Assalamualaikum. Pada hari ini izinkan Abam Kie berkongsi sedikit tips untuk mereka yang bakal menunaikan umrah. Semoga tips berikut bakal membantu bakal jemaah umrah sekalian.

Persediaan.

1. Dah tau date nak pegi, jaga solat.

2. Mindset. Pegi utk ibadah, bkn utk shopping atau jalan2.

3. Jaga tingkah laku dari awal lagi. Jgn sombong, komplen sana-sini, basically sifat2 negative. Buangkan atau tahan sehabis baik.

4. Beli sabun yg tak ada bau. Ada jual kat kedai kelengkapan umrah/haji. Kat KL ada a few, satu kat Sunway Putra Mall depan PWTC tu.

5. Tukar duit riyal utk beli makanan atau laundry (especially kain ihram utk lelaki). Kalau nak shopping mahal2 like oud perfume, pakai kad je. Lg secure. Sedekah? Terpulang.

6. Mindset paling penting. Jaga adab dan ingat, nk dtg Baitullah & rumah Nabi s.a.w

6.1. Adab - jemaah negara lain akan kasar sikit tak kira jantina. Tolak2, lalu dpn org solat etc. JANGAN buat semua tu. Biarkan org lain nak buat, tp kita jgn buat.

Nak masuk Raudah, Hijir Ismail, cium Hajarul Aswad & pegi ke Multazam akan senang kalau jaga adab dari awal2 lagi.

7. Both kat Masjid Nabawi & Masjidil Haram, kalau selalu sorang2, kadang2 jemaah negara lain akan dtg approach dgn macam2 cerita, ended up mintak tolong (duit) dgn kita. Ada yg minta ikhlas. Ada yg setkan amount dia nak. Nak kasi, terpulang, taknak kasi, tolak dgn berhemah.

7.1 Cakap, I’m sorry I can't help you but I pray that Allah will help you in your difficulties, brother/sister.

8. Org akan ramai nak masuk Raudah kat Masjid Nabawi. Lelaki senang nak masuk situ. Cari gate Abu Bakar dan tunggu dalam area situ bila nak dekat waktu solat.

8.1 Bila nak dekat azan, diorang akan bukak area Raudah. JANGAN lari macam org lain. Jalan dgn cermat. Doa supaya dapat masuk, In Shaa Allah akan dapat.

Ingat, area situ depan Makam Rasulullah. Nabi tak suka org yg gopoh2 nak pegi solat. Bayangkan Baginda boleh tgk perangai kita.

8.2 Kalau dapat saf untuk solat dlm Raudah, Alhamdulillah. Kalau tak dpt, cuba lagi. Kalau dpt masuk tp x dpt solat sbb sesak, takpa. Doa je pun dah cukup.

Kalau nak masuk jugak, ada area beratur utk masuk sana diluar waktu awal solat. U’ll know it once u’re there.

8.3 Kalau dpt solat dlm Raudah, doa panjang2 masa sujud last sekali sebelum tahiyat akhir. Jgn doa lps solat mcm biasa buat. Confirm kena halau dgn polis penjaga.

Nak solat lagi? Berganjak ke saf depan dlm area karpet hijau tu dan ulang step ni seberapa banyak kali yg boleh.

9. Air zam2 ada banyak kat dua2 Masjid, jgn la bazirkan sebab air tu free & unlimited. Again, jaga adab.

10. Makanan dan minuman disediakan kat sana tak sedap & tak kena selera? Diam saja. Redha je. Mmg ada kes org komplen awal2, sampai balik, tiap dia mkn rasa tak sedap.

11. Tak suka, jangan makan & jangan kutuk makanan/minuman tu. Beli kat luar yg kena dgn selera. Portion boleh tahan banyak. Org Arab kan mmg jenis makan banyak. 😂

12. Tiap kali lps solat fardhu akan ada solat jenazah. Jgn tinggal solat ni. Pahala besar. Rugi tak buat.

12.1 Nak solat sunat lepas solat fardhu? Buat lepas solat jenazah.

Nak cium Hajarul Aswad, masuk dalam area Hijir Ismail & berdoa di Multazam? Cuba try steps ni -

P/S: boleh buat solat2 sunat ni untuk mudahkan masuk Raudah jugak.

1. Pegi waktu malam. Lepas jam 10pm camtu dah ok. Masuk Masjidil Haram, solat tahiyatul masjid dulu, lps tu solat sunat taubat & solat sunat hajat. Mintak Allah permudahkan niat nak buat 3 perkara ni.

(Of course, jgn lupa doa masuk masjid, tengok Kaabah etc)

2. Kalau dapat pegi 2-3 org jemaah sama group, lagi senang nak buat. Dah selesai solat2 sunat tu semua, mula dari Hijir Ismail.

Dapat masuk, solat dlm tu. Kalau tak dpt solat sebab sesak sangat, doa je pun dah cukup. Doalah apa saja, jgn lupa doa permudahkan cium Hajarul Aswad.

2.1 Kalau ada 2-3 org buat sekali, boleh gilir2 jaga each other bila solat dlm Hijir Ismail tu. Sesaknya sampai kena pijak kepala pun ada.

Tapi ingat, kita jangan tolak2 & jangan pijak org lain & lalu depan org solat. Jaga adab.

3. Selesai di Hijir Ismail, pegi ke Hajarul Aswad. Sekali lagi, jangan tolak2 jemaah lain. Ingat, jaga perangai depan rumah Allah paling suci tu. Tp pastikan kita tak jatuh. Jaga2.

Yg pakai spec, bukak spec siap2 bila nak sampai. Doa la banyak2 lagi, insyaallah, dapat.

3.1 Bukak spec sbb spec takkan muat masuk dlm area container perak batu tu. Dia melengkung ke dalam macam mangkuk.

4. Lepas dah cium, terus gerak ke arah area Multazam. Again, doa banyak2 supaya Allah permudahkan semua.

5. Dah dapat buat tiga-tiga ni, boleh berganjak ke area solat sunat tawaf & buat solat sunat syukur.

Nak lagi? Repeat same steps malam esoknya & again & again. Sampai la puas hati.

Apapun, always jaga adab. Semoga Allah permudahkan kerja nak buat amal.

Additional tips -

1. Dua2 masjid sangat besar & luas. Akan banyak sangat berjalan. Ingat, kita tetamu Allah di sana. Kita jaga adab & tingkah laku, insyaallah, Allah akan jaga kita. Betis kaki selalunya akan keras & lenguh lps banyak jalan, kat mana2 pun. Sini pun sama.

1.1 Tiap kali nak masuk tidur, selain baca surah2 sunat, doa mintak Allah permudahkan semua urusan waktu di sana, doa supaya Allah ambil semua keletihan & penat berjalan tak kisah walau dapat tidur cuma 2 jam sekalipun.

Percaya & yakinlah yang Allah akan jaga kita sepanjang kita jadi tetamu Dia selagi kita jaga adab2, Insyaallah, kaki kita takkan rasa lenguh, penat & betis keras lepas berjalan berjam2 mcm selalu walaupun cuma dapat tidur 2-3 jam saja waktu malam masa kat sana.

Semoga Allah terima amalan kita yang masih banyak cacat cela & tak sempurna waktu di sana dan semoga Allah undang kita untuk jadi tetamu Dia & tetamu rumah Rasulullah s.a.w lagi. Dan lagi. Dan lagi. 😄

Thank you for reading this post. Kalau anda baca ni & kebetulan ada di Makkah atau Madinah, saya nak minta tolong doakan supaya saya sampai ke sana 🕋.

Jutaan Terima Kasih from the deepest down of my heart, hanya Allah mampu balas jasa anda.



11 Comments

  1. Terperinci tips yang diberi.

    ReplyDelete
  2. Tips yg sangat berguna untuk yang pertama kali datang ke rumah Allah.
    Kadang2 kat IG tgk org buat umrah siap buat review kat mana tempat makan sedap, terfikir jugak dieorang ni ke sana nak buat umrah ke nak makan? Tapi husnuzon je la mungkin dieorang nak bantu peniaga2 kat sana.

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing..sgt berguna untuk sesiapa yg nak pi buat umrah

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang menarik. Saya teringin sangat nak ke sana.

    ReplyDelete
  5. syukran for sharing, kalau dapat cium hajar aswad, mmg syukur sgt2..

    ReplyDelete
  6. terima kasih abam for sharing, doakan mama dpt tunaikan umrah bersama keluarga

    ReplyDelete
  7. Baca ini rinduuu nak balik Kat tanah suci ❤️. Memang lah selalu ingin kembali jika memang ada kelebihan rezeki. Thank you sharing ya Abang. Betul tuh, kalo niat untuk umroh, wajib lah jaga mindset. Dah banyak cerita teman, yang berfikir bukan2 selama di sana, dan langsung terkena sentilan. Jadi janganlah pikir yg jelek2

    ReplyDelete
  8. Allah.. Allah.. Baca je pun dah rasa sebak..
    Semoga ada rezeki untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan Umrah dan Haji.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah tahun depan rabia buat umrah pula

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.