah siap-siap nak tutup laptop. Teringat aku boss cakap kat aku dalam bahasa Jerman lah bukan bahasa Melayu..
“Kenapa kau tak balik lagi?”
“Saya nak siapkan kerja ni sikit lagi, boss…”
“Tak perlu. Pergi balik. Tengok anak dan isteri awak. Selesaikan esok.”
Negara kita patut belajar buka kedai pukul 7-8 and tutup pukul 5-6 petang. Baru ada ‘work-life balance’. Ini tidak. Last sekali aku dengar ada kedai mamak dan supermarket kat sana buka 24 jam. Apahal sampai 24 jam?
Kesian pekerja kena kerja sampai lewat malam. Tak sihat tidur pukul 12 malam setiap hari.
Lagi-lagi kalau kerja kilang kat sana. Pagi pergi bukan main lawa dan wangi segala bagai. Balik dah rupa macam bergaduh dengan mesin. Dengan rambut kusut masai, baju comot-comot dan jalan terkengkang-kengkang.
Nanti ada sahaja yang berkata Jerman negara maju dan Malaysia pulak negara membangun. Negara kita perlu kerja kuat untuk naikkan ekonomi.
Kalau begitu, dah bertahun-tahun beginilah gayanya budaya hidup kerja kita. Tak ada ‘work-life balance’.
‘Work-life balance’ bukan konsep barat. Ia keperluan asas hidup manusia. Tak kiralah anda kerja kilang, cikgu sekolah, atau CEO syarikat.
Agaknya inilah kesan dan akibat dari dasar ‘Pandang ke Timur’ yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu. Kerja bermati-matian tapi negara tak maju-maju juga.
Kerja secara ‘efficient’ adalah yang terbaik. Bahagikan masa sebaiknya setiap hari untuk kerja, agama, keluarga dan kesihatan. Barulah hidup aman dan harmoni.
Di Jerman, budaya kerja mereka diatur untuk menjadikan hidup lebih seimbang. Mereka percaya, pekerja yang cukup rehat akan lebih fokus, lebih sihat mental dan fizikal, dan akhirnya lebih produktif.
Di Malaysia, kita masih terperangkap dalam budaya kerja berlebihan, di mana ‘penat’ dianggap simbol kejayaan. Kita terlalu biasa hidup dalam dunia yang memuja ‘kerja keras’ tanpa sedar ramai sebenarnya sedang terbakar perlahan-lahan (burnout).
Di Jerman, mereka kerja untuk hidup.
Di Malaysia, ramai yang hidup untuk kerja.
Luahan ikhlas dari orang yang tak ada kepakaran. Pernah miskin di Malaysia dan miskin di Jerman.






9 Comments
sekarang ni semua komitmen tinggi, hutang keliling pinggang, semua takut akan digantikan,
ReplyDeletebetul..kalau boleh semua, sektor swasta atau kerajaan kena standart waktu pejabat nya...kikiki.
ReplyDeletemacam linda nie, vendor semua swasta, linda pukul 8 pagi dah ada kat pejabat, vendor pukul 10 baru cakap nak gerak, bukan nya dari tempat yang dekat...kang pukul 12 tengah hari baru sampai..masa tu mood kerja dah hujung2...sebab nak dekat lunch hour.. hahaha
Dapat penat je bukan dpt gaji lebih.
ReplyDeletebetul tu masa bekerja tumpu pada kerja ikut masanya xyah terlebih n abaikan kerehatan
ReplyDeleteskrg ni sy x bawak kerja balik rumah dah, tepat 4 setengah mmg akn terus balik, tapi sabtu saya kena kerja jugak kadang² tapi dapat cuti ganti kira ok la, janji cukup masa, balik.. fokus dgn keluarga pulak
ReplyDeleteMemang ada 24 jam, di Keningau puna ada, tak apa lah mybe rezeki ada yang nak datang makan2 . Kita hanya memandang ja dan datang makan waktu siang.
ReplyDeleteKerja kerja juga, family kena utamakan juga bab kesihatan kena fikir jika nak kerja lebih masa..kadang family terabai..begitulah ..
ReplyDeletesy cuma minta satu je... kerja 4 hari. 3 hari cuti
ReplyDeleteSaya tak setuju restoran dibuka 24 jam. Eloklah ditutup awal demi kesihatan pekerja dan pelanggan. Kes sakit buang pinggang naik 16% setiap tahun.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.