Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi satu artikel tentang situasi orang yang tamak dalam mengambil hak orang lain. Sila baca dan ambik pengajaran, ye? Terima kasih.
 
Di tandas KLIA.
 
Saya lihat seorang wanita menarik dan menggulung tisu tandas banyak-banyak lalu disumbatkan ke dalam beg. Bukan sehelai dua tapi lebih separuh daripada gulungan tisu yang besar itu dia ambil.

Di pejabat.
 
Kata kawan saya Milo yang baru ditop up semalam di pantry dah tinggal sikit. Ada staff sumbat milo itu ke dalam botol airnya untuk dibawa balik. Tidak cukup dengan Milo, susu pekat dan gula pun di tuang siap-siap ke dalam botol air tersebut. Katanya jimat belanja jika buat begitu. (Minuman 3 in 1 sudah lama boss tidak mahu beli kerana tabiat bawa balik juga)

Musim agihan daging korban.
 
Sebelum sistem kupon diperkenalkan, orang yang sama berkali-kali ulang ambil daging sehingga tidak cukup untuk orang belakang. Belum lagi dikira AJK korban yang sorok daging dan sebagainya.

Dalam majlis kenduri.
 
Tetamu masih ramai. Majlis belum berakhir. Tetapi dia sudah sibuk nak bungkus lauk-pauk untuk dibawa pulang kepada anak cucu.

Di pusat bantuan.
 
Semua dia nak. Siapa sahaja yang bagi, dia terpa walaupun stok di rumah sudah tak habis makan. Zikir di mulut dia tetap susah dan tidak ada siapa yang bantu.

Musim rewang kenduri.
 
Semua dia nak angkut bawa balik. Bawang, halia, rempah, beras dan macam-macam lagi. Semua tu lebihan katanya, sedangkan tuan rumah tak pelawa pun.

Jom muhasabah diri dan lakukan perubahan dalam diri kita!
 
Sudah dua tahun kita dididik di sekolah Covid. Semoga sifat tamak dan pentingkan diri seperti di atas dapat kita kikis sikit demi sedikit.

Jika kita mampu, kita kena sedar dalam mampu itu ada hak orang lain padanya. Jika kita tidak mampu juga kita kena sedar, dalam serba kekurangan itu tetap ada hak orang lain yang kita tak boleh langkau sesuka hati.

Teringat saya ketika melancong ke Korea. Dari jauh saya lihat ada seseorang sedang mengagihkan roti kepada tukang sapu dan gelandangan yang sedang mengumpul kotak. Sebaik menyedari keberadaan saya, gelandangan itu datang lalu memberikan sebiji roti yang diterimanya kepada saya.

Saya menolak. Tetapi dia memaksa juga untuk saya mengambilnya. Dia menunjukkan plastik yang sedang dipegangnya. Walaupun saya tidak faham bahasa pertuturannya, tetapi saya mengerti dia masih ada dua biji roti lagi. Saya ambil roti itu dan sampai di Malaysia baru saya makan roti tersebut.

Di Madinah, saya lihat seorang lelaki daif yang duduk di kaki lima bersama bebera orang yang lain diberikan 4 bungkus makanan. Tiba-tiba lelaki itu bangun dan menghampiri saya. Beliau menghulurkan 2 bungkus kepada saya. Saya menolak. Beliau memaksa saya untuk mengambilnya. Akhirnya saya ambil. Hati saya benar-benar tersentuh. Dalam perjalanan pulang ke hotel, saya sedekahkan makanan itu kepada insan lain pula.

Ketika memasuki sebuah tandas awam di UK, saya terkejut kerana tandas tersebut menyediakan tuala wanita secara percuma. Tekan butang, dan ambillah berapa keping yang diperlukan. Saya terfikir jika di Malaysia mungkin kotak tuala wanita itu juga telah lenyap.

Di Australia juga saya menjadi tersentak. Saya lihat banyak taman rekreasi awam di sana menyediakan dapur bbq elektrik, tisu, plastik sampah dan plastik makanan. Semuanya tersusun kemas tanpa dirosakkan. Sesiapa sahaja boleh ambil dan guna. Tetapi masing-masing hanya mengambil dan guna sekadar perlu.

Hebat kan? Semoga dengan coretan saya ini dapat menyuntik semangat untuk kita menjadi penerima yang hebat kerana kita tahu setakat mana yang kita perlu. Penerima yang hebat akan memotivasikan lebih ramai pemberi yang hebat juga, insyaallah.

Jom kita jadi kita yang baru. Kita ada kita.

20 Comments

  1. Betul. zaman skrg, kita lebih suka menerima drp memberi

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian, mari bermuhasabah

    ReplyDelete
  3. Haha tabiat bawa blk food opis ke rumah mcm slalu sgt dipraktikkan ye di msia ni hehew..

    Saya pun pernah masa kat NZ, kawasan pendalaman benti di satubhentian toilet, mmg emergency tak sangka ada disediakan kelengkapan seperti tuala wanita.. Sangat imoresif sbb tgkkan kedudukan tandas awam tu jauh dr kawasan bandar dan perumahan.. Kalau di msia ermm ssh nak kata maybe ada jgk la kan

    ReplyDelete
  4. Itulah patut ambil sekadar perlu. Kalau dapat lebih boleh beri pada orang lain.
    Terima kasih ingatkan sekali lagi.

    ReplyDelete
  5. Hindari sikap tamak. Kena ingat ada orang lain juga yang memerlukan seperti kita. Sama-samalah.

    ReplyDelete
  6. Jom jadi penerima hebat.. Setelah membaca ni, sy menerima nasihat ini dengan hati terbuka .. Gituh

    ReplyDelete
  7. Semua situasi yg abam kie share ni, byk terjadi terutama bab tapau tu...hehehe

    ReplyDelete
  8. betul la, benda2 kecil mcm ni org amik mudah,

    ReplyDelete
  9. ya betul tu. di AUS di pasaraya mereka sediakan coklat free. ambil sekadar makan, bukan angkat semua bawa balik rumah.

    ReplyDelete
  10. Subanahallah..rasa sejuk membaca..sebaik2 amalan antaranya bersedekah..

    ReplyDelete
  11. my personal view - saya rasa masih ramai yg belum muhasabah diri lg, cth kes kepala air di kedah baru2 ini, saya & family tinggal di gurun juga terlibat ttp alhamdulillah dgn kuasa Allah swt pagar zing dikebun saya ditepi sg telah menyelamatkan rumah kami dr dimasuki banjir dan yg terkesan adalah kebun yg mana tanaman yg kecil semuanya rosak oleh timbunan pasir halus hampir sekaki, pagar kebun juga rosak dan juga kereta yg terpaksa htr bengkel utk cuci pasir yg masuk hingga ke stereng rack. Kami tak repot kerosakan kebun dan kereta ke balai polis pun & diberitahu klu repot kami akan dpt bantuan, biarlah yg lebih memerlukan menggunakan bantuan tsbt. W/b/m pun kami terkejut apabila yg tidak terlibat langsung dengan kejadian tersebut juga telah tidak bersikap jujur dengan mengambil segala bantuan yg dikhaskan kepada mangsa banjir. Inilah sikap 80% masyarakat kita yg sebangsa...menyedihkan.

    ReplyDelete
  12. Sama-sama kita bermuhasabah diri.. Moga rakyat Malaysia berubah ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  13. SALING PRIHATIN N UBAH SIKAP PENTINGKAN DIRI SENDIRI

    ReplyDelete
  14. Ambil bila rasa perlu dan ikut keperluan diri. Bukan tamak dan ambil hak orang lain. Itu selfish

    Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    ReplyDelete
  15. Pada pendapat saya itu mentaliti rakyat malaysia. Memang selalu sgt nampak situasi yg macam ni especially yg melibatkan makanan, terus tak ingat org lain

    ReplyDelete
  16. Betul ni.. kita kena fikirkan orang lain juga. kita tak boleh tamak, ambil sekadar yang perlu sahaja. Kalau sengaja ambil lebih2 bawa balik walau tak perlu, kalau tak habis tak ke membazir namanya tu...

    ReplyDelete
  17. bab tapau makanan tu mmg seringkali berlaku, susah nak ubah, bila ditegur, kita yang dijadikan musuh..semoga kita ambil ikhtibar..

    ReplyDelete
  18. ntah bilalah nak belajar bersyukur ni

    ReplyDelete
  19. saya pernah tengok kejadian 'di pejabat' tu, memang betul berlaku depan mata

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.