Menghantar kucing betina untuk dimandulkan
MEMANDULKAN kucing kesayangan anda sebenarnya boleh mengelakkan si comel mendapat barah terutama bagi si betina yang terdedah dengan barah rahim.
Selain daripada itu, memandulkan kucing juga boleh mengurangkan haiwan peliharaan itu mendapat risiko penyakit berjangkit apabila bergaduh dengan kucing lain.
Pemandulan adalah proses pembedahan yang hanya boleh dilakukan doktor haiwan bertauliah.
Pemandulan kucing boleh dilakukan terhadap kedua-dua jantina. Bagi jantan dipanggil 'castration' dan betina pula dipanggil 'spaying.'
Pemandulan kucing jantan boleh dilakukan apabila kedua-dua testis (telur) sudah turun ke kantung telur. Secara amnya kedua-dua telur ini akan kelihatan seawal empat bulan dan ke atas,
Proses pemandulan membabitkan penggunaan ubat bius penuh dengan kucing akan tidur sepenuhnya sepanjang prosedur dijalankan.
Kawasan kantung telur dicukur bersih dan potongan kecil akan dilakukan di bahagian kantung telur dan testis dikeluarkan.
Bahagian ini tidak dijahit kerana potongan yang dilakukan amat kecil dan kering dalam tempoh tiga hingga lima hari,
Penjagaan kucing jantan adalah lebih mudah dibandingkan kucing betina apabila kita hanya perlu pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih dan kering.
Selain itu, perlu memastikan tiada nanah atau jangkitan di bahagian belahan. Tambahan, pemilik perlu mengurung kucing dalam tempoh tiga hingga lima hari bagi memastikan kucing sembuh sepenuhnya
Pemandulan kucing betina atau lebih dikenali sebagai 'spaying' adalah prosedur mengeluarkan rahim dan kilang telur (ovari) sepenuhnya dari kucing berkenaan.
Keadaan Mimi yang masih belum sedar setibanya di rumah pada lewat petang selepas dibedah oleh vet.
Tujuan utama prosedur itu dijalankan untuk mengelakkan kucing berkenaan bunting. Prosedur 'spaying' membabitkan penggunaan bius yang penuh di mana kucing tidak sedar atau rasa sakit sepanjang prosedur dijalankan.
Belahan dilakukan kebiasaannya pada saiz dua hingga lima sentimeter bergantung kepada saiz dan kedudukan rahim. Jahitan dilakukan pada tiga lapisan iaitu pada otot, lemak dan kulit.
Kebiasaannya kucing memerlukan satu hingga dua minggu untuk sembuh sepenuhnya. Kucing perlu dikurung supaya pergerakan dapat dikawal dan memudahkan pemerhatian terhadap luka pembedahan itu.
Mimi menunjukkan perangai agresif kerana perlu dikurung selama 14 hari
Antara perkara yang perlu dipantau adalah kesan jahitan perlu sentiasa kering dan bersih, tiada luka ataupun nanah di bahagian surgeri serta jahitan tertutup rapat selain cantik.
Mimi nyenyak tidur selepas dimandikan sebaik dilepaskan dari sangkarnya.
Kebaikan pemandulan kucing:
- Kurangkan sifat agresif dan merayap
- Mengurangkan risiko penyakit berjangkit disebabkan pergaduhan
- Mengurangkan masalah memancut kencing dan menanda
- Mengurangkan risiko menghidapi barah
- Mengurangkan risiko nanah dalam rahim (pyometra)
- Mengurangkan populasi kucing terbiar
- Meningkatkan jangka hayat kucing antara tiga hingga lima tahun
- Kucing menjadi lebih manja dan sihat
18 Comments
Adik pun dah buat service memandulkan Kuching dia. So far setakat ni dah kurang sangat kencing merata.
ReplyDeleteWahhh, makin gemuklah Mimi lepas ni.
ReplyDeleteoo baru tahu ni..ada kucing betina dekat rumah mak pon asik bunting ja..huhu..dri segi costing mahal x
ReplyDeletealahai... sian dia. betul tu. kalau x mandul kang keja bunting je
ReplyDeleteBanyak kelebihan pemandulan kucing ni Cikgu. Paling best, bertambah montel la lepas ni.
ReplyDeleteUntuk kebaikan dia juga....
ReplyDeleteNanti Mimi jadi lebih sihat. Comeiii dia.
ReplyDeleteBr tau memandulkan kucing betina utk elak kanser... tq atas sharingnya cikgu... selalu dgr mandulkan kucing jantan je
ReplyDeleteMimi tapi ada misai hehehee... lepas ni mesti Mimi bertambah sihat dan cantik takyah jaga anak lagi jaga body jer....
ReplyDeleteKucing-kucing Mrs. A ada 7 ekor semua dah neuter dan spaying.
Pemandulan memang perlu bagi mengelakkan populasi tidak terkawal kucing boleh beranak tiga kali dalam setahun.
Bayangkan kalau sekali beranak 4 ekor x3 dah jadi 12 ekor huh! naya pak karim.
eh sama pula nama kucing tu dengan kucing ida yang dimandulkan tu. tapi dah lama mandulkan sebab dah tua..kesian badan kurus..
ReplyDeletekucing betina bila dah dimandulkan, dia takkan bunyi bising untuk mengawan... tak kan kencing merata untuk tanda kawasan supaya kucing jantan datang dekat. ada orang yang kata kesian kalau kucing dimandulkan, tapi lagi kesian kalau dia bunting dan beranak sampai anaknya banyak tanpa terjaga...
ReplyDeleteDemi kebaikan kucing dan majikannya, kalau banyak kawin banyak anak. majikan sulit tuk merawatnya. hehehe
ReplyDeletekucing2 ciknur semua dah settle. yg betina 5 ekor dan anak jantan 2 he hee legaaa. byk kebaikkan bila mandulkan depa. selamatt
ReplyDeleteKucingpun tidak tahan kena kuarantin.
ReplyDeleteOhh..Banyak faedah rupanya yeee..Baru tahu sebab saya tak bela kucing Dan jarang baca pasal ni...
ReplyDeleteBetuuuul sekali 👍👍. Semua kucing saya jantan dan betina saya steril kan bang. Krn memang ga mau mereka jadi agresif, dan suka keluar dan spraying alias pipis sembarangan.
ReplyDeleteSejak saya steril, ke4 ekor jadi di rumah terus, gemuk, manja, dah tak nak spraying 😄. Semua poop dan pee di litter box. Lebih sehat juga mereka.
Beauti pun dimandulkan jgk
ReplyDeletehuhu sy pun nak mandulkan kucing betina juga..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.