Minggu ini cuti sekolah bermula. Ramai dalam kalangan rakan-rakan saya seronok berkongsi mengenai pengisian sepanjang tiga minggu cuti sekolah ini.

Pentingnya ‘bercuti’ sampai ada yang tanpa segan silu sanggup memontengkan sekolah anak, beberapa hari sebelum cuti bermula untuk membawa anak melancong. Tidak bijaknya perbuatan itu bila ada yang berkongsi di media sosial gambar pulang bercuti awal, tanpa rasa bersalah.

Ibu bapa yang memontengkan anak ini bertindak sedemikian dengan alasan ingin mengelakkan kesesakan. Maklumlah cuti sekolah.

Harga bilik yang mencanak tinggi waktu sekolah juga antara alasan diberikan ibu bapa memontengkan anak ‘diluar’ minggu cuti persekolahan.

Sebab itu mereka bercuti di luar waktu cuti sekolah. ‘Dekat-dekat’ dengan tarikh cuti sekolah pun sudah dikira sebagai cuti sekolah.

Memontengkan anak semata-mata bercuti atau balik kampung bukanlah perkembangan sihat. Ia membawa naratif kurang elok, seolah-olah menghalalkan ponteng.

Ia tidak sepatutnya menjadi ikutan. Anak-anak pun besar kemungkinan akan terikut-ikut dengan sikap ibu bapa sebegini yang tidak melihat bersekolah sebagai suatu bermanfaat.

Kalau ada hal sahaja, termasuklah kenduri kendara, tulis surat kepada pihak sekolah untuk ponteng. Bunyinya agak keterlaluan tetapi ia berlaku.

Sebenarnya membawa anak bercuti bukanlah wajib, tetapi ada segelintir ibu bapa yang rasa bersalah dan malu bila waktu cuti sekolah tidak ke mana-mana.

Malah dikhabarkan, ada ibu bapa yang sanggup meminjam semata-mata untuk bercuti di pusat peranginan.

Pada saya cuti sekolah ini lebih bererti bila ia dimanfaatkan bersama keluarga. Tidak ke mana ertinya bercuti kalau masing-masing hanya berkepit dengan telefon pintar.

Berbicara soal bajet percutian keluarga ini, sebenarnya isu yang selalu dirungutkan oleh ibu bapa ialah mengenai harga barangan yang meningkat naik waktu ini, sama macam harga naik waktu nak sambut perayaan.

Sedangkan waktu cuti sekolah inilah bila ramai orang keluar berjalan-jalan, harga ditawarkan lebih murah.

Janganlah menjadikan pengguna sasaran sebab itu tidak adil. Kalau tidak percaya, tengok media sosial. Macam-macam aduan ada berhubung harga barangan.


Pihak berkuasa, silalah ambil perhatian aduan rakyat.


14 Comments

  1. bagi yang berada jer la..yg dok kg..hari last sekolah pun g lagi..huhu

    ReplyDelete
  2. Elak pergi mana-mana tempat tumpuan pada cuti sekolah.
    Memang tidak elok anak-anak ponteng sekolah.

    ReplyDelete
  3. Sy suka cuti sekolah sebab tak jem bila nak pergi kerja, tapi sy tak suka cuti sekolah sebab jem bila nak pergi jalan2, haha.

    ReplyDelete
  4. Saya dulu salah seorang ibu yg selalu memontengkan anak. Bila PJJ dgn suami, klu ada kesempatan bawak anak2 ke KL jumpa bapak dieorang (selalunya bila saya outstation sbb jimat duit tiket saya sendiri beli tiket utk anak2 je) maka anak2 pun akan ponteng sekolah ikut saya sekali. Bila cuti sekolah pun sama saya akan beli tiket flight sebelum cuti sekolah bermula sebab bila dah mula cuti sekolah harga tiket mencanak2 mmg tak sanggup nak beli. Tapi saya akan mintak tolong cikgu maklumkan kerja rumah supaya anak2 siapkan kerja rumah bila balik ke sekolah. Ini je la yg termampu dibuat supaya win-win.

    ReplyDelete
  5. Cuti sekolah kali ini, banyak duduk di rumah je papanya kene habiskan cuti rehat tapi emaknya kene kerja. Jadi duduk rumah jelah buat aktivti dengan papanya insyallah akhir bulan baru nak balik kampung itu pun lepas selesai pembelian semua keperluan sekolah untuk tahun depan.

    ReplyDelete
  6. Anak-anak saya tetap saya hantar sekolah walaupun saya terpaksa menguruskan 3 orang anak yang bersekolah setelah isteri saya di hospital kerana anak bongsu di masukkan ke wad. Alhamdulillah, hari ini baru keluar wad setelah 5 hari di hospital

    ReplyDelete
  7. cuti sekolah atau tak kak tengok sama ja suasananya kat rumah anak kak..ni..anak2nya terpaksa ke sekolah juga malam ada tusyen lagi..xlangsung selesa bercuti macam dulu2..pelik juga org la terlalu pentingkan capaian akademik semata tapi biasala masa merubah segalanya.

    ReplyDelete
  8. Cuya pon dah tak ingt berkenaan cuti sekolah dulu2, dah lama tinggalkan sekolah...Kalau sekolah rendah mungkin ada lah ponteng. Tapi budaya memontengkan anak2 ni tak seharusnya diamalkan la takut menjadi kebiasaan

    ReplyDelete
  9. memang ramai mak ayah ambil kesempatam bagi anak cuti awal. tapi yelah rugi rasa, time tu la banyak keje sekolah cikgu nak bagi. nanti anak-anak yang terpinga-pinga

    ReplyDelete
  10. rasa nya mcm x perlu la...unless atas sbb2 yg x dpt dielakkan.
    time last day tu cikgu nak kasi homework or nak sampaikan pesanan apa2 ker... kan?

    ReplyDelete
  11. Tak ada tindakan apa pun untuk memantau kenaikan harga barang, hotel.. Kalau nak berjalan masa cuti sekolah memang sakitlah.. Tapi tak adalah sampai nak cutikan anak-anak awal dari waktunya.. huhuhu.. Tambah lepas PKP ini.. Lagi lah tak sanggup.. Risau anak-anak terlepas pelajaran.. huhuhu..

    ReplyDelete
  12. Teringat dulu zaman sekolah, parents saya sangat strict. Jangan harap lah saja-saja nak cuti

    ReplyDelete
  13. Sebisa mungkin saya juga tak mau anak2 cuti di saat memang belum waktunya. Walopun sebenernya agak susah, Krn biasanya saya membawa mereka vacation di saat winter. Dan sayangnya tanggal di mana mereka cuti seringnya jatuh bukan ketika winter atau belum peak winter 🤣. Untungnya mereka cukup puas sih.

    Saya juga tak setuju kalo sampai parents sampai meminjam uang demi mengajak anak2 bercuti. Seharusnya itu sesuaikan dengan budget yg ada. Tak mampu pergi jauh, tak usahlah lebih baik. Vacation di dalam negeri sendiri juga lebih murah dan bagus

    ReplyDelete
  14. anak-anak ammi silalah ke sekolah...sbb biasanya cikgu bagi homework di hari terakhir persekolahan. kita bukan org kaya nak...sila hadam itu.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.