KURANG 30 hari lagi bulan Ramadan akan tiba. la amat dinanti oleh pemburu pahala, lantaran 1,001 rahmat dan keampunan akan turun bersamanya. Moga ALLAH SWT sampaikan kita untuk bertemu 1 Ramadan pada 12 Мас 2024 nanti, insya-ALLAH. 

Sebagai persediaan awal menuju bulan penuh barakah itu, berikut 8 checklist (senarai semak) yang wajar diperhatikan agar memudahkan kita menunaikan ibadah tanpa lemah.

1. Tidur dan bangun awal. 

Tidur awal penting bagi memastikan tubuh bertenaga pada keesokan harinya. Latih diri tidur awal supaya dapat bangun awal. Cuba bangun awal 30 minit sebelum masuk waktu subuh.

Agar nanti dapat menambah pahala sunat dengan melakukan ibadah bersahur. Apabila semakin biasa, gunakan beberapa minit di awal pagi untuk melakukan solat-solat sunat.

2. Perbanyakkan zikir di selang waktu.

Tujuan berzikir agar kita mengingati ALLAH SWT, sentiasa tenang dan rasa cukup.

3. Peruntukkan masa dengan al-Quran.

Ambil masa untuk membaca atau menghayati tafsir dan menghafaz ayat al-Quran.

Carilah apa-apa bantuan seperti menghadiri kelas tafsir, membaca buku-buku berkaitan al-Quran untuk membantu anda lebih mencintai Islam.

4. Tinggalkan perbuatan lagha

Latih diri meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat, maksiat dan dosa. Misalnya bercakap keji, mencari salah orang, berburuk sangka, menyakiti kawan atau jiran dan menghabiskan masa menonton video-video yang tidak bermanfaat.

5. Mesra dengan masjid.

Antara tujuh golongan manusia yang mendapat naungan ALLAH di Padang Mahsyar adalah orang-orang yang hatinya tertaut dengan masjid.

Jadikan Ramadan sebagai masa untuk berjinak-jinak dengan majlis ilmu dan beribadah di dalam masjid. Tidak bermakna luar masjid tidak boleh beribadah. Tetapi mengambil keberkatan di dalam rumah ALLAH dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai niat untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.

6. Ulangkaji ibadah berkaitan puasa. 

Puasa adalah ibadah utama di bulan Ramadan. Oleh itu, persiapan dari segi hukum-hakam, pengertian puasa, hikmahnya, rukun dan perkara yang membatalkan puasa perlu dititikberatkan agar ibadah tidak sia-sia.

7. Jaga kesihatan diri.

Tubuh badan adalah amanah ALLAH. Menjaga kesihatan bermaksud memelihara tubuh badan dari pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat.

Hal ini penting agar apabila kita memasuki Ramadan, kondisi diri kekal bertenaga agar dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan baik.

8. Persiapkan diri untuk melalui proses tazkiyatunnafs (penyucian jiwa). 

Pesan Nabi Muhammad SAW, di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging itu adalah hati. 

Pentingnya hati yang bersih daripada maksiat bagi memastikan kelazatan ibadah dan keimanan dapat dinikmati.

Kenal pasti perbuatan harian yang menjadikan kita semakin jauh dari ALLAH.

Ramadan adalah peluang terbaik untuk dimanfaatkan. 

Semoga kita keluar dari Ramadan dengan hati yang baru dan sensitif dengan kemaksiatan walaupun kecil.

 TERIMA KASIH. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

7 Comments

  1. terima kasih abam kie.. dah tak lama kita berpuasa.. semoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik supaya kita dapat beribadat dengan baik padaNya.. ameennnnn

    ReplyDelete
  2. terima kasih perkongsian ilmu semoga kita berpeluang beribadah di bulan Ramadan mulia insya-Allah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ingat-mengigati

    ReplyDelete
  4. Selalu senang kalo mendekati bulan ramadhan. 😍❤️. saya pun dah bikin target2 yg nak di capai selama ramadhan ini. Semoga semua kita bisa lancar puasanya, hingga sampai idul Fitri nanti.

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak tunggu ramadhan! semoga Allah izinkan kita bertemu dengan ramadhan. it's beautiful when ramadhan is coming when we need it the most right now. thank u for this !!

    ReplyDelete
  6. tq for sharing.. betul sekejab je dah nak puasa

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Pak Kie telah mengingatkan dengan beberapa yang baiknya dilakukan dalam menyambut bulan suci Ramadhan.
    Semoga usia kita disampaikan pada bulan suci tersebut dan semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.

    Salam,

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.