Keajaiban Waktu Subuh
Keajaiban Waktu Subuh
1. Betapa waktu Subuh itu terlalu banyak keajaibannya. Sangat rugi bagi mereka yang sering melewatkannya atau langsung tidak mengambil peduli akan keberkatan yang Allah kurniakan kepada kita.
2. Waktu sebelum azan Subuh itu mendatangkan keberkatan yang sangat luas dan besar oleh Allah SWT.
Kata Allah, Aku berikan kepada orang yang solat Subuh dua rakaat pahala yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Ganjarannya kita tidak nampak sekarang, tetapi di akhirat nanti berbondong-bondong ia datang kepada kita.
3. Keutamaan solat Subuh yang pertama adalah dapat mendatangkan keberkatan kerana solat Subuh merupakan satu aktiviti pagi hari yang Rasulullah SAW sendiri mendoakannya secara khusus.
“Ya Allah berkatilah umat ku pada waktu pagi.”
Hadis riwayat Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Itulqh sebab kita wajib berlumba-lumba untuk bangun sebelum Subuh dan tidak menyia-nyiakan waktu sebelum Subuh ini.
4. Waktu Subuh dapat menghantarkam orang mukmin menuju pintu syurga.
Rasulullah SAW bersabda..
“ Barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dan Asar, maka dia kan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
5. Seorang Muslim yang melaksanakan solat Subuh pun akan mendapat keutamaan lain iaitu terhindar daripada neraka.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW..
“Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari(solat Subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari(solat Asar).”
Hadis Riwayat Muslim)
6. Selepas solat Subuh jangan sesekali meninggalkan zikir ini..,
Subhanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
Nabi menyebutkan bahawa semua dosa kecil kita diampunkan oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di laut.
7. Pahalanya seumpama solat malam yang penuh bagi mereka yang bangun awal dan menunaikan solat dua rakaat. Mereka berada dalam jaminan Allah, keutamaan dan keajaiban waktu Subuh itu sangat luar biasa kerana orang mukmin yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah adalah orang yang berada dalam jaminan Allah. Keselamatannya dijamin, rezekinya dijamin, keadaannya dijamin, ketenangannya dijamin dan urusan hidupnya dijamin.
8. Mereka juga mendapat cahaya sempurna pada hari kiamat. Tidak hanya itu sahaja,mereja mendapat cahaya dan sinarbyang sempurna pada hari Kiamat nanti.
9. Waktu Subuh adalah penentu keberkatan hidup bagi seorang mukmin.
Abdullah Bin Umar Bin Khattab berkata..
“Salah satu tanda Allah mencintai seorang hambaNya dan tanda dosanya diampunkan, semakin kuat dia menjaga waktu Subuhnya, semakin Allah memberi jaminan kecukupan untuknya. Kehidupan yang penuh keberkatan bermula dengan menjaga waktu Subuhnya.”
10. Ketika kita serius menjaga waktu bangkit kita sebelum azan Subuh, kemudian membersihkan diri untuk sujud kepadaNya, maka Allah memberi jaminan bahawa Allah membuka kesempatan seluas-luasnya kepada kita untuk memperbaiki diri dan menikmati ketenangan dalam sujud kita sehingga Allah menghapuskan benan hidup dengan menghapuskan semua dosa kita.
11. Sesiapa yang mahu memperbaiki hidupnya, maka hendaklah dia memulai dari memperbaiki waktu bangkitnya sebelum azan Subuh.
Sesiapa yang hendak dilancarkan rezekinya, maka hendaklah dia menjaga dengan baik-baik solat Subuhnya.
Sesiapa yang ingin dikurnikaan kebahagiaan di dunia dan akhiratnya, maka hendaklah dia memperhatikan solat Subuhnya.
Dan semua perubahan atau penambahbaikan seluruh hidupnya berawal daripada memperbaiki waktu bangkitnya sebelum masuk azan Subuh dan memperbaiki kualiti solat Subuh. Maka Allah akan memperbaiki seluruh hidup kita.
12. Solat Subuh itu baru disempurnakan dua rakaat sahaja, Allah akan mencukupkan semua keperluan dunianya, tidak diperdayakan oleh tipu daya dunia, rezekinya dicukupkan, hartanya diberkati, kariernya dibangunkan dengan baik dan sempurna oleh Allah, keluarganya nyaman, hidupnya tenang. Itulah rahsia bagi mereka yang konsisten menjaga waktu Subuhnya bermula bangkit sebelum azan Subuh.
13. Malahan itulah yang selalu disebutkan…
“Rabbana atina fiddunia hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar.”
Kitalah yang membangunkan hubungan direct dengan Allah yang mempunyai segalanya, kita mengerjakan perintah Allah dengan sempurna dan menuruti semua tuntunanNya, dunia dia dapatkan dan akhiratnya diraih dengan anugerah Allah.
14. Mari sama-sama kita berazam bersungguh-sungguh memperbaiki diri dengan memperbaiki waktu Subuh kita.
9 Comments
Semoga kita semua dipermudah urusan untuk awal mengerjakan solat subuh.
ReplyDeletebanyak kelebihan nya..manfaat post
ReplyDeleteMoga kita dikurniakan keberkatan hidup dan dilindungi allah sentiasa. Perkongsian yang baik. Terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih cikgu perkongsian ilmu
ReplyDeleteJangan subuh tarik selimut sudah
ReplyDeleteWaktu Subuh adalah ujian kepada orang beriman...tak semua yang sanggup bangun awal dan pergi ke masjid untuk berjemaah
ReplyDeleteAamiin YRA.
ReplyDeleteTerima kasih telah mengingatkan Pak Kie.
Semoga saya pribadi lebih memperhatikan waktu subuh.
Salam,
good sharing.. tq
ReplyDeleteberpagi2 itu berkat
ReplyDeleteberpagi2 itu rezeki
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.