Inilah hasil pemerhatian peribadi saya mengenai perbezaan ketara antara Kaum Melayu dan Kaum Cina dalam hal remeh rutin.

(p/S - jangan panggil saya 'min'. Ini FB peribadi saya, tiada min min yang kendalikan ya. bukan page pun.)

(p/s 2- Mohon memberi tafsiran yang paling jitu terhadap fasa 'pemerhatian peribadi'. Yang kena "triggered" pastu nak soalkan metodologi/saiz sampel dll, mohon menyahkan trigger dan utarakan ketidaksetujuan dalam cara yang bersopan. Ini kan Laman peribadi orang lain. Kalau laman diri, silakan kalau mesti juga bercakap kasar atau kurang sopan - ambo tiada bantahan). 

1. Langsir.

Cina - Langsir rumah saya, adalah langsir yang sama sejak saya pindah ke Shah alam 6 ¹/2 tahun lalu. Cuci dua kali setahun. Langsir rumah saya di kampung Sungai Petani, adalah langsir yang sama sejak 25 tahun lalu. Selalu dicuci tapi tidak pernah tukar. Langsir rumah rakan cina saya, setiap kali lawat, benda sama saja.

Melayu - tukar setiap 1-2 tahun. 

2. Autogate. (Dari segi nisbah)

Rumah Cina, kalau dapat bonus etc atau duit lebihah mesti kami install autogate. Rail, buka etc. Nisbah rumah cina dengan autogate adalah lebih tinggi daripada nisbah rumah melayu autogate kalau disamakan faktor sepunya. 

Rumah melayu, walaupun kereta banyak, lebih banyak yang sanggup turun kereta buka pagar, masukkan kereta dan tutup pagar secara manual

3. Ubahsuai luar Kereta. (Dari segi nisbah)

Cina secara amnya jarang ubahsuai kereta. Yang ubahsuai tu memang hanya segelintar yang cukup minat kereta. 

Nisbah Melayu yang ubahsuai kereta - tambah skirting, tukar lampu etc adalah lebih tinggi daripada orang cina.

4. Sekolah berasama penuh

Cina jarang hantar anak-anak ke sekolah asrama penuh.

Melayu kebanyakan yang ada anak di SBP.

5. Rumah dulu atau kereta baru dulu.

Cina selalu pentingkan pembelian rumah pertama dahulu baru fikirkan kereta Idaman.

Melayu lebih pentingkan kereta idaman dahulu daripada pembelian rumah pertama. 

6. Membina keluarga

Cina - 1-2 anak

Melayu - 3-4 anak. Rezeki.

7. Ansuran

Cina - ansuran biasanya untuk kereta dan rumah sahaja. Benda lain kalau diidam maka kena kumpul duit dulu.

Melayu - sekali masuk Court Mammoth, terus membuka mata saya. Harvey Norman pun sama.

8. Botor air

Cina - dari kecil bonda pastikan kami dilengkapi dengan botol air jenis ada tali sangkut leher. Siap ada tanda nama lagi. Akan dileteri kalau tak minum air.

Melayu - jarang ambil botor air.

9. Lantai

Cina - Parquet, Jubin, Marbel, Granite

Melayu - Permadani/Karpet.

10. Insuran

Cina - baru keluar kerja, topik perbincangan mamak. Life insurance ada? Medical card beli kat sape? Hospitalisation cover tak? accident ada? Berapa sebulan? Syarikat ini cover tak?

Melayu - tunggu ada rezeki lebih baru beli takaful/insuran.

11. Cara menabung

Cina - dapat gaji, menabung 10-20% dulu baru rancang perbelanjaan.

Melayu - rancang perbelanjaan dan belanja dulu, yang baki baru simpan. 

Sekadar pemerhatian peribadi saya. Kalau terkhilaf saya memohon maaf ya.

11 Comments

  1. jauh perbezaan melayu ngan cina..apa yang penting kita sentiasa harmoni..:)

    ReplyDelete
  2. betul sgt tu banyak perkara positif boleh dicontohi

    ReplyDelete
  3. Saya suka follow cara orang Cina juga, terutama bab hutang tu.

    ReplyDelete
  4. Baik ikut. Kurang baik perbetulkan. Paling penting saling berukhwah.

    ReplyDelete
  5. Hihi.. bila baca ada betulnya.. tapi ada dah yang cara cina pun orang Melayu dah mula buat.. mana yang bagus tu boleh ambil jadikan panduan.

    ReplyDelete
  6. Memang nampak besanya..cina lbih simple dan teratur caranya hehe

    ReplyDelete
  7. betul abam kie setiap kaum ni dia ada perangai budaya dia sendiri. yang mane baik kite boleh teladankn... hihihi

    ReplyDelete
  8. byk juga benarnya walaupun x semua melayu mcm tu. pasal botol air tu mmg obvios

    ReplyDelete
  9. Teringat zaman sekolah dulu budak2 Cina bawak botol air besar2 letak atas meja. Kawan Cina saya kalau keluar sama bawak anak, kejap2 dia kasi anak dia minum. Pernah gurau suruh dia try puasa, katanya bab tak makan ok lagi, tapi bab tak minum dia tak sanggup...

    ReplyDelete
  10. Yang bagus jadikan teladan, yang tak bagus jangan diikut..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.