Kalau nak tahu, binatang yg paling miskin ada lah ayam. 
 
Kasihan, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sesampai tulis pun CAKAR-CAKAR AYAM. 
 
Tidur pun tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut. 
 
BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Puncanya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. 
 
Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR. Kalau lelaki bawa perempuan dikatakan BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM.

Telur AYAM goreng dikatakan MATA KERBAU. Kerbau dapat nama. Malang sungguh nasib mu sebagai seekor AYAM.

Walau begitu sifat ayam ia tetap bangun sebelum subuh dan masuk reban sebelum maghrib....
 
Fikir-fikirkanlah­čĄú