Pada hari Sabtu lepas semasa Abam Kie sedang bersiap2 ke majlis kenduri anak saudara di Machang, tetiba terdengar laungan anak2. Tekejut juga bila mereka ni bising kat ruang tamu tu. OMG! Rupa2nya kucing betina kami bernama Mimi membawa balik hasil tangkapannya berupa seekor anak ular! Mimi ini memang ganas dan berani. Kecil2 cili padi. Kalau setakat bumbung rumah tu banyak kali dah ia naik. Memang dasar kucing ni tak takut mati. Bila tangkap apa2 haiwan mesti bawa balik ke rumah untuk ditunjukkan kepada tuannya. Adoiii! Kalau setakat cicak tikus atau mengkarung tu biasalah. Tapi hari tu dibawanya masuk anak ular ke dalam rumah! Kau nak aku dan keluarga mati ke? Arrrghhh! 

Tengok gambar kat atas tu. Siap si Mimi tu main2 dengan anak ular tu! 

Isteri dan anak2 memang takut belaka kat ular. Tapi abam kie dengan selambanya mengambil sebilah parang lalu mengetuk kepala ular itu sampai hancur. Mujur la ular tu x agresif. Jika tidak, memang kena panggil JPAM dah. 

Inilah anak ular yang dah mati tu. Selepas dibunuh, Abam Kie tinggalkan dulu bangkai ni kat porch. Pas tu terus memecut ke rumah abang yang buat majlis bertandang sempena perkahwinan anaknya yang sulung. Berbesan dengan orang Rengit, Johor! Jauh nau! 

Sekembali dari rumah abang petang tu, terus Abam Kie menggali lubang di depan rumah untuk menanam bangkai ular tersebut. Semoga tiada lagi kemunculan ular berlaku di rumah Abam Kie pada masa depan. Semoga Allah melindungi Abam Kie dan keluarga dari segala mara bahaya. Aamiin....