Ala, kita straight to the point saja. Saya dah listkan 14 persediaan untuk bakal pengantin lelaki. Yang single tu sangatlah wajib baca. Kau kan seorang bakal suami kepada bakal isteri kau.

1. Yang paling penting adalah tabung kahwin kau. Kalau tak ada tabung kahwin, kau nak kahwin guna duit siapa. Duit bank? Tak payahlah. Nanti anak dah dah masuk sekolah rendah pun kau tak habis bayar lagi.


2. Rancang dengan bakal isteri kau berapa kos untuk majlis dua-dua belah. 

RM30K ke, RM20K ke, RM10K ke. Atau kalau nak jimat, kau kahwin time PKP ni. Kos RM1K-5K saja. Entah-entah siap ada lebih lagi. Mana ada majlis grand. Jemput 10 orang je. Ini peluang untuk berjimat gais! Tak ada mak cik bawang yg akan pertikaikan.

3. Rumah kau dah kena sediakan.

Okay yang part ni ramai orang salah faham. Tak semestinya kau kena beli rumah. Kalau belum mampu beli rumah, kau sewa je dulu. Asalkan kau dpt sediakan tempat berteduh untuk isteri. 


4. Kereta pun sgt penting. Tapi macam biasa, ikut kemampuan. Belum ada kereta, motor pun boleh.

Asalkan kau boleh bawak dia dating sana sini lepas kahwin nanti. Tapi nanti bila dia dah pregnant dah kena beli kereta supaya isteri lebih selesa. Ansuran kereta tu pastikan tak lebih 15% daripada gaji bulanan kau dan isteri ya.

5. Nafkah ni kalau ada lelaki yang lupa dan buat buat lupa baik tak payah kahwin. Berapa nak bagi nafkah kat isteri ni sangat subjektif. Tak kira isteri gaji lagi besarrr dari kau pun, kau tetap kena bagi nafkah.

6. Dulu masa kau bujang, kalau kau tak ada duit sgt, kau mesti tak kisah makan nasi kosong, kicap, telur dan cili potong kan. Tapi bila dah kahwin, tak gamak lah kau buat mcm tu dengan isteri kau. Jadi, simpanan kecemasan at least 3 bulan sgt penting ya. Time kau cemas-cemas pun kau masih ada simpanan. Kurang sikit cemas tu nanti.

7. Bila cerita bab duit ni mulalah nanti kata perempuan ni kata duitan. Dia mcm ni, untuk seorang bapak melepaskan anak perempuan dia kepada kau, dia kena yakin yg kau boleh jaga anak dia dengan baik. Jadi, kau kena nampak bagus dari segi kewangan ni. Kalau pun kau belum stabil, kau kena bentangkan apa plan kewangan kau selepas kahwin. Biarlah nampak menyakinkan.

8. Sebaiknya, kena plan sebab kos sebelum dan selepas kahwin sangat lain wei. Sebelum kahwin boleh duduk bilik sharing 2-3 orang, selepas kahwin kena sewa satu rumah. Sebelum kahwin kau ada satu kampung, selepas kahwin kau kena balik dua kampung.

9. Belajar rendahkan ego. Perempuan, macamlah kau tak tau perangai dia orang. Dia orang mana pernah buat silap. Jadi, nanti kalau dia tiba-tiba merajuk, kau minta maaf saja walaupun kau tak salah. Mesti kau yang silap tu. Tak logiklah perempuan yang salah. Eh!

10. Kalau sebelum kahwin kau kaki lepak sampai pagi, lepas kahwin janganlah buat perangai sama. Kau kena mula sedar yg kau tu dah nak kahwin. Biasa yg lepas sampai pagi tu geng single. Kesian isteri kau tidur seorang kt rumah nanti. Dpt pula isteri jenis penakut, lagilah kesian.

11. Cuba kurangkan main game kat fon. Takkan sama life kau sebelum dan selepas kahwin. Sebelum kahwin, asal ada masa free je mesti main game.

12. Tambah ilmu munakahat perkahwinan, ilmu fiqh wanita. Iyalah, kau tu ketua keluarga. Kenalah tau jenis-jenis darah yang keluar dari perempuan, kena tau tentang mana yang haram, mana yang halal dalam hubungan seksual. Ini kalau kau sesat tak tau, dengan isteri kau follow sesat sekali.

13. Paling cikai, kau cari jalan untuk hafal beberapa surah lazim. Boleh juga kau bawa baca masa jadi imam kepada isteri kau nanti. Jangan rasa rendah diri kalau tak hafal surah panjang-panjang. Surah pendek pun, solat masih sah ya bakal-bakal imam.

14. Last sekali kita masuk balik bab duniawi ya. Yang ni ramai yang lupa kira betul-betul sebelum kahwin. Tapi tak apa, ada masa yang panjang untuk kau plan betul-betul kewangan sebelum anak pertama kau lahir.

2022 ni bukan lagi zaman yang suami je kerja, isteri duduk rumah jaga anak. Biasa memang tak cukup duit. Lainlah kalau kau suami gaji besar. Ramai sekarang ni, suami isteri kena bekerja.

Rezeki bunting pelamin, lepas kahwin, kau ada masa lebih kurang 9 bulan untuk standby kos tambahan selepas lahir anak pertama.

Pampers RM60, pengasuh RM350, barang keperluan baby RM40, medical card RM150. Total dah RM600. Kalau kes tak menyusu badan, kena tambah lagi RM100.

Jadi, sebelum lahir anak pertama, kau dah kena cuba-cuba untuk simpan lebihan RM600-RM700 setiap bulan. Anak kedua, lain pula cerita dia. Yang tu nanti kita sambung nanti.

Kita percaya anak yang lahir, datang bersama rezeki dia orang sendiri. Kita mak bapak ni menumpang rezeki dia orang je. Maka, jadilah pengurus yang baik kepada rezeki anak-anak.

Jangan pula bila dah berjaya ada lebihan RM600-RM700 untuk rezeki anak tu, kita pula yang boros buat tukar sport rim setahun berkali-kali, beli handbag bertukar ganti, kasut pula penuh almari.

Adui! Panjang pula point ke-14 ni.

Tahniah kepada kau yang baca sampai habis. Panjang. Kalau kau berjaya bersedia dengan semua 14 point tu, kau memang powerlah.

Nampak macam susah je nak kahwin kan. Sebenarnya tak susah pun kalau bakal isteri kau boleh bantu kau sekali, bertolak ansur, tak berkira dan terima kau seadanya.

Janganlah risau. Kan Allah dah janji dalam Al-Quran surah An-Nuur ayat 32,

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang2 yg soleh dari hamba2 kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kpd mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.”