Bagus cara penulisan sahabat kita ni tentang *vaksin covid19*. Mudah difahami.

Moga2 bermenafaat *In Shaa Allah*.

Eleh...
Ambil Vaksin Pun Kena Covid Juga!

*Cerita dia macam ni*.

Covid tu ibarat macam *hujan lebat* yang terpaksa kita redah. Kita tidak ada pilihan. Mahu tak mahu tetap kena redah juga.

Vaksin macam *’payung’*.
Kalau tak guna *’payung’* confirm basah lencun. Kalau guna *payung* basah juga sikit-sikit sebab kena tempias tetapi basah tak teruk.

Kalau tak guna *’Payung’* kita basah lencun bila sampai di rumah. Anak-anak peluk kita. Akhirnya depa juga basah.

Tetapi kalau guna payung kita basah sikit-sikit. Sampai di rumah kita tinggal payung di luar. Kita lap apa yang patut. Bila masuk rumah kita dah kering. Kalau kita peluk anak isteri pun depa tak basah.

Macam tulah juga dengan Vaksin. Vaksin boleh melindungi kita sekitar 90% sahaja. Maksudnya kita tetap akan 'basah' juga bila lalu di celah-celah hujan Covid. Tapi kena tempias sedikit sahaja. Tak teruk.

Bila jangkitan Covid tak teruk, insyaallah cepat baik. Tubuh mampu lawan serangan virus tersebut. Jadi penularan tidak berpanjangan. Insyaallah anak bini pun akan selamat. Tapi SOP masih kena jaga.

Maksudnya dengan pengambilan Vaksin beramai-ramai seperti kita pegang payung bersama-sama. Payung kita semua saling bercantum. Jadi kemungkinan untuk kita kena tempias hujan semakin berkurangan. Insyaallah kita semua akan kering. Air hujan tak boleh nak tembus masuk sebab payung kita saling melekat rapat.

*Tapi depa kata ada yang mati selepas ambil Vaksin!*
Betullah.
Mungkin ada sungguh satu dua kes seperti itu. Macam orang mati semasa beranak. Awat kita bersalin juga?

Sebab kita tau kes tersebut terpencil sahaja. Orang lain bersalin selamat, tiba-tiba time dia boleh mati pula. Kita tahu itu ajal. Sebab tu kita yakin.

Macam tu juga dengan Vaksin. Beratus-ratus juta atau lebih penduduk dunia sudah ambil Vaksin. Setakat ini tidak ada isu serius yang terjadi. Jadi kita mesti yakin insyaallah.

*Tetapi Vaksin tu agenda yahudi.*
Depa nak masukkan cip dalam badan kita. Depa nak kawal kita. Tak kan hang tak tau?

Jom gelak 不不不不不
Sebelum hang nak sembang bab yahudi dan cip, hang pi 'lempaq' /buang dahulu telefon yang hang pegang tu. Semua maklumat tentang diri kita dah ada dalam telefon dan media sosial yang kita guna tu! Tak payah nak cip-cip bagai lagi!

Lagipun kalau setakat minda 24 jam tik Tok, fb dan wassap rasanya musuh pun tak berapa minat untuk menakluki kita kot! Lainlah kalau IQ kita level-level Bill Gate!

Oleh itu, jom kita ubah cara berfikir. Kita ada Allah. Kita mohon Allah bantu Kita. Tetapi Allah dah kata, bantuan Allah akan datang selepas Kita berusaha. Jadi Vaksin ini satu usaha Kita. Kita dengar cakap orang yang lebih tahu. Kita belajar untuk hormat. Mudah-mudahan Allah mengasihani kita lalu Allah singkirkan virus ini buat selama-lamanya dari muka bumi ini. Amin.

Kredit: Penulis Asal

12 Comments

  1. Setuju sangat. Sepatutnya kita yakin dengan yang pakar. Betul la tu mcm org bersalin jugak. Ada yang meninggal. Vaksin adalah ikhtiar kita, selebihnya kita berserah Dan berdoa pada Allah moga kita baik² aje.

    Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. Bagi KA simple je. Berusaha, Doa dan Tawakkal. Kalau terus skip ke tawakkal... letih jugak.

    ReplyDelete
  3. ha haa jawapan win utk utk selalu sgt pertikaikan
    betul la tu
    adoiii anak2 dulu pun cucuk vaksin ,tak pula org tanya ek ada masa umur berapa ntah kan kt dos utk chicken pox tp awat dah umur 5 thn naik jga chicken pox hhe hee

    ReplyDelete
  4. Betul sangat-sangat. Cuma nak ubah cara pemikiran sesetengah orang tidak mudah. Tak apalah.

    ReplyDelete
  5. kita ikhtiar, yang memyembuh adalah Allah.

    ReplyDelete
  6. Masalahnya ramai sangat golongan anti vaksin dalam kalangan masyarakat kita ni

    ReplyDelete
  7. Saya sudah injet sampai booster. Jangan disuruh injet kali keempat sudah le.

    ReplyDelete
  8. stay safe and stay healthy everyone :D

    ReplyDelete
  9. REDA N TAWAKAL SETELAH USAHA MELINDUNG DIRI

    ReplyDelete
  10. Ambil vaksin adalah ikhthiar dan usaha manusia

    ReplyDelete
  11. vaksin adalah sebagai satu ikhtiar kita utk berdepan dgn covid ni. terpulang la pada diri sendiri. tapi kalau tgk ramai yg warded dan intubated ramai dikalangan antivac dan juga yg tak complete vac

    ReplyDelete
  12. kita berusaha melindungi diri dengan vaksin.. InsyaAllah..
    Saya dah booster dan positif covid19, alhamdulillah simptom tak teruk.. selsema dan gatal tekak sahaja..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.