Tadi buat #QuickSurvey berkaitan mana lagi bagus beli used car yang owner nya lelaki atau wanita?

Ramai yang pilih lelaki, berbanding wanita. Jom baca lebih lanjut di bebenang ini

𝟱 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗨𝘀𝗲𝗱 𝗖𝗮𝗿.

No 1. BAJET

Berapa modal yang kita peruntukkan untuk kereta yang bakal dibeli, adakah lump sum atau kita mahu membuat pembiayaan dengan bayaran bulanan?

Contoh Bajet kita RM 10K.

Kereta apa yang mampu kita miliki dengan jumlah wang tersebut? Atau pun jika melalui pembiayaan, biasanya untuk kereta yang lebih mahal ataupun continental.

Adakah harga kereta tadi bersamaan 10 x ganda gaji bulanan kita atau bayaran bulanannya sekitar 10%-15% gaji kita.

2. Keadaan kereta

Jika kita sudah berkenan dengan kereta yang mahu dibeli, pastikan kita melihat terlebih dahulu keadaan sebenar kereta tadi.

Lagi lagi kereta yang ditawarkan dengan harga yang murah, murah daripada harga pasaran kereta terpakai. Antara yang perlu diperhatikan:

1. Bahagian Badan kereta

- Termasuklah cat. Adakah itu cat asal sama seperti di dalam geran atau sudah berubah warna?

- Boleh juga mengetuk di bahagian badan kereta, bahagian yang disimen akan mengeluarkan bunyi yang berbeza, mungkin pernah mengalami kemalangan atau diperbetulkan.

2. Cermin

Sama ada depan, belakang, sisi adakah sempurna, calar atau mempunyai retak/suspek.

3. Enjin dan mileage.

Pastikan bawa mereka yang pakar tentang enjin.

(boleh cek bila kali terakhir diservis atau record service kereta)

4. Tayar, brake dan absorber. Adakah tayar lusuh atau sudah ditukar baharu.

5. Kelengkapan dan peralatan.

• lampu tinggi rendah, kabus, signal,brake, hazard dan lampu dalam kereta
• penyaman udara
• hon
• radio
• handle pintu, glove box
• tuil + penetap cermin sisi, power window
• soket kuasa
• tuil minyak, boot, bonet
• pelaras kerusi, tali pinggang keledar
• tayar simpanan + kotak alatan kecemasan tukar tayar.
 
Tip Tambahan:

3. Wajib pandu Uji keretatadi sebelum membuat sebarang pembayaran atau tanda tangan.

4. Beli direct ownerjika ada peluang, kebanyakan urusan lebih mudah dan harga boleh nego. Selain kita boleh interview owner tentang kereta yang bakal kita bawa balik.

5. Semak record saman, jenayah atau kemalangan.

Elakkan beli kereta yang terbabit dengan jenayah atau banyak saman.Dan jangan sesekali beli kereta yang total loss walaupun murah. Pastikan saman dijelaskan sebelum kereta bertukar milik

#BijakKereta101

22 Comments

  1. Saya pula pernah tersilap beli kereta terpakai. Sudahnya lebih banyak keluar kos untuk merepair.. huhu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian.....

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi beli kereta terpakai. Kereta yang ada tu guna je lah selagi boleh digunakan. Tapi artikel ini boleh membantu kalau nak beli kereta terpakai

    ReplyDelete
  4. kriteria penting yang tidak boleh diambil ringan.

    ReplyDelete
  5. Kete 2nd ni kena survey secara kseluruhan sblm beli, elak nyesal kemudian hari..

    ReplyDelete
  6. Kena fikir dlu sebelum beli kereta terpakai ni

    ReplyDelete
  7. kalau utk yg baru nk biasakan drive elok tak beli keta terpakai he hee yg baru takut pulak nanti

    ReplyDelete
  8. Bagus tips2 ni sebab pernah terfikir jugak mana lebih baik beli kereta terpakai atau baru kalau jadi student ni. Tak terfikir ada mcm2 kena check

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang bagus untuk mereka yang sedang mencari kereta terpakai.. Buat masa ni saya belum pernah lagi beli kenderaan terpakai..

    ReplyDelete
  10. Fikir sedalam-dalamnya kan..Usah terpedaya murah tapi...mahal pula tapi sebaliknya juga. Berhati2 penjual nak untung juga tu..Gunakan panduan Cg Abam K ni ya

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas info yang diberi. akan dijadikan panduan bila tiba waktu nya nanti. :D

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah perkongsian bermanfaat tksh

    ReplyDelete
  13. Wahhh thank you share! #Sebelumterkena

    ReplyDelete
  14. Elok cari kereta baru tapi kali tidak mampu boleh guna tips diberikan.

    ReplyDelete
  15. sebagai wanita, saya pun setuju better beli second hand dari owner lelaki sebab wanita kurang arif bab jaga kereta. hehe

    ReplyDelete
  16. Good info, sy memang tak pandai membeli bab ini sy serah ke suami sahaja. tapi sy selalu tanya soalan macam sy pandai segala kat dia hahaha saja nak jawapan nnt senang nak rujuk balik

    ReplyDelete
  17. Kadang2 beli kereta terpakai ni ikut luck jugak. Kena pandai cari.
    Beli dari owner asal adalah yang paling terbaik. Takde kena markup lebih macam beli dekat kedai. Lagi satu senang nak cari kalau ada apa2 hal.

    ReplyDelete
  18. kereta terpakai nimmg kena check betul2 sebab kita tak tahu dalaman dia macam mana. kalau dpt owner yg pandai jaga da servis bagus la

    ReplyDelete
  19. Dalam family saya, semua guna kereta terpakai..kecuali adik sorang, baru baru ni pecah tradisi beli kereta baru..Kereta terpakai ni adakalanya...sekali rosak....next tu cepat rosak balik.huhu

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.