Lagi 20 tahun jika si Corona masih ada dengan kita. Anak-anak kecil akan belajar sejarah baru.

1. Lepak Mamak

"Lepak Mamak tu apa Abah?"

Oh! Ia aktiviti kemasyarakatan kaum lelaki yang malas hadap muka bini malam malam dan lepak dengan kawan kawan di kedai mamak. Minum bergelas-gelas teh tarik dan asap rokok berkepul-kepul.

2. Menonton Wayang

Zaman dulu sebulan sekali kita akan pergi tonton filem macam kat Neflix tapi dalam bilik besar ramai ramai. Wajib beli bertih jagung yang sangat mahal dan duduk atas kerusi empuk. Kadang kadang ada orang tertidur dalam tu, dengkur satu panggung boleh dengar.

3. Salon Rambut.

Dia macam bilik kecil ada kaca, tempat mak mak buat rambut atau shampo rambut dulu. Sekarang rambut jadi kembang nie sebab tak ke salon la nie.

4. Taman Tema

Zaman dulu ada taman tema air, dia bukan macam zoo. Sebab dalam tu semua orang datang nak mandi mandi dan main air saja. Sekarang kita main air bawah shower saja.

5. Hotel

Bilik bilik cantik ada katil tebal dan channel Astro free tapi 4 siaran saja. Sarapan pagi boleh makan banyak mana pun waktu pagi. Ada kolam mandi, makcik tak pernah pegi gym sebuk nak angkat besi.

6. Kelab Malam

Dulu ada kelab untuk orang goyang goyang kepala sampai pening. Balik mabuk mabuk dan langgar orang. Campur lelaki perempuan, sebab tu tuhan marah.

7. Reunion Sekolah Lepas Raya.

Oh, ini tempat jumpa nak tengok siapa paling berjaya dikalangan kawan sekolah. Biasanya yang datang mesti bawa kereta besar dan melaram paling lawa. Kadang kala boleh jumpa kekasih lama. Jangan datang tak bawa bini, bahaya!

6. Kenduri Kahwin.

Jemput orang datang ramai ramai makan waktu kahwin, ada banyak khemah, ada orang pakai gelang sampai siku, tempah baju baharu dan orang biasa sibuk nak jadi Raja Sehari. Lepas kahwin duduk rumah sewa.

Apa lagi yang akan masuk dalam Wikipedia nanti kawan?

Mohon tambah dengan penjelasan

Hidup Di zaman Corona