Apa Itu 'Isteri Provider'?
Isteri 'provider' ni mmg wujud ye. Tambahan di zaman dimana wanita berpendidikan lebih tinggi dari lelaki.
Isteri 'provider' ni, dia jenis tak kisah dia susah, asalkan semua dlm keluarganya happy & dpt hidup selesa.
Suami mampu sewa rumah, dia tolong beli rumah sdiri & top up yg mana suami tak cukup.
Suami mampu beli beras, dia top up tolong beli lauk.
Suami mampu jln² kat tmn permainan, dia top up pergi bercutian.
Isteri 'provider' ni biasanya jarang merungut. Jarang minta itu ini dari suami, jarang nak merajuk. Sbb dia terdidik dgn sifat berdikari, secara tak langsung ada sedikit sifat lelaki dlm diri dia.
Isteri 'provider' ni....
Dia bekerja bantu suami akan perkara² diluar nafkah wajib. Contohnya persekolahan anak², belanja mak ayah, percutian keluarga.
Dia memasak, bangun awal subuh, masak utk suami, utk anak² & utk dirinya sdiri. Jaranglah keluarganya makan makanan luar.
Dia buat kerja rumah, basuh baju, basuh pinggan, sapu sampah dan yg seangkatan dgnnya yg dibuat oleh para² isteri yg lain.
Dia duduk di sisi anak² ketika diperlukan, dia beri tunjuk ajar kat anak², dia jadi guru anak², silap haribulan dia tolong buat kerja sekolah anak.
Dia rancang percutian keluarga, dia keluar duit semua, dia booking hotel, bawak keluarga makan².
Dia beli apa yg dia nak tanpa minta dari suaminya. Lepas beli, dia tunjuk juga kat suaminya.
Dia tak kisah kalau suaminya bagi duit tak cukup pada bulan2 tertentu sbb ada komitmen lain spt roadtax, bayar cukai tanah rumah & selainnya.
Isteri 'provider' ni adakala mampu membimbing suaminya. Ada lelaki yg membesar dgn sifat kurang baik, tak solat, tak puasa, kurang ajar. Tapi atas bimbingan & kasih sayang isteri 'provider' ni, dia berubah menjadi lebih baik. Mampu jadi imam, bercakap dgn lembut & sopan.
Ramai memandang isteri 'provider' ni sbg isteri yg angkuh, yg tak dengar cakap suami, yg berlagak sombong, yg ditakuti suami.
Tapi ramai yg tak nampak, tak semua isteri 'provider' ni bersifat demikian.
Mereka buat segala tugas & tanggungjawab seorang isteri & sebahagian tugas suami tanpa rungutan. Dia cuma nak bahgia & setia. .
Malangnya ramai yg tak menghargai. Masih mencari yg lain utk kesempurnaan walau diri tak mampu.
Kpd para suami yg dianugerahkan isteri 'provider', jgn ambil kesempatan. Jgn buat tak peduli. Jgn anggap dia sentiasa ok.
Kerna dia juga manusia, dia tetap seorang wanita. Dia tetap ada masa lelahnya. Dia ada sifat seorang wanita, yg ingin dipeluk, disentuh & disapa dgn baik.
Cukuplah sekadar ungkapan
"Awak ok?"
"Terima kasih sayang"
"Awak nak makan apa² tak, saya belikan,"
Bila dia diam tak seceria selalu, dekatilah dia. Urut bahunya. Cium pipinya. Jgn biarkan dia mengubati lelahnya sdiri. Dia takkan meminta sbb dia dah biasa memberi hingga dia lupa bagaimana nak meminta.
Isteri 'provider' ni, kalau dah dpt, jagalah sebaiknya. Dikala dia dah penat, sampai masa, dia akan pergi. Pergi takkan kembali. Dan masa tu, baru rasa betapa sukarnya hidup tanpa dia. Kerana dia telah 'provide' segalanya.
Credit To ~Farizal Radzali~






12 Comments
Bila ada isteri provider, jgn terdetik nak kawen satu lagi...yang tu lah selalu nampak...sebagai isteri,kita tak kisah membantu suami, tapi kalau Linda. Memang Linda akan gtaw sekian² harga...baru dia tahu, sebenarnya, dia rase selesa sebab kita tolong topup kat dia...
ReplyDeleteBetul tu abam Kie..Sy tgk isteri provider ni kalau lelaki buat hal, dia x kesah nk lepaskn lelaki tu sbb dia bleh berdikari sendiri mcm yg dia praktikkn semasa dgn lelaki tu...Ini pandangan sy je...lelaki patut jaga elok2 bila dpt wife yg provider ni..Sbb dgn pertolongan merekalah lelaki dpt beli apa yg dia suka & boleh laksanakan hobby mereka sbb ade duit lebihan yg pada asalnya untuk saluran ke keluarga tapi telah dibantu oleh si isteri jadi si lelaki ada duit extra...=)
ReplyDeletebila dapat isteri yang macam ni..harap lah suami tidak ambil kesempatan terhadap nya
ReplyDeleteKedua suami isteri kena berlapang dada dan bertolak ansur bila ada isteri provider. Jangan membandingkan hidup dengan pasangan suami isteri yang lain. Harapnya suami yang mempunyai isteri provider menghargai isterinya.
ReplyDelete"Isteri 'provider' ni, dia jenis tak kisah dia susah, asalkan semua dlm keluarganya happy & dpt hidup selesa."
ReplyDeleteSetuju dengan statement ni. Dia tak kisah kalau dia tak cukup, tapi jangan sampai tahap sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan dia. Sekali kepercayaannya tercalar, tak mungkin berpatah balik.
Salam kenal abam kie.. ^^
alhamdulillah tuah rezeki suami jodohnya isteri mithali
ReplyDeleteSungguh istri yang ideal Pak Kie...
ReplyDeleteSalam,
banyak je kaum isteri yang tak kisah berkongsi bil2 rumahtangga. tapi janganla pula ambil kesempatan kan. semoga hidup sentiasa saling melengkapi :D
ReplyDeleteAduhai begitu ya isteri provider, rasanya sangat melengkapi hidup si suami..jangan pula lelaki tambahkan beban dengan goyang kaki ja..hehehe
ReplyDeleteNormal dah sekarang ni sbb sekarang ni mostly wanita berkerjaya, yg SAHM pun ramai jugak yg ada online business, boleh je tampung mana² yg kurang utk kegembiraan dan kebahagiaan keluarga
ReplyDeletesuami jgn laa sesekali ambil kesempatan ni. buatlah apa sahaja supaya dpt balas apa yg isteri 'provide' kan tu... baik dari segi harta benda atau pun emosi...
ReplyDeletePendapat saya, isteri provider ini penanggung keluarga, dia menanggung beban yang sepatutnya dijalankan oleh suami. Setakat top-up sana sini mencukupkan atau nakkan hidup lebih selesa taklah dipanggil isteri provider.
ReplyDeleteDi page tertentu/thread ramai para isteri mengeluh dan tawar hati disebabkan terpaksa menanggung keluarga selain manjalankan tugas sebagai isteri dan ibu sedangkan suami tak bersungguh-sungguh berusaha keluar dari kesusahan yang dialami.
Melainkan isteri redha seikhlasnya, berdosa suami membiarkan isterinya menjadi provider.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.