Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.

Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.

Mak tu,
Walau dia kata tak nak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.

Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.

Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.

Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat tak nak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.

Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.

Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.

Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.

Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.

Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.

Mak tu,
Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.

Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Kredit : @Farizal Radzali

16 Comments

  1. Alhamdulillah..masih ada mak..sekarang giliran kita pulak masak untuk mak..:)

    ReplyDelete
  2. good sharing & good reminder.
    Alhamdulillah..rezeki saya duduk dekat ngan Ibu..hari2 leh jumpa.

    ReplyDelete
  3. mak2 gtu la bila melibatkan ank

    ReplyDelete
  4. Teringat lagu Ibu Mithali -Nadamurni :)

    ReplyDelete
  5. Alahai sedihnya baca. Saya takde Mak dah. Ada mak tiri je. Jadilah nak menumpang kasih

    ReplyDelete
  6. Bila dah jadi mak ini, semua di atas betul belaka.

    Moga kita semua dapat bahagiakan mak kita sebelum mereka tutup mata huhuhu

    ReplyDelete
  7. Redanya sangat-sangat berharga.

    ReplyDelete
  8. betul sangat tu abe kie.. mak kita dah tak kuat nak masak2.. dia jadi sedih bila terpaksa susahkan anak2 masak untuk dia..

    ReplyDelete
  9. Betul tu Abam Kie, marah, bebel semua tu tanda sayang. Yang penting tak sebut yang bukan-bukan kan. Masa anak-anak tidur, masa tu la dok belai kepala diorang slow-slow. Alamak, mata masuk habuk pulak nih...

    ReplyDelete
  10. uwaa rindu mak kite.. alfatihah

    ReplyDelete
  11. Mak memang macam tu. Mulut cakap lain tapi dekat hati lain. Marah macam mana pun lepas tu okay balik. Jenis tak boleh marah anak lama-lama. Sayang mak dunia akhirat.

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang ada perbezaan pendapat dengan emak. Kena ingat hidup Tingkat.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.