Banyak catatan saya adalah penelitian dari liku-liku pengalaman hidup zaman bekerja yang saya ingin kongsikan pada orang muda.

Anda sendiri mungkin akan mengalami fasa yang sama tetapi eloklah belajar dari pengalaman orang lain agar perjalanan hidup lebih mudah dan bermakna.

Kadangkala tulisan saya cuba menyakat minda anda untuk berfikir.

Nothing better than learning from other’s experiences, pitfalls, perils and mistakes.

Ada beberapa perangai orang melayu yang saya perhatikan boleh diperbaiki dan disesuaikan dengan zaman sekarang terutama mereka yang sedang memasuki alam persaraan.

Antaranya ialah:

1. Keinginan rumah besar 10 bilik.

Beberapa rakan yang bekerja sebagai ejen hartanah memberitahu saya bahawa trend sekarang ialah pasangan berumur menjual banglo mereka dan berpindah kepada rumah teres atau condo yang lebih kecil.

Semasa umur muda mereka bertungkus lumus mencari duit dan hutang bertimbun membeli rumah besar agar semua anak selesa apabila balik beraya.

Tetapi hakikatnya, 350 hari dalam setahun, hanya kesunyian di rumah kerana anak-anak sudah mempunyai keluarga dan rumah sendiri.

Atok hanya mendiami satu bilik dan sembilan bilik lain dipenghuni oleh jin.

Lagi pun bukan mudah membuat penyelenggaraan rumah besar dalam usia tua.

Anak yang balik raya sekarang ini boleh menyewa homestay atau hotel untuk beberapa hari.

Lebih menyedihkan hutang rumah besar masih belum langsai walaupun kubur sudah kata mari.

Fikir-fikirlah samada anda perlu bertungkus lumus bermatian membeli rumah besar yang akan menjadi white elephant dan dijual semula oleh anak-anak apabila ketiadaan orang tua nanti.

Worst, rumah besar menjadi fitnah rebutan harta pusaka para waris.

2. Keinginan nafsu memiliki Vellfire.

Setiap orang pencen bercita-cita memiliki vellfire kerana kereta besar ini boleh membawa ramai ahli keluarga dengan comfy. Sebenarnya kereta berstatus tinggi ini bukan murah dan mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi.

Apabila ditanya kepada seorang rakan kenapa beliau kerap memakai Proton Iriz walaupun mempunyai Vellfire,

“Sangat convenient bawa kereta kecil pergi kedai short errants dan parking pun mudah” balas beliau yang mengaku memakai Vellfire sekali dua dalam sebulan sahaja.

Apabila difikir secara rasional adakah berbaloi menyimpan satu kenderaan yang mempunyai kos penyelenggaraan, insurance dan cukai jalan yang tinggi tetapi digunakan sekali sekala?

3. Cita-cita besar memiliki tanah durian 10 ekar.

Kerap saya mendengar rakan-rakan yang ingin berkebun selepas bersara mengusahakan ladang durian 10 ekar.

Walaupun ianya satu impian yang bagus, menanam durian memerlukan komitmen dan modal yang tinggi.

Saya selalu menasihatkan agar impian tersebut dimulakan secara kecilan dari usia muda, bukan ketika badan sudah kerepot.

Kecuali jika anda ingin mengupah pekerja asing menjaga kebun, kesemua kerja kebun terpaksa dibuat sendiri seperti membaja, meracun, weeding, pruning, dan memungut buah. Itu semua memerlukan tenaga empat kerat.

Kebiasaan bila rakan-rakan pencen bertanya berkenaan hobi tanaman durian, saya akan menjawab,

“Elok kau beli aje durian kat kedai bila teringin nak makan. Jangan menyusahkan diri nak tanam sendiri pokok durian diusia tua. Don’t buy a cow to drink milk. Just buy the milk at the supermarket”. Tentunya rakan faham apa maksud saya itu.

4. Hasrat Grand Wedding untuk anak.

Beberapa rakan saya menghabiskan duit simpanan beratus ribu untuk anjur majlis perkahwinan di hotel 4 star.

Walaupun upacara sehari sahaja tetapi majlis perkahwinan dibuat paling meriah dan gah sekali.

Saya tidak mahu komen lebih berkenaan perkara ini tetapi berpendapat adalah lebih baik kos belanja tersebut diserah pada young couple untuk membina hidup baru.

Lebih menyayat hati, setelah berbelanja ratusan ribu ringgit untuk perbelanjaan perkahwinan yang gah, pasangan tersebut bercerai sebelum anniversary mereka yang pertama.

Cukuplah sekadar majlis simple dan ala kadar yang dituntut oleh agama.

5. Impian bersara mahu duduk masjid.

Ini kerap saya dengar dari rakan yang akan berpencen.

“Aku nak duduk masjid selepas pencen. Jadi noja masjid pun tak apa” tegas rakan saya.

Impian kemasjid lima waktu adalah sangat baik tetapi jika tidak menjadi tabiat dari muda ianya bukan perkara mudah.

Hati perlu dipupuk untuk berpaut pada masjid sebelum pencen agar ianya dijadikan sebagai habit.

Hakikatnya, bila sudah tua ganyut hati tersangat liat.

6. Impian travel satu dunia.

Semua mempunyai impian travel satu dunia apabila pencen tetapi hobi ini memerlukan banyak wang dan sihat tubuh badan. Saya nasihatkan agar rakan-rakan belajarlah travel sedikit demi sedikit diusia muda dan bila bersara nanti, badan dan poket tidaklah terkejut.

Seorang rakan terlalu asyik dan gamit travel selepas bersara sehinggakan habis semua duit epf beliau dalam setahun. Selepas itu beliau menjadi murung dan mengalami depression.

7. Impian untuk bekerja sehingga mati.

Ramai rakan saya yang gelisah selepas bersara dan sibuk mencari pekerjaan lain kerana tidak bersedia dari segi moral dan belanjawan. Jika pekerjaan dianggap seperti hobi tidak mengapa asalkan tiada stress tinggi.

Untuk bersara perlu proper planning, right mental dengan pasif income yang mencukupi. Bacalah artikel saya mengenai persediaan sebelum pencen. 

Barulah boleh ‘Bersara Dengan Bergaya’. 

Wallahua’lam. 
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: Zainuddin Omar 


15 Comments

  1. so far takde la plak teringin perkara spt di atas..emmmm...

    ReplyDelete
  2. how true, memang ada kebenarannya. kesimpulannya semasa tua, kenalah lagi simple hidup kita kan. persiapkan diri dah utk ke alam seterusnya

    ReplyDelete
  3. Hehe yang nombor 1 itu betul. Haha sebab hendak anak-anak dan cucu-cucu selesa.

    ReplyDelete
  4. ada ke berimpian yang last tu huhu

    ReplyDelete
  5. Nombor 7 tu memang tak lah Abe.

    Gaji ciput macam Syu ni tak tahulah sampai mana boleh persediaan untuk pencen nanti. Selagi boleh kerja, kerja saja lah.

    ReplyDelete
  6. saya bekerja dalam bersara nanti...

    kerja menulis dan duit juta-juta pun alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Saya lebih cenderung kepada persaraan yg memberikan saya dan isteri kelapangan hidup tanpa perlu fikir apa² komitmen

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang membuka mata,minda dan hati ni cikgu

    ReplyDelete
  9. Segalanya kita mohon yang terbaik dariNya ..kita rancang baik2 semoga berkat dan dirahmati. Aamiin

    ReplyDelete
  10. Sebagai pekerja swasta ammi pernah sekali tu terbangun malam dan berfikir..what am I going to do when I reach 55. Do I have enough saving untuk meneruskan hidup. Risau sampai tka boleh nak tidur

    ReplyDelete
  11. itu la realiti. itu dan ini, kan.
    sib baik saya & asben, now kami da tukar cara berfikir. enjoy life sekarang, masa depan kita plan juga tapi yg sekarang ni penting utk dinikmati.
    one thing yg saya memang nak buat lepas bersara is travel berdua dgn asben. if da pergi, masa tu nak repeat. semoga masih sihat in shaa Allah.
    tak berniat utk bekerja.
    tak berniat utk jaga cucu (sesekali boleh la).
    just plan tu spend time together happily and freely :)

    ReplyDelete
  12. sungguh benar bagai dikata. semua ada yg jadi depan mata

    ReplyDelete
  13. saya berangan-angan bile pencen nanti nak pindah dok pulau... malas dah dok bandar

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.