Assalamualaikum. Setelah sebulan ayah pergi ke alam baqa rasa rindu terhadapnya semakin terasa. Memang betul la orang kata...bila org yg kita sayang itu tiada barulah kita begitu terasa akan kehilangannya. Jadi kepada rakan2 blogger yang masih ada ibubapa itu, hargailah mereka. Berbakti kpd mereka selagi mampu kerana bila mereka sudah tiada, hanya doa yang mampu kita sampaikan kpd keduanya.

Berbalik kepada kisah abam kie dengan Allahyarham ayah ni. Keluarga kami pada zaman dahulu kiranya susah la juga. Memang la ayah ada banyak tanah padi dan getah namun hasil pendapatan daripada mengerjakan tanah2 tersebut tak la sebanyak mana. Namun kami sekeluarga tak pernah berlapar. Tapi kalau nak beli barang mahal tu kena la kumpul duit dulu.

Seingat abam kie la... Pada tahun 1981 semasa di darjah 2, barulah ayah mampu membeli motor Honda terpakai. Plet no DB ****. Sebelum tu kalau nak ke mana2 kena naik basikal je. Atau pun guna bas SKMK. Jika ada urusan penting di Machang, ayah akan menaiki basikal sehingga jalan utama dan menunggu bas. Jikalau nak beli barang anak2, terpaksalah kami membonceng basikal sampai ke perhentian bas. 

Tapi bila dah ada motor ni mudah la nak ke pekan. Tak perlu lagi menunggu bas. Jarak dari pekan ke rumah cuma 6km je. Semasa di sekolah rendah abam kie dihantar oleh ayah ke sekolah. Tapi selalunya abe kie membonceng basikal dengan abang. Beza kami 3 tahun. Kadang2 tu berjalan kaki je ke sekolah terutama sekali pada musim hujan. 

Semasa di darjah 6, semasa kami menaiki motosikal ke pekan, tetiba ada seekor lembu melintas jalan. Ayah tak sempat nak brek. Terus terlanggar lembu tu dan kami tercampak ke atas jalan. Ayah patah sebatang gigi manakala abam kie patah lengan. Dekat 2 minggu juga abam kie tak ke sekolah. Selain daripada mendapatkan rawatan di hospital, abam kie turut juga pergi berurut dengan tok bomoh patah. Alhamdulillah. Dalam masa sebulan lengan abam kie kembali normal. 

Semasa abam kie bersekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Machang selama 5 tahun, ayah pasti akan datang melawat abam kie setidak2nya setiap 2 minggu. Jadi dengan motor inilah ayah datang ke sekolah pada petang Jumaat. Jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 14km sahaja. Bila dia datang, pasti ada sedikit buah tangan yg dibawanya. Biasanya makanan tu abam kie kongsi dengan rakan2 sedorm. 

Apabila tamat SPM pada tahun 1990 tu, ayah datang mengambil abam kie di asrama dengan menaiki motor je. Barang2 spt buku dan pakaian abam kie sudah diambil oleh ayah sikit demi sedikit sepanjang SPM tu berlangsung. Jadi pada hari terakhir di SMACH tu cuma satu beg je yang perlu dibawa balik. Mana2 barang yang tak penting, abam kie tinggal je di dorm. Buku2 pun letak di bilik bacaan asrama. Junior yang nak, silakan ambik je. 

Begitulah kenangan abam kie membonceng motosikal dengan ayah semasa kanak-kanak dan remaja. Masa abam kie bersama ayah tidak banyak kerana sejak usia 13 tahun abam kie duduk di SBP. Kemudian sambung belajar di Universiti Malaya selama 6 tahun. Lepas tu mengajar di Papar, Sabah selama 4 tahun. Bila pulang mengajar ke Kelantan pada 2001 barulah ada ruang untuk menghabiskan masa bersama ayah. 

Terima kasih kerana sudi membaca coretan abam kie ini, anak yatim piatu. Tiada berayah, tiada beribu. Jika sudi, bantulah anak yatim ini untuk meneruskan kehidupannya dengan sempurna sebelum maut menjemputnya. Sekian. Terima kasih.