Budaya bagi duit raya ni bukan budaya Islam.. Kalau nak bagi atas dasar sedekah jariah, memang digalakkan.. Tapi kalau dah nama sedekah jariah, ikut kemampuan si pemberi.. Tak kisah la berapa waima seringgit sekali pun.. Mak bapak tolong ajar anak-anak jangan bukak sampul duit raya depan orang.. Jangan ajar anak-anak mintak duit raya daripada orang.. Nampak sangat biadapnya.. Masalahnya ada mak bapak bila anak-anak dapat duit raya, akan terpacul soalan; "Berapa orang tu bagi duit raya?"

Tak semua orang mampu nak bagi duit raya kaler hijau, merah, oren, biru muda dan purple.. Dengan tarif elektrik dah naik, dengan harga barang yg mahal, ramai yg bajet cukup-cukup je.. Kalau ada dan mampu, tak salah memberi.. tapi jangan sampai jadi riak nak orang tau banyak isi dalam sampul tu.. Keikhlasan tu penting.. bukan nak menunjuk-nunjuk.. 

Bagi yg tak mampu, kemeriahan Lebaran tu tak cacat pun kalau tak dapat bagi duit raya.. dan tetamu yg bawak anak-anak beraya kena la faham.. Jangan diumpat atau dicaci orang yg tak bagi duit raya atau yg mampu bagi seringgit dua je.. Bukan soal kedekut atau berkira tapi kalau dah memang bajet tak berapa nak ada, nak dikorek tang mana? 

Hari ni hari dia, hari kita tak tau bila.. Hidup ni macam roda.. Bersederhanalah bila menyambut Hari Raya.. 

Baju lama? No hal..
Kuih takde? No hal..
Tak dapat bagi duit raya? No hal..
Cakap je: "maaf la tahun ni bajet sakit sikit.. Do'akan saya melimpah ruah rezeki yer lepas ni.."

Kalau orang yg dengar tu ada iman dan hati dia bersih, dia akan faham dan do'akan.. Tak akan diumpat atau jadi bahan cerita.. Baru mintak maaf takkan dah masuk dosa baru kut?
😊😊😊

9 Comments

  1. Apa pun yang kita buat biarlah bersederhana dan mengikut kemampuan.. Kalau ada, beri, kalau tak ada pun tak pe.. tetap juga raya..

    ReplyDelete
  2. Ada... kita bagi. Tak ada, kita sama2 nganga. saya lebih suka bagi sebelum syawal Cikgu.

    ReplyDelete
  3. sedekah duit ikut mampu meraikan anak2 yg meriahkan raya

    ReplyDelete
  4. sekarang ini kos hidup amat tinggi...kos untuk menyediakan juadah raya dan sebagainya juga membeban ramai golongan B40 dan M40

    ReplyDelete
  5. Tahun 2022 yg mana ratio B-M-T dah bukan lagi 40-40-20 ni, rasanya sudah ramai yang insaf dan sedar kot bab duit raya ni 😅

    ReplyDelete
  6. Ekonomi pun baru nak pulih lepas pandemik ni. Harap faham sendiri la

    ReplyDelete
  7. duit raya ni tradisi je..bukan kemestian pun... x suka betul tgk bebudak yg buka sampul depan rumah, pastu ada jugak yg buang sampul depan rumah jugaks... parents kena la ajar...kan?

    ReplyDelete
  8. tak perlu jika tak berkemampuan, bila2 boleh bersedakah tak perlu tunggu hariraya

    ReplyDelete
  9. ada kan budak yang bukak pastu cakap "haa??? seringgit je??" kuat pulak tu.

    setakat ni ammi memang sound anak awal "jangan sesapa berani bukak sampul lepas orang bagi...dalam kereta barulah buka"..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.