"Kenapa la orang pantai timur tak mahukan pembangunan?"

Pembangunan yang mereka maksudkan: 

Satu benda yang orang bandar tak perasan adalah mereka tiada identiti, atau makin hilang identiti. Rumah kondo sama, layout sama, warna sama, lif sama, flat lagilah sama. 

Kalau rumah kosong, orang tak tahu rumah kosong sebab tak ada yang beli lagi atau tuan rumah tak ada kat rumah.

Keluar kerja pakat naik train, berebut, beratur, main fon. Pergi kerja, balik. Nak luangkan masa, pergi mall. Bosan satu mall, pergi mall lain. Nak celebrate, pergi sukiya, mall jugak, beratur sejam dua. 

Jadi masyarakat rat race, tapi mereka fikir orang lain dengkikan kehidupan mereka di bandar. 

Datanglah ke pantai timur dan tengok rumah-rumah di masyarakat timur. Setiap rumah ada individualiti, setiap rumah ada identiti pemilik rumah. Walau dalam taman, kaya atau miskin, setiap rumah berbeza dan ada identiti sendiri.

Ada appreciation for identity, ada personaliti, ada awareness and proof for self-existence. 

Perkara ni di bandar hanya dengan duit kau boleh buktikan self-existence, boleh tonjolkan personaliti. Dengan duit sahaja kau boleh bezakan diri sendiri dengan orang biasa. 

Taknak naik LRT, book season pass dengan bayaran RM300 sebulan dan deposit 3 bulan. 

Nak rumah landed, bayar RM3,000 sewa bulanan baru dapat laman sebesar tapak tangan. 

Nak merasa bawak kereta ke ofis, kena bayar parking 200 ringgit sebulan, lalu dua palang tol dan jem 30 minit. 

Orang bandar selalu memperlekeh atau merasa kesian dengan kehidupan orang kampung, tapi sebenarnya orang kampung yang kesian dan sedih dengan kehidupan orang bandar.