Bila anak kurang pandai belajar
Anak-anak kita, bukan semuanya sama. Ada yang cepat belajar, ada yang sebaliknya. Kalau semua anak-anak kita bijak, itu bonus. Alhamdulillah.
Cuma bila ada yang agak lambat dalam belajar, duduk kelas hujung, jangan pula kita membanding beza dengan anak kita yang lain.
Jangan bandingkan dengan yang lebih bijak dan cekap dalam pembelajaran. Sangat penting sebenar memberi semangat dan dorongan, bukan tekanan.
Anak-anak, walau masih kecil tapi mereka memerhati. Asyik si adik sering dipuji, asyik kejayaan kakak sering diulang, asyik kehebatan abang sering dijulang.
Dia mesti rasa kecil hati dan rendah diri. Betapa dia pun mahu dipuji, betapa dia pun mahu disanjung. Tapi apakan daya, dia sedikit lambat dalam belajar. Bukan dia hendak begitu, tapi dah memang begitu Allah letak dia.
Anak-anak ini, pasti ada kelebihan lain pula. Pasti ada, cuma mungkin kelebihan dia kurang menonjol di mata kita. Kalau jumpa kelebihan itu, cepat-cepat sokong. Cepat-cepat puji, pasti dia tersenyum riang.
Mungkin dia pandai menjaga adiknya. Mungkin kemahiran dia mengemas rumah. Mungkin juga handal memasak. Atau mungkin dia jenis yang ringan tulang suka bantu kerja di rumah.
Kita orang tua kena pandai perhati reaksi dan emosi anak. Jangan disebabkan kata-kata kita yang sering membanding beza membuat mereka rasa rendah diri. Membuat mereka makan hati dalam diam.
Aku biasa mengajar kelas hujung. Kelas murid paling lambat dan perlahan. Kalau kena cara motivasi, kalau kena cara menaikkan semangat, mereka mampu sebenarnya.
Mampu berjaya walau agak lambat. Walau mereka perlu usaha berlipat kali ganda lebih banyak. Usaha lebih dari murid biasa.
Tugas kita, ibubapa dan guru ialah memotivasikan mereka. Biar mereka rasa kita sentiasa ada di setiap jatuh bangun mereka.
Aku secara peribadi pernah mendorong beberapa murid yang dapat keputusan E pada awal peperiksaan, akhirnya mendapat A di dalam peperiksaan sebenar dalam beberapa bulan sahaja. Tanpa tuisyen, tanpa bantuan luar.
Tapi usaha murid-murid itu memang 3-4 kali ganda lebih pada murid biasa. Kenapa mereka berusaha lebih? Kerana ada orang sentiasa memberi mereka semangat dan dorongan.
Berapa banyak kisah-kisah orang berjaya yang dulunya pernah gagal. Pernah mendapat tempat tercorot dalam kelas terakhir. Bahkan ada yang tak habis belajar pun.
Malah ada yang dulunya tidak pandai membaca walau dah di tahun 5, tapi kini bergelar Doktor PhD. Pasti ada motivasi hebat disebalik kejayaan mereka.
Bila anak kurang pandai, ingatlah. Jangan membanding beza. Beri semangat, sokonglah dia. Anak kita, biar kita menjadi pencetus motivasi hebat itu.
18 Comments
Betul tu abam kie. Anak Cie ada 2 orang. 2 orang berbeza tapi tak pernah bandingkan pun. Kita raikan keduanya.
ReplyDeleteSemoga Linda dapat menjadi parents yang baik..aamin..tapi,yg geram nya..takde yang ngikut ibu dia.. hahaha
ReplyDeleteTipulah kalau kata tak frust sebab saya dahulu sehingga menengah rendah pelajar yang perform juga walau aktif dengan aktiviti sekolah. Anak-anak pula dari sulung sampai yang bongsu suka kumpul nombor double digit, kedudukan dalam kelas tak pernah dapat nombor kurang 10.
ReplyDeleteBila anak sulung dan kedua dapat cgpa lebih 3.5 setiap semester, saya dah tone down, kurang marah-marah dengan adik-adiknya. Nombor 3 dan 4 pun sama sampai dapat Anugerah Dekan. Cuma no 5 dan 6 ni teruk betul huhuu...mak dah tak jadi singa lagi kot atas faktor usia.
setiap kekurangan anak2 ada kelebihannya masa hadapan mrk xdpt diramal kerana kejayaan hidup anugerah Allah ibubapa jalankan tanggungjawab amanahNya dengan sempurna
ReplyDeleteBetul tu Abam Kie. Jangan kita suka banding-bandingkan. Tahap orang ni lain-lain, tak sama walaupun nampak je macam sama
ReplyDeleteSetuju dengan saudara Abam..masing2 dengan tingkah laku sendiri..
ReplyDeleteSelamat berblog..teruskan selai ada daya dan manfaat kepada pembaca, Etuza kebali namaun tak jamin setakat bila..
ReplyDeleteKalau 'kurang pandai' ni uncle selalu teringat pada diri sendiri... huhuhu
ReplyDeleteSepakat dengan tulisan Pak Kie ini janganlah membanding-bandingkan dengan anak lain tapi lebih bijak bila selalu memberi motivasi pada anak.
ReplyDeleteSalam.
Saya pun dulu antara anak yg selalu dibandingkan jugak masa sekolah. Kakak abang dpt result upsr, pmr semua hebat2. Sampai ke saya tak banyak A pun huhu.
ReplyDeleteResult time sekolah tu tak membawa sampai ke tua pun
walaupun tak ada adik beradik tp sy dari kecik mmg tak suka dibanding-bandingkan... sy rasa menyampah bila dgr org cakap pasal ni...
ReplyDeletebagi sy manusia tu unik. dia ada kelebihan masing2. sebagai parents, kita perlu serlahkan potensi lain anak2 bla kita tahu mereka mereka tak pandai dlm pelajaran... jgn bunuh masa depan anak2 dgn sikap sebegini...
Betul, masing2 ada lebihan tersendiri. Kadangkala kepandaian tu bukanlah dari segi intelektual sahaja... Ada banyak perspektif yg boleh kita huraikan
ReplyDeleteSetiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita perlu meraikan mereka dan berlapang dada menerimanya
ReplyDeletekadang2 tanpa sedar mmg ada je ammi 'terbanding-banding' kan anak. bukanlah niat nak kata si A pandai dari si B cuma nak ckp kat dia yang kalau A boleh B pun mesti boleh
ReplyDeleteSejujurnya anak-anak Mrs. A sendiri memang tak suka dibandingkan waima dengan sepupu mereka sendiri.
ReplyDeleteMrs. A akan ingat tu
Saya waktu kecil selalu dibanding-bandingkan. Ingat sampai ke tua. Jadi, saya tak kan ulang benda sama pada anak-anak saya. Insya-Allah, setiap anak ada kelebihan masing-masing.
ReplyDeleteparent paling penting sbb segalanya bermula dari rumah
ReplyDeletesetiap anak ada kelebihan & kekurangan masing2
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.