Assalamualaikum. Pada bulan lepas Abam Kie membeli sebuah air fryer kat Shopee. Fuh! Sekarang ni kalau boleh segala benda nak order on9 je. Bayar dan tunggu je la courier service hantar terus ke rumah. Mudah kan? 

Setelah meninjau beberapa jenama yang ada, abam kie tergoda dgn satu brand dari China ni kerana banyak dapat good reviews drp pembeli dan rating pun tinggi mencanak gak! Nak beli yg branded spt Philips dan Tefal tu rasa mcm kurang mampu la pulop! Tiga hari kemudian sampai la air fryer tu. Warna hitam dan ada paparan LED lagi! Kerlass gitew! You see my level? X main la jenis timer yg bertombol ni. Kena pulas2 lagi. AF yg Abam Kie beli ni mudah nak guna. Cuma tekan ikon makanan tu spt ayam, ikan, pizza, nugget, fun fries dsb. Pas tu tekan ON. Terus jalan. Cuma tunggu buzzernya berbunyi. Masa dan suhu dilaras secara automatik.

Ha! Inilah hasil pertama percubaan Abam Kie menggunakan air fryer ni. Ayam panggang. Rasa sebijik seperti yg dibakar dgn dapur arang. Yang penting menu sihat sbb x guna minyak. Apatah lagi minyak masak mahal skrg. Dapatlah berjimat sikit. Badan pun sihat. Jadi kepada rakan2 blogger yg berura2 nak beli air fryer ni, boleh la window shopping kat Shopee tu. Pasti ada satu yang sesuai dengan citarasa kawan2 kan? Selamat membeli dan memasak dengan menggunakan air fryer. Sekian. Terima kasih.