Assalamualaikum. Abam Kie nak kongsikan pengalaman Abam Kie pos parcel menggunakan J&T ke Kota Belud, Sabah. Dulu2 pernah hantar bungkusan tapi gunakan pos berdaftar Pos Malaysia yang ambik masa hampir 10 hari baru sampai. Kali ini abam kie hantar parcel mengandungi kemeja n Tshirt kepada kawan di sana bernama Edict. Abam Kie jual preloved items je. Asalnya nak jual dekat2 sini je tapi x laku. Kebetulan Edict berminat, jadi abam kie memberanikan diri untuk hantar juga. Yang membimbangkan Abam Kie cuma rate yg mahal tu je sebab naik kapal terbang kan?


Lepas check rate on9 maka Abam Kie pun gi drop parcel kat outlet J&T Tanah Merah ni. Rupa2nya mereka akan balut sekali lagi kotak yg kita nak hantar tu dengan plastik hitam untuk menjamin keselamatannya. Bila ditimbang hampir sampai 2kg je. 

Tengok tu.. Dengan 1.9 kg cuma dikenakan RM28.60 termasuk SST. OKlah tu. Lagipun di J&T ni sekejap je urusannya berbanding di pejabat pos. Abam Kie gi antar petang Selasa, 3 Januari lepas. 


Syukur Alhamdulillah, barang yang dikirim selamat tiba di J&T Kota Belud, Sabah pada tengahari Jumaat, 6 Januari. Kira kejap je tu. Congrats! Nampaknya Edict pi ambik parcel ni di outlet J&T Kota Belud saja. Mungkin sebab kampung dia tu pedalaman sikit jadi kalau nak cepat kena gi ambik sendiri. Wallahualam...

Demikianlah pengalaman Abam Kie mengepos bungkusan menggunakan courier J&T dari Tanah Merah, Kelantan ke Kota Belud, Sabah. Sekian. Terima kasih..

7 Comments

  1. cik nor pos novel pun guna jnt..cpt dan selamat..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selamat sampai. Takutkan barang hantar tidak sampai, hilang atau rosak.

    ReplyDelete
  3. selalu pakai jnt berbanding pos laju.
    selalu dengar permasalahan yang timbul bila pos ke sabah/ sarawak. contohnya dulu ayah pernah jual set pancing ke sabah. bila parcel diterima isinya sudah kosong.

    dalam syarikat kami juga guna jnt. dokumen tidak dijaga dngan baik. bayayngkan dokumen yang telah diletakkan kotak untuk jadikan ia keras dan juga fail sijil keras tu serta dibalut dengan bubble masih menyebabkan sijil didalamnya tadi koyak setiap hujungnya. ada yang siap keronyok. :')

    ReplyDelete
  4. Oh, takdela mahal sangat... ingatkan lagi mahal...

    ReplyDelete
  5. Jnt ni boleh juga penerima yang bayar sendiri harga postage. Kita gi hantar je kat kaunter dia, kata penerima bayar. Nanti bila barang sampai dekat penerima, rider akan cakap dia kena bayar berapa. Mudah kalau kita taknak kutip duit postage

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.