Sebelum ada emel, SMS, Whatsapp dan telefon bimbit seperti sekarang, orang pada zaman dulu menggunakan telegram untuk mengirim pesan. Telegram yang abam kie maksudkan ini bukannya apps Telegram yg korang install dalam HP tu. Ngerti lu!

Telegram berbeza dengan telegraf. Secara ringkas, telegram adalah pesannya, sedangkan telegraf adalah alat yang digunakan untuk menyampaikan pesan tersebut kepada penerima. Biasanya, telegram boleh digunakan untuk menyampaikan informasi dalam jarak yang cukup jauh dan ada dokumentasinya juga.

Kenapa orang zaman dulu suka menggunakan Telegram? Sebabnya Telegram ini cepat! 1-2 hari pasti sampai. Dulu telegram biasa digunapakai untuk kes2 kecemasan dan penting. Iyolah kan. Pada zaman tu rumah2 yg dekat bandar je ada telefon rumah. Poslaju pun belum ada. Kalau nak hantar surat mahunya seminggu baru tiba. Seingat abam kie la. Pada tahun 1987 kak ngah dapat tawaran buat degree di Universiti Malaya untuk panggilan kedua melalui Telegram je.

Contoh-contoh ayat Telegram:

AYAH MENINGGAL DUNIA, BALIK SEGERA.
NENEK TENAT, BALIK SEGERA.
BALIK SEGERA. KECEMASAN KELUARGA.
AYAH & IBU KEMALANGAN. BALIK SEGERA.
BALIK RUMAH TOK WAN. DI KG BANJIR.
KENDURI BATAL. RUMAH TERBAKAR.
BAWA BALIK TYPEWRITER CUTI NANTI.
BALIK KG TUMPANG CIKGU. AYAH TUNGGU DI SIMPANG.

Specialnya telegram takkan hilang. Sebab posmen mesti hantar hingga sampai betul2 ke TANGAN Penerima. Telegram  tak akan dilonggokkan di mana-mana peti surat. Tidak macam surat biasa. Tertera pada luar sampul telegram huruf besar "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA". Korang bayangkan. Macamana posmen nak culas?.

Telegram pertama kali dicetuskan oleh Samuel F.B. Morse, orang Amerika yang mempopularkan perkhidmatan telegram sekitar tahun 1800-1900. Hal yang membuat orang beralih dan tertarik pada telegram adalah kerana kosnya yang lebih murah dan tempoh penyampaian pesanannya juga cepat. Tidak sampai satu hari, pesanan yang dikirimkan akan tiba di tangan penerima.

Cara kerja telegram

Telegram ini berisi kod-kod tertentu yang dikirimkan menerusi telegraf. Selain itu, alat ini boleh menjangkau daerah-daerah dalam maupun luar negara sebab menggunakan kabel bawah laut. Nah, kabel inilah yang menghubungkan satu lokasi ke lokasi lain yang dekat mahupun sangat jauh jaraknya.

Tarif telegram dihitung per karakter dan dihitung termasuk tanda baca. Tetapi sayangnya telegram lama-kelamaan dihentikan kerana adanya berbagai teknologi lain yang terus berkembang. Telegram terakhir tercatat dikirim pada tahun 2006 oleh syarikat Western Union.

Anda fahami cerita ini...??... Sekelumit nostalgia.  
👆👆Hanya yang tertentu masih ingat kot.. Wassalam.