"Assalamualaikum semua....

Dijemput semua anok cucu n menantu Tok Pok Din ke majlis Aqiqah + Kenduri Arwah + Doa Selamat + Maulidur Rasul
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Tarikh 🗓️: 5/10/2021 (Jumaat)
Jamuan bermula 🍽️ : Lepas Solat Jumaat
Tempat 🏠: Kediaman Cikgu Normadiah

🌻MENU 🌻
~~~~~~~~~~~
1) Nasi Putih 🍚
2) Gulai Kambing 🐐
3) Ayam Goreng 🐥
4) Ike kering 🦈
5) Ulam-ulaman 🥒
6) Siro Labu
7) Sambal belace
8) Buah2an 🍉
9) Kuih-muih 🥯🧀

✳️ Dijemput anok-menantu yg berkelapange mari gotong-royong masak sama2 pd pagi jumaat tu.. ble2 kito mengeratkan silaturahim adik-beradik 🥰

✳️Sesiapa yg nak sponsor kuih-muih n buah-buahan amat dialu-alukan..😃"

************************************************************************

Begitulah notis yang Kak Yah iaitu kakak kedua Abam Kie hantar di dalam group Whatsapp adik-beradik sekitar dua minggu sebelum tarikh cadangan kenduri aqiqah cucunya Nik Maryam. Kebetulan sudah boleh rentas negeri pada waktu tersebut jadi Kak Zun (kakak sulung) yang tinggal di Dungun dan Kak Nah (kakak ketiga) yang menetap di Bangi pun memang akan balik kampung di Machang untuk bertemu ayah tercinta. Berjumpa dengan adik-beradik dan saudara-mara yang lain yang tinggal di kampung sama atau berhampiran. Abang dan adik lelaki Abam Kie memang tinggal di kampung. Cuma abam kie je yang tinggal di daerah sebelah iaitu Tanah Merah. Jarak rumah abam kie ke rumah ayah cuma 14 km sahaja.

Cuma pada pagi Khamis 4 Nov itu tetiba abang menelefon abam kie memaklumkan bahawa ayah sudah koma dan dia sedang membawa ayah ke Hospital Machang. Kak Yah, Kak Nah dan adik turut berada di dalam kereta mengiringi ayah ke hospital. Namun Kak Yah yang meriba ayah dapat merasakan bahawa ayah menghembuskan nafas yang terakhir tak sampai 1 km sebaik sahaja dimasukkan ke dalam kereta. Begitu cepat ayah pergi sehinggakan abam kie tak sempat bertemunya buat kali terakhir. 

Abam Kie tiba di Hospital Machang pada jam 12 tengahari untuk menuntut jenazah ayah. Hati terasa pilu namun air mata belum gugur lagi. Sehinggalah jenazah dibawa ke rumah Kak Zun di kampung, bila mayat ayah diletakkan di ruang tamu, air mata ini gugur jua. Surah Yasin yang dibaca tak mampu dihabiskan kerana sebak di dada menahan kesedihan. Lagipun mayat harus dimandikan segera jadi abam kie terpaksa memberhentikan bacaan tersebut.

Sesudah dimandikan dan dikafankan, jenazah ayah disolatkan di Masjid Mukim Pangkal Meleret, Machang selepas solat Asar. Bacaan talkin dan doa mengiringi persemadian ayah di alam barzah pada usianya 80 tahun. Abam Kie kehilangan ibu (ma) pada awal 2002. Mujurlah abam kie berada di sisinya semasa dia menghembuskan nafas yang terakhir pada hari raya ketiga Aidil Adha tahun berkenaan.

Pada hari kematian ayah itu perasaan sayu dan pilu tidak sangat terasa. Namun beberapa hari kemudian rasa sedih itu sering datang ke dalam minda abam kie. Terkadang terasa abam kie jarang menghabiskan masa bersama ayah sejak PKP bermula. Padahal kampung tu cuma 15 minit perjalanan je. 

Ayah sangat menyayangi anak2 dan cucu2nya cuma dia tidak menzahirkan kasih sayangnya itu. Jasa ayah mendidik kami adik beradik sehingga menjadi insan berpelajaran tidak mampu dibalas. Cuma doa yang mampu kami titipkan kepada ayah. Selain itu kami akan menunaikan wakaf bagi pihak ayah. In Shaa Allah. 

Pada hari Jumaat 5 Nov 2021 majlis aqiqah dan tahlil tetap diadakan. Kebetulan adik abam kie nak naik rumah baharu. Jadi kami buat solat hajat juga. Kelihatan dalam gambar kawan2 satu sekolah di SM Sains Machang datang menziarahi abam kie dan keluarga. Sudah 31 tahun kami meninggalkan bangku sekolah namun SMACHIANS Class of 90 tetap meneruskan tali silaturrahim sehingga berakhirnya nafas ini. Sumbangan khairat kematian pun turut disumbangkan oleh rakan2 satu batch. Terima kasih semua. 

Kisah abam kie dan ayah boleh dibaca di satu entri terdahulu di SINI. Innalillahiwainnailahirajiuun. May Allah put my father's soul among the righteous. Aamiin.


19 Comments

  1. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnnn... Salam takziah buat Abam Kie sekeluarga.

    Semoga roh ayahnda ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

    ReplyDelete
  2. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
    Allahummaghfirlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu..

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
    امين

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnaillahirojiium. Salam takziah buat Abam Kie sekeluarga

    Semoga roh arwah ayanda ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Aminnn...

    Saya masih ada ayah..dan jarak rumah saya dan rumah ayah lebih kurang 20km. Every weekend memang ke sana kecuali saya ada site visit outstation atau saya kurang sihat (tak nak abah n mak terjangkit)
    kalau ke hospital follow up mmg saya yang bawa...
    cuma saya kena be fair dengan adik-beradik lain supaya mereka juga dapat berbakti pada ayah dan mak sementara hayat dikandung badan..inshallah..

    ReplyDelete
  4. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

    ReplyDelete
  5. Inna lillah wa inna ilayhiroji’un
    Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh ayah Abam Kie.
    Salam takziah.

    ReplyDelete
  6. Semoga Abam Kie tabah. Semoga Allah cucuri rahmat ayahanda Abam Kie

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnnn. Salam takziah Abam Kie sekeluarga.

    Moga arwah ayahnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amiin Ya Robbal Alamiinn.

    ReplyDelete
  8. Semoga Arwah Ayah Abam Kie dilimpahi rahmat Allah

    ReplyDelete
  9. Inna lillah wa inna ilayhiroji’un...semoga roh arwah ayah Abam Kie tenang disana & ditempatkan dikalangan para solehin..

    ReplyDelete
  10. Allah sebaik-baik perancang.

    Semoga arwah ayah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    Ammi pun masa dapat berita kepergian arwah mama..masih tenang walaupun sedikit menggigil. Sebelah malam baru terasa sangat-sangat kehilangan..tengok adik lelaki ammi kejap2 masuk bilik arwah mama lagi buat ammi tak keruan

    ReplyDelete
  11. Innalillahiwainnailaihirojiuuunnnn...Al-fatihah buat arwah.
    Semoga roh arwah ayah abe ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.
    Amin...

    ReplyDelete
  12. Innalillahiwainnailahirajiun. Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  13. semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

    ReplyDelete
  14. Salam takziah daripada kami sekeluarga

    ReplyDelete
  15. INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN...AL FATIHAH CIKGU AK N FAMILIMOGA ALMARHUMDICUCURI RAHMAT-NYA AMIIN

    ReplyDelete
  16. Innalillahiwainnaillahirojiium...alfatihah dan salam takziah.

    setiap yang hidup pasti merasa mati dan begitulah kehidupan.

    moga roh arwah tenang dan waris reda atas pemergiaan arwah

    ReplyDelete
  17. Ya Allah..ampuni arwah ini, tempatkan di sisi orang beriman..
    Dapat rasakan kesedihan..Hidup tunangannya kematian. Banyakkan doa buat arwah. Alfatiha

    ReplyDelete
  18. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnnn... Salam takziah buat Abam Kie sekeluarga.

    Semoga roh ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

    ReplyDelete
  19. innalillah. salam takziah. baca ni buat air mata mama terbit. arwah ayah mama meninggal tahun 2018 pun mama masih x boleh move on

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.