Punca kita lalai dan cara mengatasinya
Tak sangka dia tulis gini..
Dengar di Radio IKIM... Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI. Mula² Ustaz kongsi tanda² LALAI.
Tanda2 LALAI antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:
- Tidak fokus,
- Sering terlupa bilangan rakaat,
- Melewatkan solat,
- Kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & di meja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9. Tangguh utk bertaubat.
10. Malu utk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.
Ada juga Ustaz sebut:
Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran.
Pesan Ustaz:
Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)
Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2. 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3. Hilang fokus dlm hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.
Sebab-Sebab LALAI:
1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dgn org² yg lalai.
3. Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem yg melalaikan dll.
Cara² mengatasi LALAI:
1. Cari sahabat yg baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam utk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik pd org lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.
Na'uzubillahhi min zalik. Semoga tidak termasuk dalam golongan (lalai) ini.
Kredit kepada penulis asal/Kun Anta
14 Comments
Muhasabah diri. Ada tanda-tanda itu, kena buang cepat-cepat.
ReplyDeleteTerima kasih Abam Kie, semoga kita tidak lalai kepada Allah sentiasa.
ReplyDeleteNice sharing :)
ReplyDeleteAllahuakbar ringkas dan padat.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat bermanfaat
Alhamdulillah tksh perkongsian ilmu
ReplyDeletealhamdulillah...peringatan bersama..terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Sempena masuk tahun baru ni marilah kita usaha supaya tak menjadi golongan yang lalai
ReplyDeleteAllahu. Risau hanyut dalam kelalaian. Risau ketika lalai maut menjemput.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Abam Kie. Semoga kita dijauhi dari sikap lalai.
ReplyDeleteMemang kita selalu lalai. Sibuk dengan urusan dunia. Allahuakbar.
ReplyDeletekita ni manusia sentiasa lalai...
ReplyDeleteMuhasabah untuk diri sendiri. Terima kasih atas perkongsian ini. Sama-samalah kita perbaiki diri agar lebih dekat dengan Allah
ReplyDeleteTk perkongsian ilmunya
ReplyDeleteterima kasih abe kerana mengingatkan mama
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.