Assalamualaikum. Abam Kie sudah menggunakan domain sejak April 2014. Masa tu harganya cuma RM35 dan dibeli di NetKL. Pas tu Abe Kie bayar RM3 kepada mereka untuk set up domain tu di dashboard Blogger sebab Abam Kie tak reti buat selepas beberapa kali mencuba. Alhamdulillah. Perjalanan domain www.zukidin.com dengan NetKL sentiasa lancar. Servis mereka pun tip top!

Baru2 ini Abam Kie ada menerima emel daripada NetKL yg memaklumkan harga domain sudah naik. OMG! Harga asal RM45 tapi harga baharu cuma dinaikkan kepada RM50 sahaja. Musim PKP ni x ada barang yang turun melainkan naik sahaja! Tapi suka atau tidak, pengguna harus membayar harga yang baharu ini untuk terus menggunakan domain sedia ada. 

Tapi syukurlah NetKL menawarkan pembaharuan domain in advance kepada para pengguna pada harga lama jika memperbaharui domain sebelum 1 September 2021. Apa lagi! Abam Kie mengambil kesempatan ini dengan 'renew' domain untuk 3 tahun terus sehinggalah 29 April 2025. Sebenarnya boleh renew sampai 9 tahun terus jika nak. Cuma abam kie tak mampu la. Cukup la untuk 3 tahun pada harga RM135. 

Jadi kepada rakan2 blogger blogspot yang bercadang nak menaiktaraf kepada domain sendiri, silakan beli di NetKL je sebab servis mereka memang pantas, cekap dan berpatutan. Sekian. Terima kasih.