Pengurusan sisa dan bahan buangan merupakan aspek penting dalam menjaga kebersihan persekitaran dan kesihatan awam.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kenderaan yang digunakan dalam sistem pengurusan sisa, antaranya lori Roro (Roll-On Roll-Off) dan lori pembuangan sampah. Kedua-dua jenis lori ini mempunyai fungsi tersendiri dalam membantu proses pengumpulan, pemindahan, dan pelupusan sampah dengan cara yang lebih efisien.

Apa Itu Lori Roro?

Lori roro adalah sejenis lori berat yang digunakan untuk mengangkut tong besar atau kontena yang boleh dimuat dan diturunkan dengan sistem “roll-on roll-off”. Ini bermakna tong roro tidak perlu diangkat secara manual – sebaliknya, ia digolek masuk dan keluar dari lori menggunakan sistem hidraulik automatik.

Kebiasaannya, lori roro digunakan di tapak pembinaan, kawasan perindustrian, dan lokasi komersial di mana jumlah sisa buangan adalah besar dan berterusan. Tong Roro pula datang dalam pelbagai saiz termasuk lori roro 3 tan hingga 10 tan.

Kegunaan Lori Roro:

      Tapak Pembinaan di mana lori Roro sesuai digunakan untuk mengangkut sisa pembinaan seperti konkrit, batu, kayu, dan logam.
Industri dan Kilang di mana servis lori roo digunakan untuk pembuangan bahan buangan pukal dan sisa pengeluaran.

      Acara Besar seperti semasa karnival atau acara awam, tong RORO boleh diletakkan untuk menguruskan sisa dalam kuantiti besar.

      Pembersihan Skala Besar seperti untuk program gotong-royong.

Apa Itu Lori Pembuangan Sampah?

Lori sampah pula merujuk kepada lori yang direka khusus untuk mengutip sisa domestik atau komersial dari rumah, premis perniagaan, dan kawasan awam. Ia selalunya dilengkapi dengan sistem pemampat (compactor) yang boleh memadatkan sampah untuk menjimatkan ruang dan membolehkan lebih banyak sampah dikutip dalam satu perjalanan.

Lori jenis ini kerap dilihat di kawasan perumahan, pusat bandar dan lokasi padat penduduk, dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan atau syarikat pengurusan sisa.

Kegunaan Lori Pembuangan Sampah:

      Kutipan Sampah Domestik – Lori ini digunakan untuk mengutip sisa isi rumah secara berkala, biasanya mengikut jadual mingguan.

      Pengurusan Sisa Komersial – Premis perniagaan seperti restoran dan kedai menggunakan lori ini untuk pembuangan sisa makanan dan bahan buangan harian.

      Kawasan Perumahan dan Bandar – Penting bagi memastikan kawasan padat penduduk kekal bersih dan bebas dari pencemaran.

Perbezaan Lori Roro Dan Lori Sampah

Perbezaan utama antara kedua-dua jenis lori ini ialah dari segi kapasiti dan tujuan. Lori Roro direka untuk sisa berat dan pukal, manakala perkhidmatan lori buang sampah lebih sesuai untuk sisa ringan dan berjadual. Lori RORO biasanya digunakan oleh syarikat atau industri besar, manakala lori sampah lebih kepada kegunaan awam harian.

Lori Roro dan lori pembuangan sampah memainkan peranan penting dalam sistem pengurusan sisa di Lembah Klang. Kewujudan kedua-dua jenis lori ini bukan sahaja membantu mempercepat proses pengumpulan dan pelupusan sisa, tetapi juga menyumbang kepada kebersihan, kesihatan dan kelestarian alam sekitar. Pemilihan jenis lori yang sesuai bergantung kepada jenis dan jumlah sisa yang perlu diuruskan.

 


11 Comments

  1. Hari tu lepas melawat rakan saya meninggal, singgah ke rumah kawan saya seorang lagi. Eksiden langgar lori roro. Lori roro salah sebab keluar simpang. Kaaan saya terlantar di rumah. Tulang keting, paha, tulang selangka, tulang belakang (T5) patah. Kesian dia.. Suka dia rakan-rakan datang melawat. Ssmoga dia segera sembuh. Tapi nampak gaya, memerlukan masa yang lama.

    ReplyDelete
  2. Perkhidmatan yang penting untuk menjaga kebersihan persekitaran

    ReplyDelete
  3. Lori roro untuk angkut sisa bahan lengai/bahan pembinaan. Tapak pelupusannya pun berbeza

    ReplyDelete
  4. sy rasa lori roro ni patut buat / masuk kawasan kampung jugalah esp kt rumah2 yg nak buat reno tu... sakit mata sy tgk tukang rumah senang2 je bakar sampau, kayu etc lepas diorang buat kerja2 reno

    ReplyDelete
  5. Kalau kat area kilang tmpt keje saya mmng kne adalah tong roro ni

    ReplyDelete
  6. Ooooo... itu ke maksud RORO.... Baru tahu! Hahaha

    ReplyDelete
  7. MA pun pernah sewa roro ni.masa mengemas rumah balik time balik dr bangkok tu. senang sebab semua boleh buang dlm tu

    ReplyDelete
  8. First time dengar Roro, di kawasan Cuya takde lori ni

    ReplyDelete
  9. Kat Terenggau agak susah nak nampak tong roro ni mungkin sebab kawasan tempat tinggal saya kampung. Tapi dekat seremban ni selalu nampak tong roro. Kalau tak silap hasil buangan dalam tong roro tu tak boleh campur campur, kan.

    ReplyDelete
  10. betul mmg sgt perlu & berguna sistem lori RORO ni & mmg byk di kwsn bandar saja

    ReplyDelete
  11. Roll on roll off.. tu yg dpt nama roro.. baru tahu hahaha.. 😅

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.