Ambo pengguna setia jalan ni dah hampir 10 tahun. Ulang alik setiap 2 minggu jalan ni.

Ambo nok kongsi sikit tip-tip pemanduan dari Lebuhraya Timur Barat (Grik - Jeli) atau namo glamournyo Highway Banjaran Titiwangsa..

1. Periksa kelangkapan asas

Hok ni penting sobat.

Sebelum memulakan perjalanan, check dulu tayar spare, angin ado ko dok, jek tayar, spanar buko tayar, pemadam api, air paip 2,3 botol, lampu suluh, payung dan lain-lain yang dirasokan perlu.

Atas tu tak dok bengkel deh.

Jadi gapo-gapo lambat nok tunggu bantuan tibo.

Jadi peralatan asas keno ado untuk persediaan jika berlaku kerosakkan kecil.

Kalu tok pandai bekki tapi ado kakah cukup,insyallah ado ore akan tulong bekki.

Tapi kalu tak dok kakah gapo satu dale kheto, paka duk sengih situ la.

Ore nok tulong pun payoh.

Kerosakan teruk keno naik towing la wak gi ko bengkel di kaki bukit.

 

2. Had kelajuan

Atas tu tok soh laju la.

kelajuan sesuai antara 40-100 kmj jah.

lebih pado tu meme amat berisiko tinggi.

Samada ngona tok lepas atau ngona make line ore.

Kalu terbabas sore takpo, demo tando laluh tiang api mano demo nok tepuh dan gaung mano demo nok masuk.

Tapi kalu terbabas lepastu behe kheto ore, meme cedera paroh la skalo.

Ambo tengok blako doh..


Kalu maso hujan, bowok 50 kmj pun di kiro laju dan merbahaya doh.

Meme berisiko tinggi untuk terbabas.

Sambil bowok kheto acu tengok kiri kanan jalan, bersepoh bumber kheto kok tepi jalan.

Majoriti gak lerak maso jalan basoh la tu.


2014 abe ambo terlibat dengan kemalangan maut di jalan ni.

kheto turun bukit ngona tok lepas dan tepuh kheto abe ambo.

Mati di tmpt kejadian ore tu.

Al Fatihah.


3. Gajah

Gajah ni sensitif kepada bunyi dan lampu.

kalu gajoh nitah jale, mati lapu besar dan pase lampu gorib.

Pase doble signal pun molek takut kheto lain tok perasan kheto demo tengah berhenti.

Jangan sesekali hon.

Dio kejut gak, nayo la demo.

Jago jarak. 

Biar jarok dale 50 meter atau lebih.

Lagi jauh lagi molek.

Gajoh ni jare khenak kokre.


Kalu tengok dio nok litas jale tu mung brek la.

Buwi laluan ko dio dulu.

Tok soh badi keras nga dio la sebab dio nga kheto mung tu besar dio lagi.

Skalo dio akan melintas jalan dengan cepat.

So, jangan panik dan jangan wak kalut tok tentu kalu.

Buwi jah laluan.

wak lek wak peace turun cucuh rokok sbate bele-bele tunggu dio siap melintas jalan.


4. Jarak yang sesuai

Keno jago jarak dengan kheto hadapan.

jangan ikut dekat sebab jale situ berbukit.

biar ado jarak sikit biar dea kito brek kot dio brek mengejut elok lubang ko gapo.

Bukit ni.

Bukan highway boh.


5. Eksiden

Jiko terjumpa kemalangan, berhentilah untuk beri bantuan sebab jarak hospital meme jauh.

makan masa 1 jam lebih untuk smpai ke lokasi kejadian.

So, tulong la hok mano patut.

amik kain dan tutup tempat luka, angkat mangsa ke tempat selamat jika mangsa cuma cedera ringan, tolong jaga barang-barang peribadi dia dan cuba hubungi keluarga terdekat dia.

Kalu cedera parah, jangan sentuh.

Takut merisikokan nyawa dio.

Cukup dengan kawal lalu lintas sementaro bantuan dari pihak berwajib tibo.


Rasanya dah lebih 50 kemalangan ambo tengok dan dah lebih 20 mayat tengok depan mata sendiri dalam masa 10 tahun ni.


6. Lori dan bas

2 kenderaan ni meme laju atas bukit.

laju yang amat.

Lori kalu tak dok isi, supo pelesit la.

kalu bas gak, baik tok soh potong dio.

Tok dan 5 minit dio potong kito pulok..

kade-kade sek ni motong double line rilek gitu jah.

kito hok kecik tok soh keras keng la.

perlahankan kenderaan dan turun ke kaki lima jalan jika perlu.

Lawe dengan dio kalu dok batu 2, make nasi guno woyar la jawabnya.

Ada bukti rakaman video atau dashcam, laporkan terus kepada pihak berkuasa deh.

Ambo rajin keno nga sek dio.

Ambo meme report.


7. Trailer

Trailer ni meme slow time mendaki.

skalo akan ado 2,3 biji trailer jujuk.

Nok potong dio kena tunggu jalan betul-betul clear.

Pastikan kheto cukup pikap dan lajok sebab trailer ni panje..


Pemandu trailer kalu baco post ni, jangan la jujuk rapat-rapat sapa 3 buah sekaligus.

Biar ado ruang untuk kheto nyelit sikit.

Nayo bos follow blake trailer sapa 20 minit.

Laju jale kaki pado naik kheto.

Nok motong takut tok lepas.


8. Signal

Signal amat-amat penting atas tu.

Nok motong nok gapo wi signal.

kalu trailer wi signal beloh kiri, bermakna laluan di hadapan clear dan kita boleh memotong.

kalu dio wi signal kanan, jange tebeng potong, bulih nyior kekgi.

trailer ni dio tinggi so meme dio napok jauh ke hadapan berbanding kito yg mempunyai pandangan terhad ni.

lepas potong dio,wi la hon sedas sebagai ucapan "terimo kasih" dio bui isyarat jale clear alik depe.


9. R&R

Hentian rehar ado 2 buah atas tu.

Hentian Rehat Puncak Titiwangsa dan Hentian Rehat Royal Belum, Tasik Banding.

lepas 12 malam biasanya kedai makan tutup di Hentian Titiwangsa.

Setakat ni 2 hentian tu memang selamat untuk berhenti rehat.

Tandas ada banyak dan surau pun ada untuk solat.

Nak mandi pun boleh.

Tapi ni nok royak awal-awal air paip kat tandas tu sejuk macam air batu..

Mung sero biso, try la mandi.

Makan kalu nok sedap di Hentian Titiwangsa.

Nasi kerabu dia sedap gilo boh.


Kalu nok relax tepi tasik, boleh berhenti di Hentian Tasik Banding.

Meme lawa dan sedap untuk rehat.

Ada kawasan parking disediakan tepi tasik.

Pemandangan cantik kalu siang hari.


10.Kheto rosak

Kalu ado kheto ore rosak, berhenti lah tanya khabar.

Tulong yang mana patut.

Mugkin dia tak dok jek tayar.

mungkin air radiaotor dia kering.

Tulong teme dio sementara bantuan tibo.

mungkin dio takut, ado anok kecik, ore tua ko.

teme wak bual takpo doh wak ile kesik.

tulong lah gapo pong.

Insyallah time kito susah, ore tulong kito pulok.


11. Lubang

Lubang meme banyok atas tu.

Jangan laju.

Ado lubang dale, ado lube tohor.

Kalu tok cekak nok elok lube,nikmati sahajo lube itu.

Kalu main brek, garenti hangit brek taro nok sapa bowoh.


Ambo pernah jatuh lubang dalam tahun 2018.

Bukan pecah tayar sajo, sekali dengan rim pecoh.

Air mato kakloh..


12. Tanah runtuh

Ada banyak kawasan tanah runtuh.

Jangan laju sebab banyak jalan lencongan.

Jalan lencongan ni memang sempit.

Patuhi papan tanda amaran.


13. Senjata

Ambo rasa benda ni penting sebab atas tu macam-macam ada.

Kalu eksiden atau kheto rosak, ada yang berhenti membantu dan ado jugok berhenti untuk amik kesempatan.

So sediakanlah apa yang patut untuk langkah berjaga-jaga.

Pisau lipat go 20 sen pun takpo doh, batang paip ko, batang golf ko, pisa dapur rumoh mung pun bulih.

Ikut lah.

Macam ambo, ambo cedey golok dan lawi aye dale kheto.

Hok pelik-pelik mari wak tok tetu kalu, tubek orat perut tu ambo beloh.haha

Tapi pandai-pandai lah susuk maso lalu roadblock tu.


14. High beam 

Kalu kheto depe wi lapu tinggi 2,3 kali, hati-hati.

perlahankan kelajuan anda dengan segera.

Skalo bilo ore wi highbeam ni ado 2 sebab jah.

Samada ado kemalangan atau gajah melintas jalan.

Atas gunung tu tak dok roadblock.

jange runsing.

Roadblock ado di kaki bukit Jeli dengan kaki bukit Grik jah.

Roadblock 24 jam situ.


15. Kabus

Kabus meme tebal atas tu.

Skalo jarak pandangan hanya sedepo jah.

Keno perlahankan kenderaan.

jangan pasang double signal deh sebab becar ore kekgi.

agok tok leh gi, ikut jah line tengah atau line tepi hok warno putih tu.

ngayak pon ngayak lah.

jupo kaki limo luas, berhenti rehat semeta.

Tok soh tebeng lah.


Ambo beso keno sejam jale dale kabus tebal.

napok sedepo jah depe.

Tukat dagu atas stering bele-bele drebar la jawabnyo.


16. Hujan

Skalo kalu hujan dari grik atau dari jeli, meme akan ada eksiden la atas gunung tu.

Sebab utama adalah jale licin.

Ambo pernah jumpa 17 kemalangan dalam tempoh 2 jam.

Jange laju.

tu jah unde-unde tiko huje ni.


17. Tayar

Tayar check molek. Kalu agok bungo tok berapo tebal, tok soh koya main lap lah atas tu. Masuk gaung boh!


18. Drop gear

Hati-hati bagi pengguna kereta manual. Jange drop gear mengejut dari gear 5 ke gear 3 atas ngona. musing itik kheto kekgi tamboh-tamboh kalu jale basah. brek slow-slow dan drop gear.


19. Lorong memotong

Kenderaan slow silo guna jalan kiri deh. Bagi laluan kepada kenderaan lain untuk memotong di laluan kanan. Jangan wak keras keng duk keras line kanan.

Nayo ko ore lain tok leh motong. Doh la laluan motong tok banyok. Mungkin ado ore ada urusan penting dan nok cepat. Bertimbang raso amalan mulio.

Kalu ngere doh enjin kheto tapi kheto bo-bo gerok naik bukit, turun laluh line kiri.

Buwi ko abe-abe enjin 5.0 duk line kanan deh.


20. Makhlus halus atau mistik

Setakat ni tak pernah ado pengalaman. Hok penting naik kenderaan tu baca doa dulu. Sambil drive tu zikir dan kadang-kadang buko bacaan quran. Sero ngantuk pase lagu. Gilir-gilir.

Kalu napok ore jale 2-3 ore tepi jale dale gelap gelemak, jangan kejut. Tu buke hatu. Tu ore asli grik. Sek dio biaso jah jale kaki tengoh male. Jangan duk khenak ko dio. Jangan buwi hon gapo. Mugo dio tok kuca kito.

 

21. Line putih

Jange kejut sini line putih sekejap ado sekejap tak dok. hahaha.. Kalu ado pun samar-samar. Tambah bilo berada kawasan perok. Kawasan kelate ok sikit.


22. Keadaan jalan

Jalan kalu belah sempadan kelate, ok sikit. Kalu belah sempadan perok, hancur lebur. Dengan lubang banyok, bekas tapung supo tapung nga kaki. Malas nok royak banyok, keno lalu dan rasai sendiri baru tahu.


23. Stesen minyak

Stesen minyak ada di kaki bukit jeli dan juga grik. Sebelum naik bukit tu isi minyak penuh-penuh. Jarak Jeli - Grik tok jauh pun. Tok habis separuh tangki pun minyak sebenarnya. Cuma suruh isi penuh untuk standby bagi sebarang kemungkinan.


Rasanya banyok doh tu. Tu atas pengalaman ambo lah. Hok mano beso berule atas gunung tu bulih la tambah.

Pengalaman ambo banyak drive male.

Ambo meme jare lalu siang hari koktu.

Tok sapa 10 kali kot lalu siang hari.

Situasi siang dan malam tok banyok bezo pun.

cumo siang ni payoh sikit nok motong sebab kenderaan banyok.

Malam ni jalan clear sikit cuma banyok lori dan bas.

Tempoh pemanduan pon jadi panje kalu siang hari ni.

Malam ambo bulih wak 4 jam Sungai Petani - Besut.

Manakala siang hari tempoh pemanduan jadi 6 jam.


Sebenarnyo laluan ini agok menyeronokkan kerana pemanduan tidok bosan.

Cumo keno lebih berhati-hati.

Jiko badan letih,bulih rehat di hentian yang cantik.

Udara yang sejuk dan nyaman.

Ada rezeki boleh tengok gajah liar depan mata.

Walaupun jale teruk, jika diberi pilihan memandu di LPT atau laluan ini,ambo akan memilih laluan ini.

Yang mana tok pernah guno laluan ini boleh cubo lalu dan rasai sendiri.

Semoga bermanfaat dan hati-hati memandu belako sek kito.

Moga Allah sentiasa melindungi kita semua.

12 Comments

  1. Gitumo detail satu persatu abe kie tulis. Xrajin lg terserempak dgn gajah stakat duk lalu ni. ado la 10 tahun skali lalu lebuhraya alik ni. terima kasih ats perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Gud info.. thanks sharing abam kie

    ReplyDelete
  3. Bahaya betul lalu lebuhraya ini.

    P.S: Yeay saya sudah boleh masuk blog Abam Kie.

    ReplyDelete
  4. Pernah lalu lalang highway ni jaman tahun 80an dulu

    ReplyDelete
  5. 10 tahun? Wah cikgu dah khatam cam ni...

    ReplyDelete
  6. tq abe atas peringatan.. mmg kena alert ni

    ReplyDelete
  7. Saya lalu jalanraya timur barat ni, setahun 2-3 kali je. Memang kena bawa kete elok-elok sini. Bior lambat , asal selamat.

    ReplyDelete
  8. Pergh!! Detail perkongsiannya.. Walaupun ada perkataan yang tak faham tapi keseluruhannya boleh faham.. tq share..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.