Assalamualaikum. Abam Kie pasti rakan-rakan pasti gembira bila post yang kita siarkan dikomen oleh blogger lain. Iyolah kan...penat2 kita tulis dan ada yg bagi response dengan meninggalkan komen tu dikira cukup bagus sangat tu! 

Jika kita nak orang tinggalkan komen di entri kita maka kita kenalah rajin berjalan2 ke blog blogger lain dan tinggalkan komen di blog mereka. InsyaAllah, mereka akan membalas kunjungan anda dengan menulis komen2 yang membina biar pun pendek! Ini dinamakan 'I scratch your back, you scratch my back!'. Dok gitu?

Mungkin kawan2 boleh ikut teknik yang abam kie buat ni. Abam Kie memperuntukan hari Jumaat untuk membalas komen rakan2 blogger sepanjang minggu berkenaan. Lagipun di Kelantan ni cuti mingguannya jatuh pada hari Jumaat jadi adalah masa sikit untuk blogwalking dan balas komen kawan2 blogger tu.

Huh, Abam Kie siap catit dalam personal planner blog2 yang perlu abam kie kunjungi dan balas komen mereka. Macam hari Jumaat bertarikh 12.1.2024 lepas tu sampai 34 blog yg perlu abam kie membuat kunjungan balas! See my level? Hehehehe.... Tapi jumlah blog tu bergantung kepada keadaan gak. Paling sedikit ada 15 blog yang abam kie perlu kunjungi. 

Kesimpulannya kunjung-mengunjungi sesama blogger perlu diamalkan supaya blogger2 yang masih aktif sekarang akan terus kekal relevan. Apa kata anda? Sila tulis komen di bawah.

Sekian. Terima kasih.