Kemahiran memandu kereta adalah syarat wajib bagi semua lelaki dan wanita berkerjaya pada hari ini. Tetapi saya perhatikan masih ada segelintir kawan-kawan wanita yang masih tidak tahu memandu kereta dan masih mengharapkan suami untuk menghantar mereka ke mana-mana. Ini tentu menyusahkan suami mereka kerana suami mereka juga ada hal dan destinasi masing-masing yang ingin ditujui. Tetapi ada juga suami yang tak kisah asalkan isteri mereka selamat. 

Saya ambil contoh rakan di tempat saya kerja. Dia berulang dari rumahnya ke sekolah sejauh 30km. Anak-anaknya juga bersekolah di sini. Isteri dia tak tahu memandu. Ada suatu hari tu dia diserang gout dan terlantar di rumah selama 3 hari. Maka 3 hari jugalah anak-anaknya tidak ke sekolah. Kesian dengan mereka. Mujurlah waktu itu bukan musim peperiksaan. Kalaulah anak2nya bersekolah berdekatan atau isterinya pandai memandu maka dalam siatuasi kecemasan sebegini isterinya dapat menghantar anak2nya ke sekolah. Namun ada juga kawan saya yang x nak memandu kereta kerana faktor penglihatan dan trauma dengan kemalangan dulu. Jadi suami merekalah yang menghantar mereka ke sekolah. 

Seorang saudara perempuan (bukan kakak ye) saya memang ada lesen memandu kereta tetapi dia tak berani memandu! Tapi setiap tahun dia akan pastikan lesen memandunya diperbaharui! Alasannya ialah TAKUT! Memang la kalau tak mencuba rasa takut tu takkan hilang sampai bila2. Mujurlah dia berani naik motor. Jadi jika nak ke kedai runcit dia akan menunggang motosikal. Tu pun jarang2 sebab dia takut nak meninggalkan anak2 yang masih kecil tanpa pengawasan suaminya. Jikalah suaminya sakit dan tak mampu memandu kereta bagaimanakah nasibnya nanti? Siapa yang nak menghantar suaminya ke hospital?

Teringat kes bekas ibu mentua saya. Semasa hayat bapa mentua, ibu mentua ini dihantar ke sana ke mari sekiranya dia hendak ke mana-mana. Tetapi apabila bapa mentua meninggal 6 thn lps, ibu mentua ini terpaksa belajar memandu kerana dia x mahu menyusahkan anak2nya untuk ke masjid atau ke kedai. Pada ketika itu usianya 58 tahun. Jadi saya rasa sekiranya faktor terpaksa maka kaum wanita akan belajar memandu dan mampu ke mana2 tanpa menyusahkan kaum lelaki. Apa pendapat kwn2 tentang perempuan yang x tahu memandu dan mengharapkan suami menghantar mereka ke mana2? Jawab jangan tak jawab!

20 Comments

  1. Perempuan kena ada lesen dan tahu memandu. Sedikit sebanyak meringankan beban suami. Ada kes kecemasan kita boleh drive. Tapi jangan pula suami ambil kesempatan ye...mentang-mentang ler isteri boleh drive.

    ReplyDelete
  2. sy lebih selesa memandu sendiri kalau nk pegi keja.. sesukati je ikut masa sendiri.. pernah dlu masa husband pjj so kereta ada sebuah je di rumah.. ms dia balik bercuti maka sy terpaksa dihantar diambil utk ke ofis mmg rimas.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Kena ada galakan dan praktis.

    ReplyDelete
  4. mama setuju perempuan mmg kena pandai memandu. kalau jadi apa2 senang

    ReplyDelete
  5. betul..kena berani memandu..mmg rasa takot..tapi fikirkan kemudian hari lagi susah..AD sendri pon x berani bawak, tapi gagahkan diri juga la bawak keta sebab nak pi keja

    ReplyDelete
  6. keperluan.. sekiranya ada kecemasan lebih senang memberi bantuan

    ReplyDelete
  7. Sy takut
    Tp pandai bawa kereta
    Cuma nervous la sikit

    ReplyDelete
  8. betul tu. saya sendiri pun memandu jauh dari perak ke kedah

    ReplyDelete
  9. sangat lah diperlukan. saya dah la tak reti nak bawak motor, jadi wajib kena bawak kereta. haha

    ReplyDelete
  10. Bab ni PC masih bertatih lagi mencari kekuatan dan keberanian untuk memandu. Boleh memandu tapi perlahan.

    ReplyDelete
  11. sangat diperlukan sebenarnya, dh jadi satu keperluan untuk perempaun di luar sana ambil lesen

    ReplyDelete
  12. Setuju! Yang lelaki pun mesti beri galakan....

    ReplyDelete
  13. saya dah mula bawak kete tahun 2005, sebab malu nak menumpang kereta kawan pejabat... jadinya gigih dapatkan lesen. Dulu bawa kancil manual je, di skudai dan kl bila ada rezeki lebih baru tukar myvi dan auto... lepas tu mula la bila bawak kereta manual terhegeh-hegeh hehehehe...

    perempuan memang kene ada kemahiran memandu sendiri, sebab kita tak tahu bila suami kita mungkin sakit dan perlukan kita yg jadi pemandu atau dia keluar outstation dalam masa yang lama.

    ReplyDelete
  14. betul.. sgt perlu, saya dulu pun anak dah sorang abru amik lesen. tu pun x berani drive kereta manual..kena beli kereta auto. alhamdulillah now dah boleh la. tgh berani2 kan diri drive kat highway sbb dulu arwah suami memang x kasi drive kat highway...

    ReplyDelete
  15. saya dulu pun takut memandu. tapi sebab saya tinggal dengan ibu bapa yang dah agak berusia kenalah beranikan diri. sekarang dah tak takut tapi masih tak suka memandu. hehe

    ReplyDelete
  16. Memandu kena yakin dan berani..tak berani dan tak yakin..alamat susah nak memandu. bahaya jika teragak2..kena hon pun ada..

    ReplyDelete
  17. harus yakin dan berani memandu..jika teragak2 bahaya kan keselamatn..kena hon pun ada ya

    ReplyDelete
  18. Ammi ada lesen tapi tak pernah memandu sejak 2008.
    Suami mcm tak yakin je nak bagi ammi drive..jadi apa-apa kita book grab je

    ReplyDelete
  19. perempuan memandu kalau yg berani tu berani betul, sampai kalau dia salah pon dia ckp dia betul. klu yg takut tu... penakut sangat plak

    ReplyDelete
  20. Saya dah Cuba ambil lesen tapi fail.sy Jenis takut dgn benda berenjin,tempat tinggi,air terjun air laut semua.sebab xpandai memandulah sy dipandang Hina n dipandang rendah sgt sgt.bukan saya xcuba.dah Cuba tapi saya mmg Jenis penakut yg amat .ibarat orng takut lipas blh menjerit2 bila tengok lipas.mmg sy sedih kadang2 mnangis bila org pandang Hina kat sy .hanya Allah saja yg tahu

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.