Bukan suka-suka الله ﷻ jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan...
Bukan suka-suka الله ﷻ jodohkan kita dengan suami yang panas baran...
Bukan suka-suka الله ﷻ berikan kita anak yang degil dan nakal...
Bukan suka-suka الله ﷻ letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama...
Bukan suka-suka الله ﷻ beri kita anak ramai...
Bukan suka-suka الله ﷻ langsung tidak beri anak pada kita...
Bukan suka-suka الله ﷻ beri kita pelbagai sakit...

Bukan suka-suka الله ﷻ aturkan kisah silam kita..
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat...
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je".
Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripada NYA.

Bukan saja-saja kita seorang je yang dapat Hidayah..
Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

Hidup kita الله ﷻ yang atur.
Isteri kita الله ﷻ yang punya.
Suami kita juga milik الله ﷻ...
Anak² kita الله ﷻ yang punya...
Duit kita الله ﷻ yang punya...
Kesihatan kita الله ﷻ yang punya...

Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah.
Kerana semua itu bukan kita punya.
Punya الله ﷻ.
DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja...

Namun usah lupa.الله ﷻ itu MAHA PENYAYANG.
DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita.
Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu.

Cuma الله ﷻ yang tahu.
Bersangka baik dengan الله ﷻ perlu kita aplikasikan.

Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan الله ﷻ, kita akan sentiasa Redha.

Jadi, usah kecewa.
Kita ada الله ﷻ.
Kita minta pada الله ﷻ.
Kita minta kekuatan pada الله ﷻ.
Kita yakin dengan الله ﷻ.
Kita redha dengan ketentuan الله ﷻ.
In Shaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka.

Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan.
Antaranya solat malam !!!
In Shaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

Kita ada الله ﷻ !!!
Dan الله ﷻ itu ada di mana-mana.
Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja.,
Jika di Mekah dan Madinah ada tempat-tempat mustajab, di tempat lain juga ada.
Jika kita berpuasa, doa kita mustajab.
Jika kita Solat malam, doa kita mustajab.

Dan الله ﷻ telah menggariskan panduan,
"SABAR dan SOLAT !!!"

Lakukanlah !!!
Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati الله ﷻ akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya.
Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu..
In Shaa Allah.

~الله ﷻ tak jadikan sesuatu itu saja-saja dan suka²..