Assalamualaikum. Terkadang semasa melalui jalan-jalan sempit di Tanah Merah ini, Abam Kie akan terlihat dahan-dahan pokok yang menjalar memasuki jalan menyebabkan jalan itu semakin sempit untuk dilalui. Sekiranya menaiki motosikal tidaklah menjadi isu yang besar, tapi jika memandu kereta memang kena berhati2lah semasa memandu. Apatah lagi jika kereta itu besar dan masih baharu! Sayang kan jika tergores atau tercalar nanti?

Kalau Abam Kie la, selagi boleh akan cuba elakkan melalui jalan2 yg sempit angkara dahan pokok yang memasuki jalan. Cuma apa yang bermain di minda sekarang di manakah nilai keprihatinan penduduk2 di sekitar jalan yg sempit tu? Tiada siapakah yang sudi mencantas atau memotong dahan yang terjulur ke dalam jalan tu? Kenapa mereka tidak melakukan apa2? Buatlah amal jariah sikit! Sedangkan Rasululullah pernah bersabda menyuruh orang mengalihkan batang kayu yang merintangi jalan!

Jika jalan tu dekat dengan rumah Abam Kie, memanglah abam kie akan pi potong dahan2 tu. Kalau jauh, abam kie x masuk campur la. Cuma abam kie berdoa penduduk2 di sekitar jalan terbabit akan memotong dahan tu. Semoga mereka mendapat sedikit pahala. 

Semoga kita peka akan jalan2 yg rosak dan dedahan pokok yang menghalang laluan kita. In Shaa Allah.

13 Comments

  1. betl tu..kita senangkan org lain, in sya Allah..nanti org senangkan kita pula, tak kita .. ahli keluarga kita.

    ReplyDelete
  2. Mudahkan urusan orang, Allah swt akan mudahkan urusan kita. Kawasan rumah sy ni, ramai yg suka tanam pokok tepi rumah sehingga menghalang jalan, geram saya.

    ReplyDelete
  3. betul tu abam Kie. potonglah dulu sebelum jadi kecelakaan. malam-malam bahaya juga kalau motor

    ReplyDelete
  4. Malam bahaya lagi kalau tak ada lampu jalan. Kalau terang pun tetap bahaya.

    ReplyDelete
  5. sepatutnya ajk kampung kene lah ambil tahu dan potong pokok yang terlebih gitu. kadang bila terlalu masuk jalan menganggu dan boleh rosak kan motor atau kereta

    ReplyDelete
  6. Mungkin xberani memandai-mandai memotongnya sbb selalunya jalan2 ini ada petugas yg uruskannya kan

    ReplyDelete
  7. aah kan..dahan yang merimbun tu..kang kita potong marah dek tuan nya pula..tapi klo dah masuk atas jalan, bahaya pula

    ReplyDelete
  8. klu kg cik nor..lambat lagi la org nak buat. klu dah rasa xblh nak lalu bru diorang buang..haha

    ReplyDelete
  9. Itu belum lagi dahan pokok yang tinggi melintang masuk ke jalan.. kadang tu seram nak lalu.

    ReplyDelete
  10. Ini semua berkaitan jiwa.. dah tahu ia akan menyusahkan pengguna jalan raya, takkan pemilik pokok tak nampak..

    ReplyDelete
  11. Bahaya apabila hujan lebat dengan angin kuat boleh mematahkan dahan dan ranting.
    Harap orang yang bertanggungjawab buat sesuatu. Mungkin boleh buat aduan ke majlis daerah.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.