PASTI rasa geram setiap kali melihat rumput degil tumbuh di rekahan dinding atau di tempat-tempat lain yang tidak disangka.

Jika dipotong ia akan muncul kembali bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Jadi, apakah caranya untuk menghapuskan rumput liar ini buat selama-lamanya tanpa memberi ia peluang untuk kembali?

Rumput liar yang tumbuh merata-rata boleh merosakkan pemandangan. -Gambar hiasan

Hendak panggil tukang kebun sudah tentu memerlukan kos yang tinggi dan racun yang digunakannya juga mungkin berbahaya.

Bagaimanapun, tak perlu risau memikirkan masalah ini kerana anda sebenarnya boleh saja DIY (do it yourself) racun rumput.

Menerusi perkongsian oleh Hamidah Saad di laman Facebook, dengan hanya menggunakan lima bahan ini anda sudah boleh menghasilkan racun rumput sendiri.

Ayuh cuba di rumah dan lihat keberkesanannya!

1) Sediakan 5 bahan ini:

cara buat racun rumput

Bahan-bahan yang diperlukan.

1- Garam kasar

2- Sabun basuh pinggan Sunlight

3- 500 mililiter (ml) air

4- Sabun basuh baju serbuk

5- Ragi (yis)

Sediakan juga 4 alatan ini:

1- Bekas

2- Corong

3- Sudu kecil

4- Baldi kecil

2) Cara penyediaan:

Isikan 500ml air ke dalam baldi.

cara buat racun rumput

Masukkan air sebanyak 500ml ke dalam baldi kecil.

Masukkan 6 biji ragi (yis) dan hancurkan.

cara buat racun rumput

Masukkan enam biji ragi atau yis.

Masukkan satu setengah senduk sabun basuh pinggan Sunlight.

cara buat racun rumput

Masukkan sabun basuh pinggan Sunlight sebanyak satu setengah senduk.

Masukkan sabun serbuk sebanyak satu senduk.

cara buat racun rumput

Masukkan sabun basuh baju serbuk sebanyak satu senduk ke dalam baldi.

Masukkan garam kasar sebanyak tiga sudu.

cara buat racun rumput

Masukkan tiga sudu garam kasar.

Kacau campuran sehingga sebati.

cara buat racun rumput

Kacau campuran sehingga sebati.

Guna corong untuk masukkan campuran ke dalam botol dan boleh mula menyembur rumput yang tumbuh di celahan simen atau batu.

cara buat racun rumput

Semburkan pada rumput yang hendak dilenyapkan.

Hanya sembur sekali dan hasil akan mula dapat dilihat enam hari selepas itu.

cara buat racun rumput

Rumput liar kini sudah hilang.

Mudah bukan, ayuh kita cuba di rumah dan hapuskan kesemua rumput yang merimaskan ini. Selamat mencuba! - Hamidah Saad

 

13 Comments

  1. ada lagi satu, cuka makan + sungliht. kesan dia mampu matikan rumput kecil sekitar rumah.. yang pasti cuaca panas elok diy racun ini hehe

    ReplyDelete
  2. bahan2 yg mudah didapati...Alhamdulillah, berkesan..

    ReplyDelete
  3. wah, ghaib terus rumputnya. Semua bahan ada kecuali ragi.

    ReplyDelete
  4. Memang mudah. Tidak sangka ragi boleh buat hapuskan rumput.

    ReplyDelete
  5. Bahan pun senang dapat. Boleh try nanti.

    ReplyDelete
  6. lepas beberapa mingu tumbuh lg x rumput2 tuh.,

    ReplyDelete
  7. wah boleh cuba nak cepat lagi masukan ajinomoto sepeket sure mampus habis

    ReplyDelete
  8. Bahan2 mmg dah ada kat rumah. Senang rupanya nak hilangkan rumput yg tumbuh celah2 rekahan dinding / lantai.

    ReplyDelete
  9. wah makasih atas ringkasan tutorial berkebunnya abam kie...rumput sesekali harus dicabut supaya tidak menjadi gulma

    ReplyDelete
  10. Tepi rumah saya berumput karpet.. Tapi sekarang banyak jenis rumput dah turut tumbuh.. Baru-baru ni guna racun rumput karpet, mematikan lain-lain rumput selain rumput karpet. Nampak ada sedikit perubahan.

    ReplyDelete
  11. Saya ada ragi yg sudah lama di rumah. Tak tau lagi mau untuk apa. Tadinya mama yg beli saat trakhir beliau ke Jakarta. Jadi drpada mubazir, mending saya bikin racun rumput ini pakai ragi ya abam 😄

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.