Alhamdulillah. Anak sulung Abam Kie, Anis, mendapat tawaran masuk buat Diploma Sains Komputer di UiTM. Kursus yg sama spt ibu saudara dan mummy dia dulu. X apalah belajar mana2 pun janji dapat score good marks... Ingatkan dia boleh ikut pelajaran di matrik tapi dia tertekan dan menarik diri setelah belajar selama 2 minggu je. Nak paksa2 pun x guna sbb dia yg nak belajar. Kita sbg bapa ni ikut je la asalkan dia belajar bersungguh2 spt masa SPM dulu. In Shaa Allah, pasti berjaya di Akademi Fantasia.... Oppss! Salah tu..., di UiTM la.
 
Rupa2nya ODL (Online Distance Learning) di Kolej Matrikulasi sangat membebankan. Memang kita sedia maklum silibus Matrik memang banyak dan perlu dihabiskan dalam masa yg singkat. Iyolah, sukatan matapelajaran untuk 2 tahun perlu dipelajari dan dihadam dlm masa setahun. Kalau secara bersemuka pun dah tension, apatah lagi jika secara ODL. Not for the faint-hearted, I guess! 
 
Macam anak abam kie ni yg dapat 8A masa SPM apatah lagi bagi mereka yg dapat 4A. Sebab tu la dulu abam kie ambik Pre-ESL di Pusat Asasi UM biarpun mampu nak bawa Asasi Sains Hayat. Tengok kawan2 yang ambik Asasi Sains pun busy memanjang. Sabtu pagi ada kelas. Tp abam kie off dua hari.  X mcm kami budak TESL yg selalu yak yak yey semasa 2 thn di PASUM! 

Tanggapan ibubapa dan guru sekarang bahawa pelajar2 yg top SPM perlu masuk Asasi dan Matrik perlu diubah. Abam Kie pun sama - berfikiran mcm tu. Apa kelas dpt 8A pi masuk diploma? Diploma ni utk mereka yg cukup2 5 kredit aje. Itu dulu! Tapi skrg abam kie dah berfikiran terbuka. 

Mungkin anak abam kie fikir dia mungkin tak akan dpt kursus Sains Komputer bila masuk degree nanti sebab tu la dia ambik keputusan nak sambung buat diploma di UiTM je. Lagipun dia dpt kursus yg dia nak. Kalau kursus lain mungkin dia bertahan dgn matrik ni biarpun sukar. Kawan abam kie yg jadi pensyarah BI di UiTM tu kata jika dpt 'score' masa diploma senang2 je boleh masuk degree di UiTM tu. CGPA 3.0 pun dah layak, katanya. Bila masuk degree kursus yg sama dpt plak 'credit transfer'. Jadi jimat la paling tidak 6 bln. Nanti bila grad pun hampir sama dgn pelajar2 yg buat matrik.

Jadi apa pendapat kwn2 tentang anak abam kie yg buat diploma UiTM dan bukannya belajar di matrik mcm kwn2 dia? Segala komen yg diberikan abam kie ucapkan terima kasih. Oh! Ya. Kelas semester 1 di UiTM ni bermula pada 10 Okt 2021. Lambat lagi. Sedangkan matrik dah mula pd akhir Julai lps....


17 Comments

  1. Betul tidak boleh paksa. Kalau dia tidak boleh sesuaikan diri dengan matriks baik dia pilih yang sesuai dengan kemampuannya.
    Bagus Abam Kie menyokong keputusan anak.

    ReplyDelete
  2. Kawan Syu ramai jugaklah yang masuk Matrik. Ada jugaklah dua tiga orang yang terkucil ๐Ÿ˜…. Yang sorang tu amik kejuruteaan kimia. Dia kata memang susah & kena pulun belajar. Kalau pointer tak cantik boleh kena kick๐Ÿ˜‚.

    Amik diploma dekat UiTM pun tak jadinmasalah & okay jugak. Tak terlampau struggle & stress sangat macam dekat Matrik. Macam dekat UiTM boleh transfer kredit. Jimat masa belajar. Masa belajar Uitm dedulu, boleh loncat semester kalau dapat dekan 4 semester berturut2. Sekarang ni tak tahu masih ada lagi ke tak๐Ÿ˜‚. Sebab dah lama sangat tinggalkan UiTM. Apa-apa pun tetap UiTM di hati ku๐Ÿ’•๐Ÿ˜Š.

    ReplyDelete
  3. Klu ambil diploma pon masih boleh sambung degree kemudian.. klu tidak pon, sudah ada diploma bole mula kerja..

    ReplyDelete
  4. Dulu matrik setahun n sjlibus pecah akaun,hayat n fizik . Skrg semua silibus blajar kn klu xsilap. pastu 2 tahun..mmg stress la abam kie...huhu.. sijil matrik xtau la laku ke x.tp diploma laku,๐Ÿ˜… ..ummi slalu jadi rujukan adik2 .ummi slalu bg pro and contra. Terutama nt belajar mesti nk kerja ngn ap belajar kn so akan tgk demand market jugak .. ummi bg pilihan course yg mmg sng dapat keje dan ap cita2 die..nt diorg buat keputusan..hehe...tu cara ummi .klu anak blm lagi sb kecik lg..

    ReplyDelete
  5. Bagi sy biarlah tuan punya diri yg buat keputusan. Lagipun dia sudah mencuba, semoga ini yg terbaik buat anaknda Abam Kie.

    ReplyDelete
  6. paling penting sokongan daripada ibu bapa. Kadang apa yang kita mahu itu berat untuk dilunas anak, justeru itu jadi tunggak sokongan paling ampuh untuk anak pada tahap mana yang boleh dia laksanakan dengan lancar tanpa rasa beban yang kurang membebani.

    ReplyDelete
  7. Pada nieyl, ikut pada keselesaan anak abam kie, sebabnya dia yang akan study, dia yg akan menghadapi liku-liku sebelum tamat pengajian. Kalau dulu2 paksa, menjadi...zaman skrg ni susah nak ckp kan...apa2 pun nieyl rasa ikut pada anak abam kie yang mana yg dia rasa dia boleh bawa.. diploma pun tak apa janji dia study smart , study hard sampai berjaya dan boleh sambung degree nanti...

    ReplyDelete
  8. anak2 tak boleh dipaksa
    ikut kemampuan dia
    Dari dulu ramai jga yg bgtau baik ambik Diploma
    sb nanti srress ktnya

    ReplyDelete
  9. Apa pun janji anak abam kie nak lagi smbung belajar tu, alhamdulilah. Skrg x leh nak paksa2 tkut nnt makan diri sendiri. Insyallah apa pun yg dia amek, janji usaha tu yang penting

    ReplyDelete
  10. Saya dulu ambil STPM kemudian terus Degree.. Hehe

    ReplyDelete
  11. Matrik atau diploma mana2 pun sama je sebenarnya. Cuma bergantung pada tuan badan dia sendiri. Tak boleh nak paksa. Macam kinah dulu, kinah pilih STPM kemudian sambung Degree

    ReplyDelete
  12. Betul, kita tak boleh paksa anak² untuk belajar yang mereka sendiri tak boleh bawak @ minat.. mungkin kita nak yang terbaik untuk anak kita tapi kena fikirkan jugak perasaan mereka takala belajar sesuatu yang mereka sendiri tak minat.. yang penting, sokongan kita pada si anak tak berbelah bagi dan bantu mereka jika mereka memerlukan bantuan..

    ReplyDelete
  13. Tahniah utk anis, walau dimana awak belajar nanti pulg dgn kejayaan..ok?
    Tahniah juga utk abam kie selaku ayah anis :)

    ReplyDelete
  14. Anak saya ambik matrik secara online..memang dia mengaku banyak homework dan belajar non stop..tapi anak lelaki kepala keras sikit dan tidak peduli dengan cara belajar begitu

    ReplyDelete
  15. tahniah buat puteri abe.. mmg mencabar pdpr ni kan..

    ReplyDelete
  16. Tahniah buat anis!! Tak kira belajar kat mana pun yang penting belajar rajin2!

    Macam Cik TK dulu, matrik tak dapat, diploma pun tak dapat. Kawan2 masa tu majoriti masuk matrik. Akhirnya Cik TK masa tu masuk Form 6, aliran sains dan masa tu Cik TK satu-satunya pelajar melayu dalam kelas.

    Jadi kesimpulannya, sebenarnya masuk mana2 pun sama saja. Yang penting ada minat untuk belajar.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.