Ketika sedang beratur di Mydin Tunjong, orang ramai, ada satu keluarga datang potong barisan di depan saya.
 
Saya tegur. Kenapa potong barisan? Abang tu jawab, anak dia dah tolong beratur sebelum ni. 

Ingatkan parking kereta sahaja ada cop barisan, rupanya cop barisan bayaran pun ada. 

Saya tegur lagi, kaunter ni untuk barangan 10 ke bawah sahaja, sambil menunjuk kepada troli yang penuh. 

Abang tu pun jawab, kaunter sebelah pun penuh troli orang beratur. Memang kaunter sebelah pun adalah kaunter express. 

Sebenarnya, ada 3 kaunter express dan 12 kaunter biasa. Semuanya boleh dikatakan beratur panjang. 

Saya bagitahu, kalau abang nak beratur juga di sini tak apa lah. Tetapi saya nak bagitahu, kalau orang lain buat salah, tak semestinya kita pun perlu buat salah juga. Kita telah tunjukkan teladan tidak elok kepada anak-anak. 

Mungkin abang tu dah malu, dia pun tolak troli keluar barisan dan cari kaunter lain.😄

10 Comments

  1. bagus Abam Kie. orang macam ni kena tegur, supaya dia tak ulang lagi. tapi kalau dia ulang lagi, doa jelah supaya insaf

    ReplyDelete
  2. punyalah banyak sampai 12 kaunter, kaunter express jg yg dipilih, dgn bawa troli penuh.barang2...betul, kena tunjuk teladan yg baik utk anak2..

    ReplyDelete
  3. mmg ada spesis gini...dh tau troli penuh..nk juga beratur kt kaunter express

    ReplyDelete
  4. Kalau orang boleh kena tegur takpe, jangan tegur sikit dah melenting. Tu yang payah

    ReplyDelete
  5. susah org tak faham function kaunter express nasiblah jalan juga lepas kena tegur..

    ReplyDelete
  6. Bagus abam kie, berani tegur.... tahniah!

    ReplyDelete
  7. Memang kena tegur supaya tak berterusan melakukan kesalahan.. Orang lain pun nak cepat juga..

    ReplyDelete
  8. memang kena tegur org mcm ni, geram je

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.