Assalamualaikum. Sejak akhir2 ini harga minyak masak dalam botol plastik 5kg menjadi semakin mahal. Seingat Abe Kie la...pada 5 thn lepas harganya cuma sekitar RM18. Masa tu BN yang memerintah. Memandangkan harganya x jauh beza dgn harga minyak masak dlm polibeg, jadi abam kie beli yg dalam botol la. Dua tahun kemudian, bila PH memegang tampuk kuasa, harga sudah naik ke paras sekitar RM23. Abam Kie mampu lagi bayar. Alhamdulillah. Maklum la kita dalam golongan M40. Lepas tu bila PN pula memerintah, harga sekitar Rm27 - 29. Masa ni abam kie cuba bertahan. Tapi apabila harga sudah melepasi paras RM31 awal bulan ini, maka Abam Kie tak mampu lagi nak beli minyak masak dlm botol ni. Dah jadi harga kayangan plak. Geram tul dgn KPDNKK yg tak letakkan harga siling minyak masak dalam botol ni!


Maka terpaksalah Abam Kie membeli minyak masak dalam polibeg yg berharga RM2.50 ni. Sekali pergi ke kedai semalam, abam kie sambar 3kg (tu yg pekedai tu benarkan). Hari ini pula isteri abam kie beli 3kg lagi sebagai stok. Tahu2 lah ye. Minyak subsidi ni sukar diperolehi di pasaran terbuka. Bila ada depan mata, kita ngap je la! Entah la. Siapa2 yg naik jadi kerajaan sama je. Kebajikan rakyat x terjaga. Ni jenis yg pentingkan tembolok sendiri. Janji diri sendiri dan kaum kerabat dia senang dah la. Peduli apa dgn rakyat marhaen! 

Bersama ini Abam Kie nak kongsikan satu artikel tentang mengapa harga minyak masak botol di negara kita mahal sedangkan kita pengeluar kedua terbesar minyak sawit di dunia! Heran betul kan? Sila baca artikel di bawah untuk lebih faham ye? Terima kasih.

1. Hari ini Laman Rasmi KPDNHEP melaporkan kerajaan tidak tetapkan atau kawal harga minyak masak dalam botol kerana ia bukan minyak masak bersubsidi. Buletin Utama jam 8.00 malam pun melaporkan perkara yg sama.

2. Jurucakap bagi laman tersebut juga menyatakan bahawa sebenarnya kualiti minyak sawit bersubsidi dalam pek polibeg 1kg adalah sama kualiti dengan minyak sawit dalam botol. Ini macam bohong sikit nampaknya.

3. Saya fikir memang betul juga kerajaan tak dapat nak kawal barangan yang bukan bersubsidi, jadi saya fikir kerajaan juga tidak berhak untuk mengawal sekiranya ada kenaikan yang luar biasa kepada harga makanan bermasak yg menggunakan bahan asas utama daripada minyak sawit.

4. Peniaga macam saya tak sanggup menggunakan minyak masak bersubsidi. Selain bekalan yg selalu terhad di pasaran, kualiti minyak paket memang jauh daripada kualiti minyak dalam botol dan dakwaan kualiti sama adalah tidak berasas. Malah kos untuk membeli minyak paket menjadi lebih tinggi.

5. Minyak Sawit dalam botol mempunyai ketahanan 5x ganda berbanding minyak dalam paket. Kos 1 paket RM2.50 x 5 kilo = RM12.50. Tukar 5x, kos beli minyak paket = RM62.50 berbanding harga minyak dalam botol terkini RM32.00

6. Kita bukan nak suruh kerajaan kawal, tapi kita nak mintak kerajaan jadi pengantara untuk bincang dan cari solusi supaya kenaikan tidak berlaku terlalu mendadak. Kalau tak dapat bincang dengan semua pengilang, dapat bincang dengan 1-2  pengilang pun jadilah. Buka mulut pun tak, alih-alih kata tak boleh kawal.

7. Minyak masak ALIF dikeluarkan oleh Sime Darby Oils iaitu anak syarikat Sime Darby Plantation. Sementara Sime Darby Plantation Berhad pula dibawah syarikat kolongmerat iaitu Kumpulan Sime Darby Berhad dimana ianya dikuasai oleh Permodalan Nasional Berhad dengan 52% pegangan.

8. Menerusi Sime Darby Oils, kerajaan boleh berbincang supaya mereka boleh menyuntik bagi menambah bekalan domestik dengan menukar pasaran mereka daripada luar negara kepada domestik. Untuk rekod, Sime Darby Oils mencatatkan pengeluaran minyak masak di seluruh dunia berjumlah 4,000,000 tan setahun (4 juta tan) manakala untuk pasaran domestik hanyalah kira-kira 1,000 tan sebulan atau kira-kira 12,000 tan setahun (12 ribu tan). Secara ringkasnya pengeluaran untuk domestik hanya kira-kira 0.3% berbanding 99.7% dibekalkan untuk keperluan eksport.

9. Minyak masak SAJI pula dikeluarkan oleh FGV Holdings Berhad dimana sehingga 5 Februari, 2021 FELDA telah memegang kira-kira 68.3% saham dalam FGV. Saya tidak menemui sebarang carian berkaitan jumlah pengeluaran dan pasaran luar negara dan domestik oleh FGV, tetapi mengikut kajian sepanjang tempoh 2016-2018 warga Malaysia telah memilih SAJI sebanyak 21,479,810 kali berbanding jenama lain.

10. Sime Darby dan FGV, masing-masing adalah syarikat kolongmerat yang berstatus GLC, dan kita yakin dengan barisan peneraju professional, mereka pasti bersedia untuk membantu negara ketika krisis dimana rakyat golongan M40 & B40 sedang menghadapi krisis kewangan yg semakin kritikal.

11. Nampak macam barisan menteri sekarang ni suka lepas tangan. Sorang kata tak mampu nak jaga 32 juta rakyat supaya ikut SOP, seorang pula kata tak boleh kawal bank manakala yg terkini seorang lagi kata tak mampu nak kawal harga barang bukan subsidi.

12. Entahlah..saya pun tak bijaksana, nak kawal berat badan meningkat pun dah tak mampu ni. Ketua Kabilah Dapur saya pula sudah di luar kawalan. Hari ni dalca tetel, esok katanya nangka masak lemak.

MALAYSIAKU MAKMUR.
"DOA KEPADA ALLAH KUAT-KUAT, SAYANG NABI KETAT-KETAT"
~ RAJA MANSOR JB ~