Assalamualaikum. Pada 25 Disember 2022 maka genaplah 8 tahun usia perkahwinan Abe Kie dan Kak Ton. Pada 8 tahun lalu kami berkahwin dalam banjir kuning yang teruk membadai Kelantan. Seingat Abe Kie la.... kami terpaksa tidur dalam rumah mentua yang hampir dimasuki air. Mujur tak berpindah ke PPS di Pasir Mas tu. Dah la Abe Kie datang akad nikah sehelai sepinggang. Mujurlah dapat pinjam baju dan kain pelikat dengan abang dan adik ipar. Hampir 5 hari di rumah mentua barulah dapat balik ke Tanah Merah. Tengok rumah dipenuhi lumpur. Sedih yang amat tengok kerosakan harta-benda yang ada. Tapi kami tak duduk di rumah lagi selagi ia belum dibersihkan. Ada gak tidur di rumah kakak di Machang selama 3 hari sehingga rumah cukup bersih dan bekalan air dan api dipulihkan. Dekat sebulan gak baru la rumah Abe Kie tu betul2 bersih dan selamat diduduki. Sedih kalau diingati peristiwa bah kuning 2014 itu. 

Sebenarnya pada hari Krismas 2022 tu kami sekeluarga ingin melawat kawan Kak Ton yang baru kahwin sehari sebelumnya. Kak Ton tidak dapat balik dari Jerantut sebelum tarikh kenduri tu sebab kereta kakak iparnya rosak di sana. Mereka adik-beradik pergi melawat bapa saudara yang sakit tenat di sana. Sampai di Tanah Merah pun kenduri dah habis. Jadi ingat nak pi selepas menjamu selera di Pizza Hut Kok Lanas tetapi malangnya pengantin baharu x ada di rumah kerana mereka pergi bermalam di sebuah hotel di Kota Bharu. 

Masa nak order makanan di Pizza Hut tu punyalah susah. Waiter x ambik order dah mcm dulu2. Sebaliknya kami kena scan QR code untuk buat pesanan. Punyalah tricky apps Pizza Hut ni. Dah la perut lapar. Ni membazir masa plak nak navigate menu yg 'haram jadah' di apps ni. Akhirnya kami panggil waitress tu untuk buatkan. Ada teknologi pun makin menyusahkan! Masa abe kie guna touch screen untuk order di MekDi ok je sebab user-friendly. Yang Pizza Hut ni macam 'harem'... x sama spt apps untuk order take-away di HP.

Selepas makan pizza ni baru buleh senyum! Lain kali rasanya baik order dan makan di rumah spt lazimnya. Akhir kata mohon rakan2 yang sedang membaca entri ini turut sama mendoakan semoga perkahwinan kami akan berkekalan hingga ke Jannah. Terima kasih ye.... In Shaa Allah. Aamiin.