Belajar bagai nak rak,

masuk SBP dpt BKP rm25 sebulan sbb org susah, 

masuk universiti jalan kaki dari dorm ke tingkat 5 kolej paling hujung jauhnya berkilometer sbb nak beli motor pun tak mampu apatah lagi nak beli kereta,

belajar siang malam masa study week sbb nak score 3 pointer and above kerana 4 flat itu terlalu kabur untuk budak kampung yang kena study buku rujukan orang putih; 

dan bekerja bersungguh-sungguh supaya dapat mengubah nasib keluarga dan diri sendiri… semata-mata untuk mengubah hidup dari kategori B40 terpaling bawah naik ke M40 dan T20.. 

baru nak selesa sikit ada rumah ada kereta; terus disepak masuk ke kumpulan T20 dan ditarik semua hak dan keistimewaan;

Dan bila anak-anaknya lahir;

Golongan T20 ini mendidik dan membesarkan anak2 mereka supaya mementingkan pendidikan, supaya belajar bersungguh-sungguh agar tidak tersungkur masuk ke kumpulan di mana mereka bermula; kerana hanya dengan ilmu, kesungguhan, usaha berterusan dan izin Allah shj yg dpt mengubah nasib seseorang;

Namun.. misi melahirkan bakal pemimpin negara tersekat di peringkat remaja; hanya kerana kedudukan ibu bapa sudah dikelaskan sebagai T20.

Segala pendidikan dan pembangunan insan yang dilakukan oleh golongan T20 yg bermula B40 ini mungkin terhenti bila hak2 anak mereka dinafikan; kerana “dosa” menjadi anak T20… 

Dan ibu bapaknya pula terpaksa menangguhkan niat nak pegi haji kerana dulunya mampu,tapi sudah menjadi kurang mampu pada tahun ini. Kena tambah lagi simpanan. 

2023 - 2024 yang menyakitkan. 

Mungkin hidup sebagai B40 40 tahun lalu lebih membahagiakan berbanding kehidupan sekarang yang kononnya terlihat T20. 

Lepas ni jangan ada yang berani perli; kerja kuat-kuat nak pergi Mekah balik hari ke? Kalau taknak kena pang sebijik, baik fikir dalam-dalam sebelum berkata-kata. Nak pergi Mekah dah macam nak pergi Marikh harganya. 

Dalam keadaan ekonomi sekarang, siapa dapat bayar installment, yuran sekolah, bil api, sewa premis, nafkah anak ibu bapa dan diri sendiri ON TIME, baru layak dipanggil T20.

Kesian kita.