Assalamualaikum. Adakah lelaki patut memakai cincin sebagai aksesori di tubuh? Terpulang kepada diri masing-masing. Ada lelaki yang tampak lebih bergaya bila memakainya kerana cincin itu menampakkkan ketampanan si pemakainya. Cincin seharusnya dipakai oleh lelaki yang beristeri sebagai menghargai cincin pemberian isterinya. 

Namun begitu ada lelaki yang tak suka memakainya kerana merasakan leceh bila cincin ada di jari terutamanya bila hendak mengambil wuduk. Kadang-kadang cincin itu terpaksa ditanggalkan sekejap untuk meratakan air di jari. Tanpa tidak disedari cincin itu diletakkan di tempat wuduk dan apabila selesai wuduk diambil, terlupa pula untuk mengambail kembali cincin tersebut.

 Meh Abe Kie ceritakan tentang dua bentuk cincin yang dimiliki namun jarang dipakai.

Cincin perak bertatah permata oren ini adalah hadiah perkahwinan Abe Kie dengan isteri sekarang pada 25 Disember 2014. Permata ini dibeli oleh adik ipar Abe Kie yang  pernah belajar di Universiti AL-Azhar, Mesir. Cuma dipakai pada hari-hari tertentu seperti hari raya dan hari kenduri kahwin sahaja. 

Manakala cincin bertatah permata maroon atau 'dark pink' ini adalah cincin perkahwinan kedua Abe Kie pada tahun 2010 lalu. Permata ini diberikan oleh bekas kakak ipar. Cantik juga cincin ini tapi jodoh kami tak panjang. Tahun 2012 dah bercerai selepas mendapat seorang anak perempuan. 

Demikianlah kisah dua bentuk cincin kepunyaan Abe Kie.