Adakah anda bekas pelajar SPM yang sedang mencari-cari tempat belajar dengan subsidi kerajaan dan percuma? Jangan menoleh ke mana lagi! Teruskan membaca entri ini sampai habis sebab Abam Kie ingin berkongsi peluang melanjutkan pendidikan kepada anak-anak lepasan sekolah secara percuma atau mendapat subsidi kerajaan. Jangan jadikan kemiskinan sebagai halangan untuk anda melanjutkan pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.

1. Institut Latihan Perindustrian (ILP) 

Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan satu institut latihan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan sektor perindustrian di Malaysia. Sejarah penubuhan ILP telah bermula semenjak tahun 1964 lagi dengan penubuhan ILP Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1973, ILP Prai telah dibina diikuti dengan CIAST Shah Alam dan lain-lain di Kuala Terengganu, Pasir Gudang, Labuan, Kuantan, Kota Bahru, Jitra, Ipoh, Bandar Melaka, dan JMTI Seberang Perai. ILP adalah di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Manakala JTM adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Selepas itu, 9 buah lagi institut dibina dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. ILP menawarkan program kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Sijil Juruteknik dari Kementerian Sumber Manusia. Pembelajaran adalah setahun ke dua tahun pengajian dan ianya percuma. Hanya perlu bayar yuran pendaftaran dan pakaian sebanyak RM700.00 sekali sahaja. Selepas itu diberi elaun bulanan setiap bulan dan ada kemudahan asrama,dewan makan untuk 4 kali makan dan pendidikan percuma.   

2. Institut Kemahiran MARA (IKM) 

IKM diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan. Perlaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan berbagai kursus di dalam berbagai bidang yang dijalankan di IKM / KKTM di seluruh negara. IKM yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1968 iaitu IKM Melaka yang pada masa itu ditempatkan di Jalan Hang Tuah, Melaka. Pada awalnya IKM diwujudkan dengan objektif berorientasikan sosial iaitu untuk membanteras masalah keciciran di dalam bidang pendidikan di kalangan remaja dan belia Bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar. Pembelajaran adalah setahun ke dua tahun pengajian dan ianya percuma. Selepas itu diberi elaun bulanan setiap bulan dan ada kemudahan asrama,dewan makan untuk 4 kali makan dan pendidikan percuma.   

3. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) 

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan merupakan sejenis institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Pembelajaran adalah setahun ke dua tahun pengajian dan ianya percuma. Selepas itu diberi elaun bulanan setiap bulan dan ada kemudahan asrama,dewan makan untuk 4 kali makan dan pendidikan percuma.   

4. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan sejenis institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.  Pembelajaran adalah setahun  pengajian untuk sambung Diploma dan ianya percuma. Selepas itu diberi elaun bulanan setiap bulan dan ada kemudahan asrama,dewan makan untuk 4 kali makan dan pendidikan percuma.   

5. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)  

Kolej Kemahiran Tinggi MARA bermula di  cawangan Pasir Mas (KKTM Pasir Mas). Mula dibina pada tahun 1998 dan siap beroperasi pada Januari 2000 dengan nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas). Pembinaannya mengambil masa 2 tahun menggunakan perbelanjaan Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7) dengan peruntukkan sebanyak RM19.73 Juta. Ia dibina di atas tanah yang mempunyai keluasan 38 ekar dan kedudukannya adalah kira-kira 8 kilometer dari bandar Pasir Mas. Pengambilan pertama pelajar seramai 100 orang dibuat pada bulan April 2000. Merupakan IKM pertama yang menawarkan jurusan di peringkat Diploma Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pembelajaran adalah setahun ke dua tahun pengajian dan ianya percuma. Selepas itu diberi elaun bulanan setiap bulan dan ada kemudahan asrama, dewan makan untuk 4 kali makan dan pendidikan percuma.  

6. Institut Pertanian Malaysia (IPM)  

Institut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mempelopori pendidikan dan latihan pertanian secara holistik peringkat sijil sejak tahun 50an. Program Sijil Pertanian ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini adalah selaras dengan Dasar Agro Makanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara. Program Sijil Pertanian Malaysia dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori. Kurikulum Program Sijil Pertanian dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan. Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di Institut Pertanian Serdang, Selangor; Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak; Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor; Institut Pertanian Sarawak, Semongok; dan Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud. Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang merupakan satu-satunya Institut Pertanian yang tidak mengendalikan Program Sijil Pertanian, sebaliknya menguruskan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah pemantauan pihak Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.  

7. Institut Kraf Negara (IKN)  

Institut Kraf Negara yang telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2001. memainkan peranan penting sebagai sebuah institusi pendidikan yang menawarkan pengajian dalam bidang kraf. Konsep pendidikan di IKN memberi penekanan 70% dalam aspek kemahiran dan 30% dalam bidang akademik. IKN menawarkan program pengajian di peringkat Diploma dan Sijil secara sepenuh masa dalam enam (6) bidang iaitu seni kraf batik, tenunan, seramik, kayu, rotan dan logam.  

8. Kolej Profesional MARA (KPM)  

Kolej Profesional MARA (KPM) atau pada mulanya lebih dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) telah ditubuhkan pada bulan Mei 1977. Sejak penubuhannya sehingga penghujung bulan Julai 1982, KPM/IPM telah ditempatkan di tingkat 2, Bangunan Sing Hoe Motor, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Jumlah kumpulan pertama pelajarnya hanya 100 orang dengan 4 orang tenaga pengajar. Setelah beberapa kali berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, akhirnya pada 1 Jun 1998, KPMKL telah berpindah ke kampus tetapnya di Lot 2333, Mukim Beranang, Jalan Kajang Seremban, Selangor Darul Ehsan. Kemudian Kampus KPM yang kedua kemudiannya telah dibuka di Melaka dan diikuti pula dengan KPM Indera Mahkota (KPMIM), Kuantan, Pahang Darul Makmur. KPMIM menawarkan program pertamanya pada Januari 2001, iaitu Kursus Program Intensif Persediaan (PIP) kepada pelajar yang terpilih untuk mengikuti program Diploma di KPM dan juga pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di British-Malaysian Institut. Sehingga kini KPMIM menjalankan kursus Preparatory Intensive Programme (PIP), Diploma in Accountancy (DIA), Diploma in English Communication (DEC), Diploma in Computer Networking (DCN) dan Diploma in Creative Digital Media Production (DCD). Pelajar diberi elaun dan pendidikan percuma tajaan Mara.   

9. Giat Mara  

GIATMARA adalah pusat latihan yang menawarkan latihan teknikal dalam pelbagai bidang kemahiran di seluruh negara. GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA. Memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (sekarang dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/ Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Menyediakan kursus Sijil untuk tahap 1 dan 2 dan diberi elaun sebanyak RM200 sebulan.   

10. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)  

Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya. [1] Institut Pendidikan Guru Malaysia ini bakal mempunyai kampus induk seperti UiTM yang kini masih lagi dalam proses pembinaan. Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal - bakal guru. Bakal - bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian.Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhajaya Perkhidmatan Pelajaran. Pemisahan fungsi antara IPGM dengan BPG dimana IPGM akan memberi fokus kepada latihan pra perkhidmatan manakala BPG akan menumpukan fokus kepada urusan latihan dalam perkhidmatan. IPGM juga diletakkan di bawah penyeliaan terus KPM manakala BPG kekal di bawah penyeliaan TKPPM(Profesional Keguruan. Ipg menawarkan kursus Ijazah Pendidikan kepada bakal guru. Pengajian 2 tahun untuk persediaan dan 4 tahun untuk pengajian. Yuran pengajian di biayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pelajar diberi elaun setiap bulan.   

11. Kolej Jururawat Malaysia  

Sejarah perkhidmatan kesihatan juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di Malaya dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan Silang ( dahulu dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur. Untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Pulau Pinang untuk melatih jururawat, teknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian. Manakala Kolej Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama jururawat iaitu pada 16 Julai 1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kejururawat Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dangan kurikulum baru iaitu Latihan Asas, Latihan Pos Basik iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan Rapi, Kursus Koronari dan Kursus Perioperatif. Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta merupakan Institusi kedua yang diwujudkan di Semenanjung Malaysiauntuk melatih para Pembantu Perubatan demi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan kesihatan di Malaysia secara amnya. Kolej Pembantu Perubatan yang lain terletak di Seremban, Kuching, dan Alor Star. Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta secara rasminya telah beroperasi pada 1 Januari 1992 dengan kehadiran 6 orang tenaga pengajar. Pada 13 Januari 1992, Kolej ini telah memulakan latihan asas Pembantu Perubatan dengan kehadiran 50 peserta. Walau bagaimanapun sejarah kolej ini bermula lebih awal, iaitu pada tahun 1956 dengan menyediakan latihan untuk Penolong Jururawat. Seterusnya ia digunakan untuk melatih Pembantu Hospital Rendah pada tahun 1970. Pada tahun 1992, Bahagian Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan telah membuat keputusan untuk menjadikan kolej ini sebagai sebuah latihan Pembantu Perubatan yang memberi latihan mengikut kurikulum baru Pembantu Perubatan yang bertaraf diploma. Kursus adalah tajaan kerajaan dibawah KKM dan percuma kepada pelajar tajaan mereka.   

12. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)  

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (singkatan: UPNM) merupakan sebuah universiti yang bertujuan melahirkan lebih ramai pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai ijazah pertama. Walau bagaimanapun, universiti yang terletak di Kuala Lumpur ini terbuka kepada semua pihak. Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006. UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Pelajar adalah ditaja dengan pendidikan Ijazah Sarjana Muda dan diberi elaun bulanan.   

13. Program Perantisan PSMB

HRD Corp menyasarkan untuk membantu perniagaan meningkatkan produktiviti, daya saing serta pendapatan perusahaan di samping membekalkan kemahiran diperlukan setiap individu yang berhasrat menyumbang tenaga kerja yang produktif. Majikan yang berdaftar dengan HRD Corp bukan saja dapat menikmati pelbagai tawaran latihan sesuai dengan keperluan perniagaan dan industri mereka, malah mereka juga akan dapat memanfaatkan sumbangan serta dana khas dari Kerajaan. Skim ini menawarkan kursus jangka pendek dalam tempoh seminggu hingga enam bulan. Pembiayaan dibayar oleh PSMB dibawah seliaan Hrdf untuk kolej pusat bertauliah yang dilantik oleh mereka. Pelajar akan diberi pendidikan percuma untuk kursus sijil selama seminggu hingga 6 bulan mengikut kursus yang ditawarkan. Sebagai contoh yang menawarkan kursus seperti ini ialah pusat bertauliah Kulim Advance Technology, Kulim Kedah dan ABM( Akademik Binaan Malaysia).