Assalamualaikum. Abam Kie ada melanggan Google One sebanyak 100GB sejak setahun yang lalu. Pada minggu lepas dapat peringatan dari En Google tentang pembaharuan servis ini. Abam Kie melanggan Google One kerana keperluan kerja dan peribadi. Sejak menjadi pendidik pada tahun 1997, banyak fail, dokumen dan bahan2 pengajaran yang ada dalam simpanan laptop ini. Jadi Google One yang merangkumi Google Drive amatlah berguna kepada Abam Kie sebab segala fail yang dikemaskini akan diseragamkan di browser, laptop dan handphone. Jadi Abam Kie boleh mengakses fail, foto, video, pdf dan sebagainya di mana saja pada bila2 masa selagi ada sambungan internet. Mudah kan?

Simpanan percuma 15GB tu memang tak cukup. Jadi kawan2 patut melanggan Google One ni. 100GB tu rasanya dah cukup untuk pengguna peribadi spt kita. Dengan harga RM84.99 setahun rasanya ia yang paling murah sekarang. Abam Kie pun guna setakat 50GB je skrg. Jika nak mencecah 90GB tu memang kena delete la fail2 yang besar tu.

OK? Macamana kawan2? Patutkan kawan2 melanggan servis Google One ini? Tepuk dada, tanya poket! Hehehe...