RAMAI orang inginkan gigi putih bersinar. Tetapi tidak semua tahu kaedah tradisional yang terbukti lebih berkesan berbanding kaedah moden yang banyak menggunakan peralatan canggih. Gigi anda pasti tampak lebih putih berseri selepas mengamalkan tip berikut.


1. Makan makanan rangup



Buah-buahan seperti epal
mempunyai asid malik, bahan kimia yang sebenarnya kerap digunakan ketika pemutihan gigi. Sayuran seperti brokoli dan lobak juga agen pemutih gigi secara semula jadi. Makanan ini boleh mengasingkan gula dan bahan kimia yang menyebabkan kotoran dan kaviti.


2. Berkumur selepas makan



Sisa makanan akan melekat di
celah gigi selepas anda menghabiskan hidangan. Cuba berkumur dengan secukupnya untuk membuang sisa terbabit. Cara ini boleh mengelakkan kotoran atau gigi berlubang. Gigi anda akan tampak lebih berseri dan bebas daripada kotoran.


3. Gunakan strawberi



Cuba gosokkan buah strawberi pada g
igi selama seminit. Strawberi bertindak sebagai agen pemutihan semula jadi pada gigi. Tapi jangan lupa memberus gigi selepas proses itu kerana strawberi juga mengandungi asid dan gula yang boleh merosakkan gigi.


4. Makan kismis



Kismis mempunyai kelebihan sama
seperti sayuran rangup. la membantu meningkatkan kadar pengeluaran kelenjar air liur. Pengambilan kismis yang berterusan boleh menghilangkan plak pada gigi dan menghalang plak daripada terus menjangkiti gigi.


5. Jadikan susu dan yogurt sebagai diet harian



Pengambilan susu dan yogurt boleh
menjadikan gigi tampak berkilau dan bebas daripada kaviti. Ini berlaku kerana mineral seperti kalsium dan fosforus yang terdapat dalam minuman itu membantu menguatkan enamel pada gigi.


6. Ambil sekeping keju selepas makan



Selepas menghabiskan hidangan,
jangan tupa makan sekeping keju. Pelik tapi benar, pengambilan keju selepas makan dapat menghalang gigi daripada rosak dan menggalakkan pemprosesan enamel yang menjadikan gigi bersinar.


7. Gunakan tepung soda bikarbonat



Tepung ini adalah agen pemutihan gigi
semula jadi selain bertindak membersihkan 8'gi anda. Apa yang anda perlu buat adalah sediakan pes tepung berkenaan yang dicampurkan dengan air dan secubit garam. Berus gigi anda menggunakan pes ini selama satu minit dan bilas mulut selepas itu. Lakukan selama dua kali seminggu.