Assalamualaikum. Sudah lama abam kie dan keluarga tak pi bercuti jauh2. Kalau setakat ke Terengganu tu biasalah. Pada cuti sekolah kali ini, Abam Kie dan anak-anak pergi ke rumah kakak di Kampung Sungai Merab Hulu, Bangi bagi meraikan majlis perkahwinan anak saudara, Siti Aisyah binti Ahmad Suhaimi. Kali terakhir ke Lembah Kelang pada cuti CNY 2019 yang lalu.

Pada asalnya kami nak bertolak ke Bangi pada pagi Jumaat, 3 Mac 2023 tapi terpaksa ditunda kerana pada malamnya Abam Kie tak dapat tidur hingga ke Subuh. Macamana nak drive jauh2 jika mengantuk kan? Lagipun isteri tak ada di Malaysia pada waktu tu kerana dia pergi menunaikan umrah. Jika dia ada, boleh je bergilir-gilir memandu. Tengok tu, beg2 dah siap...cuma x bawa masuk ke dalam boot kereta aje.

Kami bertolak dari Tanah Merah, Kelantan pada jam 5.30 am. Memang kami pilih bertolak awal supaya dapat masuk KL sebelum lunch hour. Kalau masuk KL lewat maka kena makan jem la jawabnya. Perjalanan ini merentasi Machang, Kuala Krai, Gua Musang, CSR Kuala Lipis, Raub, CSR Bentong, Lebuhraya Karak, Kuala Lumpur dan berakhir di Sungai Merab Hulu. Ini kali pertama Abam Kie memandu sejauh itu selama 8 jam tanpa bergilir. Mula2 tu rasa takut juga tetapi dengan bantuan penunjuk arah iaitu Lili anak kedua yg chubby tu maka urusan menjadi mudah. Dia yg pasang Waze dan memaklumkan ke mana harus pergi sambil mata Abam Kie peka memerhati papan tanda jalan agar tidak tersesat. Abe Kie ambil lesen kereta dan motor di JPJ Wangsa Maju pd thn 1995 tapi ini kali pertama memandu solo di KL. Adoiii! Tapi ini lesen sah ye. Bukan lesen beli!

Alhamdulillah. Pada jam 1.40 pm kami sampai di rumah kakak. Terus je kami diajak bergambar dengan pengantin. Aisyah ni anak kedua, tapi dia yg kahwin dulu. Suami dia, Nasrul ni orang Pantai Senok, Bachok. Hmm... mudah la nak balik raya nanti sambil melawat sedara-mara di Kelate. Majlis ini buat sederhana aje. X ada karaoke bagai. Cukuplah dibuat yang wajib dulu. Janji keluarga, sedara-mara, rakan2 dan jiran dijemput hadir meraikan majlis kenduri kahwin ini.

Abam Kie dan anak2 menginap di AQSO Homestay di Sungai Merab Luar. Kami tempah 2 bilik untuk 2 malam. Harga 1 bilik cuma RM69/mlm. Bilik bersih tapi x ada hot shower dan peti sejuk. Kira basic je la. Mujur ada tuala dan seterika. Alah, kita nak tumpang berehat dan tidur aje. Cuma inapdesa ni atas bukit yg curam n parkir pun a little bit tricky. Kena hati2 tau bila nak reverse tu... tuan umah ni pun Abam Kie x berjumpa. Cuma call n wassap je. Kalu buleh dia bagi bantal yg tebal dan keras sikit. Yg ni nipis dan lembik sgt. Susah nak lena abe kie dibuatnya.

Pada hari kedua di Sg Merab ni Abam Kie dan anak2 berjalan2 ke Putrajaya setelah bersarapan di Nasi Lemak Beratur. Kami datang awal jadi tak perlu berbaris. Nasi lemak OK je. Untuk 5 orang dia caj RM39.50. Biasalah standard KL. 

Selepas tu kami gi ke Taman Botani. Tapi mcm x best la kat sini. Jika nak jogging dan picnic tu OKlah rasanya. Tapi sempatlah snap beberapa keping foto di sini. 

Kemudian kami pi Wetland. Sama juga. Masuk ronda2 tapi tak turun pun sebab tak de benda yang menarik. Lagipun abam kie mengantuk. X larat nak jalan2.

Destinasi seterusnya Masjid Putra di Putrajaya. Dulu2 dah sampai sini cuma x masuk ke dalam masjid tu. Kali ini ramai pulak pelancong yg datang terutama sekali yg bukan Muslim. Semoga mereka diberikan taufik n hidayah untuk memeluk Islam. Aamiin. 

Selesai lawatan ke Masjid Putra kami pergi makan ke Restoran Itik Salai Masthar Sg Merab Luar. Ramainya orang. Mujur kami dapat parkir. Tapi abe kie x makan gulai lemak itik salai tu. Cuma makan nasi berlaukkan asam pedas siakap n pajeri nanas. Tapi cashier tu baik. Siap minta feedback makanan yg dimakan. Terus abe kie kata pajeri nanas tu masin sikit manakala ikan siakap tu bau hanyir dan lama... Ore Kelate masak lagi sedap la. Tapi ini pendapat peribadi abam kie la. Jangan terasa hati deh. 

Pada malam terakhir di Sungai Merab, Abam Kie sukar melelapkan mata biar pun badan amat letih dan mengantuk sangat2. Mungkin sebab berubah tempat tidur. Rasanya dekat 12.30 am baru buleh terlena. Tu pun kejap je. Kul 4 am dah terjaga. Alang2 dah terjaga ni Abam Kie bersiap2 utk memandu balik ke Kelate. Dalam kul 5.15 am kami bergerak pulang membelah bandaraya Kuala Lumpur. Dalam kul 6.30 am kami berhenti solat Subuh di Stesen Petronas Lebuhraya Karak. Beli la juga sedikit kudapan. Kemudian perjalanan diteruskan ke Raub. Kami singgah bersarapan di Kg Gali, Raub. Selepas itu jalan terus sehinggalah tiba di rumah pada jam 1.05 pm. 

Alhamdulillah. Allah telah memudahkan perjalanan Abam Kie sekeluarga. Satu pengalaman berharga yg perlu dikenang selama2nya. Betul orang kata... jauh perjalanan luas pemandangan...Alhamdulillah. Dalam mengantuk tahap gaban tu dapat memandu hingga sampai ke destinasi dengan selamat.