Assalamualaikum. Di dalam kehidupan di dunia yang fana ini, terdapat dua kejadian dimana kita dikunjungi dan dikelilingi ramai orang. Jom Abam Kie nak cerita sikit.

Pertama sekali apabila kita baru saja dilahirkan ke dunia ini. Pasti ramai ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan rakan taulan yang akan menemui kita yang masih bayi itu. Masing-masing akan datang bertanya khabar dan mengucapkan tahniah kepada ibubapa kita yang baru mendapat cahayamata. Lepas tu tetamu bukannya datang dengan tangan kosong. Mereka akan bawa cenderahati untuk bayi seperti pakaian, tuala, botol susu, tilam, bantal dan sebagainya. Selalunya sebelum balik, mereka akan menyelitkan duit di bawah bantal bayi. Seingat Abam Kie la, boleh tahan juga la wang yang diperolehi oleh anak2 semasa bayi dulu. Lalu duit tu Abam Kie simpan di Tabung Haji. Alhamdulillah.

Kejadian kedua dimana kita dikunjungi ialah bila kita meninggal dunia kelak. Memang di dalam hadis pun digalakkan menziarahi saudara seagama kita yang telah meninggal dunia supaya memberi keinsafan kepada kita yang masih hidup ini. Sudah tentu bila menziarahi si mati itu, kita akan menderma sedikit wang kepada keluarga si mati. Kos pengurusan jenazah sekarang makin mahal. Nak bayar kepada penggali kubur, beli kain kafan, sewa van jenazah, kenduri tahlil dan sebagainya. Kalau di kampung selalunya memang satu kampung pergi ziarahi si mati. 

Demikianlah kisah tentang saat kita dikunjungi dan dikelilingi ramai orang. Semoga kita semua akan lebih mengingati kematian yang bakal tiba kelak. Sekian. Terima kasih.


14 Comments

  1. Mungkin dalam keadaan sekarang orang tidak ramai ziarah.
    Tapi betul ingat mati yang makin hampir.

    ReplyDelete
  2. Kdg2 masa kita sakit, ramai yg dtg ziarah..

    ReplyDelete
  3. masa sakit ramai yang datang ziarah

    ReplyDelete
  4. skrg sakit atau sehat tiada yg kunjungi kita
    tiada lg dan entah sampai bila

    ReplyDelete
  5. Tapi zaman pendamik covid-19 ni, sekiranya pesakit covid-19 meninggal dunia, tidak boleh dilawati, ke kubur pun hanya yang menguruskan sahaja. Sedih.

    ReplyDelete
  6. Dalam keadaan sekarang ni susah nak ziarah/lawat bayi baru lahir atau mereka yang sakit.

    ReplyDelete
  7. bila baca post ni,terus saya rindu dekat arwah abang ngah saya,baru sahaja pergi dalam bulan April haritu..ngah semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

    ReplyDelete
  8. Dalam keadaan covid19 ni abam kie..mgkin ziarah mnziarahi tidak molek sgt kot..sdgkan org sakit pun rasa ssh nk pi melawat ini kan pula sudah menggal dunia.. Apa yg penting doa kepada yang sakit atau skimati itu lebih afdal skg ni :)

    ReplyDelete
  9. Moga tenang mereka yang telah pulang ke 'sana'

    ReplyDelete
  10. allahuakhbar..skrg xboleh dh nk melawat2 org sakit mcm dlu

    ReplyDelete
  11. Indeed. Insaf sekejap. Tapi ada lagi satu, waktu kahwin.

    ReplyDelete
  12. Betul teacher. Teringat arwah datuk saya yang baru meninggal dunia. Ramai kawan arwah datang ziarah..

    ReplyDelete
  13. nak tak nak inilah putaran kehidupan kita kan huhu

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.