Assalamualaikum. Bila terbaca papan tanda seperti di atas terus Abam Kie insaf atas kekhilafan diri. Rajin baca status socmed tapi jarang baca Al-Quran. Memang betul pun! Abe Kie lebih banyak menghabiskan masa di socmed daripada membaca Al-Quran! Betapa lalai dan lagho betul.

Jadi sempena Ramadhan yang bakal berakhir hari ini, Abam Kie akan berusaha membaca Al-Quran dengan lebih kerap lagi. Memang kalau tak diluangkan masa melakukannya, sampai bila la tak terbuat kan? 

Jadi jom kita pakat baca Al-Quran beramai-ramai kerana Al-Quran akan meringankan siksa kubur nanti. Anda mampu mengubahnya..... Pesanan ini ditujukan untuk diri sendiri dan semua pembaca blog ini. Sekian. Terima kasih.