Assalamualaikum. Bila terbaca papan tanda seperti di atas terus Abam Kie insaf atas kekhilafan diri. Rajin baca status socmed tapi jarang baca Al-Quran. Memang betul pun! Abe Kie lebih banyak menghabiskan masa di socmed daripada membaca Al-Quran! Betapa lalai dan lagho betul.

Jadi sempena Ramadhan yang bakal berakhir hari ini, Abam Kie akan berusaha membaca Al-Quran dengan lebih kerap lagi. Memang kalau tak diluangkan masa melakukannya, sampai bila la tak terbuat kan? 

Jadi jom kita pakat baca Al-Quran beramai-ramai kerana Al-Quran akan meringankan siksa kubur nanti. Anda mampu mengubahnya..... Pesanan ini ditujukan untuk diri sendiri dan semua pembaca blog ini. Sekian. Terima kasih.

16 Comments

  1. Betul dan setuju sangat-sangat.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, saya pun tengah cuba.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah tuan, peringatan yang baik..

    ReplyDelete
  4. peringatan yg baik
    insyaallah
    nak mudah selepas solat fardu baca 1 mukasurat berserta maksudnya pun dah cukup

    ReplyDelete
  5. peringatan untuk diri sendiri juga :)

    ReplyDelete
  6. BACA AL QURAN jadikan amalan

    ReplyDelete
  7. Peringatan utk diri. Dh lama nk baca dgn mak tp dh pkp xboleh rentas daerah kena baca sendiri

    ReplyDelete
  8. peringatan untuk diri sendiri...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, terima kasih atas ingatan Abam Kie. Kadang-kadang kalau dah mengadap phone tu, memang tak sedar masa

    ReplyDelete
  10. pesanan ini menyentap jiwa dan raga

    ReplyDelete
  11. mmg pedas tapi kite ambil iktibar. amalkan hari2 baca sehelai alquran insya allah lama2 biasa la

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.