Assalamualaikum. Pada malam minggu ini, Abam Kie ingin berkongsi hari-hari yang diharamkan berpuasa. Semoga dengan perkongsian ini dapat mengulangkaji tentang pengetahuan fardhu ain kita. In Shaa Allah. 

1. HARI SYAK 

Iaitu hari yang apabila dia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Syaaban). Hal ini berdasarkan hadis daripada Amar bin Yasir r.a., katanya: 

"Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim SAW "(Hadith Hasan Sahih - Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) 

Kecuali bagi seseorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar, seseorang yang biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang tersebut maka itu tidak dilarang. Yang dilarang ialah mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan dari bulan Ramadhan.

2. HARI RAYA AIDIL FITRI DAN AIDIL ADHA

Iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.s yang bermaksud:

"Bahawa Rasulullah SAW menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha." (Hadith Sahih Riwayat Muslim)

3. HARI-HARI TASYRIK 

Iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud:

"Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati Allah SWT."

4. SEPARUH AKHIR BULAN SYAABAN

Ulama Mazhab Shafie berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Syaaban, iaitu yang di antaranya terdapat hari syak, melainkan kepada mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis, bagi mereka yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Syaaban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Syaaban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Syaaban. Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud:

"Apabila telah tiba pertengahan bulan Syaaban, janganlah kamu berpuasa." (Riwayat Ahmad)

Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadis ini kerana hadis ini adalah hadis daif menurut pendapat Imam Ahmad.

5. PUASA SUNAT SEORANG ISTERI TANPA IZIN SUAMINYA

6. HARI HAID DAN NIFAS 

Sumber : http://www.jawigov.my/my/arkibberita/arkibtazkirah/1290-hari-yang-diharamkan-berpuasa  

http://www.astroawani.com/ramadan/hari-yang-sunat-makruh-dan-haram-berpuasa-40412



14 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsiannya. Moga bermanfaat kepada semua yang membaca.

    ReplyDelete
  2. insyaallah peringatan
    tqq Abam kie
    good info. kadang benda camni anak2 muda jarang ambil tahu

    ReplyDelete
  3. Insya Allah akan diingat.

    ReplyDelete
  4. terima kasih perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk perkongsian :)

    ReplyDelete
  6. inshaAllah, terima kasih untuk perkongsian ini

    ReplyDelete
  7. Alhamduillah .. Terima kasih Abam Kie.. :)

    ReplyDelete
  8. Penting info ni . kena ambil tahu semua.. huhu

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian. Semoga dapat dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  10. syukran berkongsi ilmu..no 4 tu baru tahu..

    ReplyDelete
  11. Kadang2 tak perasan, tq info ini 😊

    ReplyDelete
  12. Thanks for the sharing abam kie!

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.