Tips Sebelum Mengisi Borang UPU
Tips kepada Mahasiswa UPU
(1) Fahami risiko course terbabit
Dulu grad medicine confirm dapat kerja. Sebab tu budak pandai berebut" nak jadi doktor. Tapi zaman sekarang ni semua bidang pun dah oversupply.
Sampaikan yg PhD pun makin banyak yang tanam anggur. So at least, elakkan course yang mana alumni yang berjaya kerja dalam industry boleh dikira dengan jari. Atau graduan course bukan pendidikan tapi banyak yang end up sebagai cikgu.
Sebelum ada yang kecam "Apa masalahnya jadi cikgu?"... Ni bukan soal 'cikgu' tapi soal course yang memberi peluang sangat terhad sampai majority graduannya terpaksa kerja di bidang lain.
Zaman biasiswa makin kurang ni, cuba elakkan situasi parent dah habis beribu biaya kita sambung belajar tapi lepas habis belajar pun dok habiskan boreh kat rumah je.
2. Selagi boleh go for higher Merit
Kalau merit kita 99%, pilihlah universiti yang merit dia 98-99% selagi boleh. Janganlah takut tak boleh cope so sengaja pilih universiti yang meritnya 66%. Ni cerita untuk course yang sama.
Dia macam perkahwinan, cari yang sekufu. Scorer macam ni biasanya boring kalau pace belajar terlebih relax. Dah ada peluang berpasangan dengan orang hebat, kenapa nak lepaskan? Kalau most couple dulu pun kahwin dengan kenalan universiti, apatah lagi lah zaman gajet sekarang ni, nak mula ship pun dah cringe. If u live in that circle the ship nanti lebih natural.
3. Penting ke QS Ranking?
Kalau ada plan nak sambung PhD or jadi lecturer pentinglah juga. Sebab makin banyak institusi sekarang yang tengok CGPA degree DAN QS ranking universiti tersebut. Tapi kalau untuk kerja dalam industry, benda" ni tak penting sangat pun. Banyak je universiti yang industry relevant tapi QS ranking mereka rendah.
Sebab universiti" macam ni fokus dorang adalah pada kebolehpasaran, bukan research. Cuma graduan dari universiti dengan QS ranking yang tinggi ni boleh bantu kita connect dengan alumni yang power, on top of sedikit glamour.
4. Lokasi
Ada anak yang sengaja pilih jauh" sebab nak keluar dari kekangan mak ayah, tapi guna alasan nak explore dunia. IPTA ni bukan macam SBP/MRSM, semua dapat asrama. UIA yang selama ni semua boleh duduk dalam pun dah mula kena duduk luar dengarnya.
Untuk IPT lain, kalau dapat pun biasanya masa tahun/semester pertama je. Lepas tu kena menyewa sendiri. Itu duit tu. Ya, duduk dalam pun kena bayar hostel juga. Cuma biasanya hostel lebih selesa & lebih selamat untuk harga yang lebih murah. Nanti je lah dah ada duit sendiri suka hati korang lah nak chill fly sana sini.
5. Cari sistem belajar yg kita selesa
Bila dah masuk degree ni dah takde masa nak warm up, kena terus pecut je. Tiap" hari ada je assignment, tiap" minggu ada je quiz/test, tiap" bulan ada je presentation and of course lah tiap" semester pecah kepala nak jawab exam.
Ada yang lecture dalam BM tapi exam dlm English, ada yg lecture dalam English, ada universiti yang style bagi nota siap-siap "awak baca ni je cukup dah kalau setakat nak A". Ada universiti yang lain jangankan nota, lecturer note pun tak bagi, lepas tu soalan dia langsung takde dalam buku teks/rujukan.
Degree ni bukan macam SPM, dia cam, suka hati lecturer nak ajar style apa, suka hati juga soalan exam yang keluar tu macam mana. Kalau kita tanya jawapan kepada soalan exam previous year/semester, ada lecturer yang terus tikam "Ini ke cara awak belajar? Macam mana nak jadi engineer yang bagus kalau cuma peduli pasal jawapan exam je", padahal masa dia degree dulu pun meniru..
(jgn mare, gurau je).
Apa pun, sebelum submit tu banyak-banyaklah berbincang dengan parent. Kalau parent korang jenis tak aware tentang hal" ni, tanyalah pakcik makcik yang boleh membantu. Kalau takde orang sangat, tanya je lah kat medsos. Cuma janganlah dengar cadangan netizen bulat". Gunakan akal korang yg bijak tu dalam menilai & istikharah mohon Allah tunjukkan jalan.






9 Comments
terbaik, perkongsian yang sangat bermanfaat kepada lepasan pra u
ReplyDeleteperkongsian bermanfaat moga IPT cakna mengenainya
ReplyDeleteBW, good info
ReplyDeleteAnak-anak lelaki saya nampaknya semua menjurus ke tvet. Yang nak SPM tahun ni pun kata nak sambung "belajar repair repair", sekarang ni repair motor tengok youtube je.
ReplyDeleteBiasanya dapat asrama di semester pertama je sebab diwajibkan tinggal dalam, selepas tu menyewalah. Saya pesan pada adik supaya simpan duit sesiap sebab bila duduk luar RM800 tak lari kena bagi anak. Itupun satu bilik 6 orang RM160 seorang.
dulu ms isi borang upu ni siap tunjuk kat cikgu. tanya pendapat diorg. ada yg setuju ada yg bangkang apa yg sy pilih. last2 dpt course yg dkt dgn result subjek (terbaik) spm. terima je dgn hati terbuka wpn ms tu mmg nk sgt jd cikgu😁
ReplyDeletePalajar2 sila ambil perhatian ye....
ReplyDeleteMak saya dahulu yang tolong isi borang UPU jadi pendapat dia diambil kira.
ReplyDeleteTahun ni, Insya-Allah, kena isi UPU lagi, dengan anak bongsu pula. Dua tahun rehat dari UPU. 😊 Betul, kena apply kursus bersesuaian dengan keputusan kita, kena ada minat dan yang kita layak.
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.